wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Physics Quranic

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

وَاٰيَةٌ لَّهُمُ الَّيْلُ ۖنَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَاِذَا هُمْ مُّظْلِمُوْنَۙ


"Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta merta mereka berada dalam gelap-gelita"


Ayat di atas menerangkan fenomena siang dan malam. Antara berikut yang manakah merupakan surah yang berkaitan?

a)

Surah Yasin : 34

b)

Surah Sajdah : 36

c)

Surah Yasin : 37

d)

Surah Al-Ma'idah : 37

2.

"Maka ketika keputusan Kami datang, Kami selamatkan Syuaib dan orang-orang yang beriman bersamanya dengan rahmat Kami. Sedang orang yang zalim dibinasakan oleh suara yang mengguntur, sehingga mereka mati bergelimpangan di rumahnya" (Hud : 94)


Ayat di atas menerangkan konsep fizik berkaitan gelombang?

a)

air

b)

cahaya

c)

bunyi

3.

"Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu kemudian Dia menuju ke langit, lalu Dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu." (Al-Baqarah : 29)


Ayat di atas menerangkan ilmu fizik yang berkaitan?

a)

suhu

b)

udara

c)

cahaya

d)

lapisan atmosfera

4.

Berikut merupakan surah yang mengaitkan ayat Al-Quran dengan ilmu fizik sinar cahaya KECUALI?

a)

Surah An-Nuur : 35

b)

Surah Al-Hadiid : 28

c)

An-Nisaa' : 174

d)

As-Sajdah : 16

5.

"Tidakkah engkau memperhatikan (penciptaan) Tuhanmu, bagaimana Dia memanjangkan (dan memendekkan) bayang-bayang; dan sekiranya Dia menghendaki, niscaya Dia jadikannya (bayang-bayang itu) tetap, kemudian Kami jadikan matahari sebagai petunjuk" (Al-Furqaan : 45)


Ayat di atas menjelaskan tentang fenomena?

a)

Cahaya

b)

Pancaran matahari

c)

Bayang-bayang

6.

Surah berikut menerangkan berkenaan air laut KECUALI?

a)

Al-Furqaan : 53

b)

Ar-Rahman : 19

c)

Yasin : 80

d)

An-Nur : 40

7.

"Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (Al-An'am : 125)


Ayat di atas berkaitan dengan altitud udara. Konsep fizik manakah yang boleh dikaitkan dengan situasi tersebut

a)

Daya

b)

Tekanan

c)

Momentum

d)

Graviti

8.

اَوَلَمْ يَرَوْا اِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صٰۤفّٰتٍ وَّيَقْبِضْنَۘ مَا يُمْسِكُهُنَّ اِلَّا الرَّحْمٰنُۗ اِنَّهٗ بِكُلِّ شَيْءٍۢ بَصِيْرٌ


Surah di atas menerangkan berkaitan sayap burung yang boleh dikaitkan dengan bentuk aerofoil kapal terbang.

Berikut merupakan ayat daripada surah..

a)

Al-Mulk : 19

b)

Al-Mulk : 18

c)

As-Sajdah :19

d)

As- Sajdah : 18

9.

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوْبُكُمْ مِّنْۢ بَعْدِ ذٰلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ اَوْ اَشَدُّ قَسْوَةً ۗ وَاِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْاَنْهٰرُ ۗ وَاِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاۤءُ ۗوَاِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللّٰهِ ۗوَمَا اللّٰهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُوْنَ

Surah Al-Baqarah : 74 di atas menjelaskan tentang

a)

Kayu

b)

Udara

c)

Batu

10.

"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing beredar pada garis edarnya."

Al-Anbiya' : 33


Ayat di atas menjelaskan berkenaan bulan dan matahari beredar pada orbitnya. Hukum manakah yang menerangkan berkaitan orbit planet?

a)

Hukum Kepler I

b)

Hukum Kepler II

c)

Hukum Kepler III