WorksheetsKOMSAS TINGKATAN 3
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah yang dimaksudkan oleh penulis dalam baris Daripada pendapat kurang sempurna dalam Syair Burung Nuri?
Dirinya amat lemah
Dirinya serba kekurangan
Dirinya tidak begitu pandai
Dirinya memerlukan bimbingan
Merujuk rangkap ketiga Syair Burung Nuri, mengapakah penyair memohon maaf?
kerana berbeza taraf dan kedudukan
kerana tidak pandai mengarang surat
kerana menulis surat itu dalam keadaan sedih
kerana bimbang akan kandungan surat itu menggores perasaan
Kata sahifah yang terdapat dalam syair Burung Nuri bermaksud
berita yang tersebar
lembaran yang bertulis
perasaan yang dipendam
kata-kata yang diungkapkan
Kata peroman yang terdapat dalam Seloka Santap Istiadat bermaksud
mata
wajah
perut
kepala
Berdasarkan rangkap terakhir seloka Santap Istiadat, apakah yang ingin disampaikan oleh pengarang?
Adab dan tatacara makan secara beradat dalam sesuatu majlis telah diamalkan sejak zaman dahulu.
Adab dan tatacara makan secara beradat hanya melibatkan golongan bawahan dalam sesuatu majlis.
Adab dan tatacara makan secara beradat telah dimulakan oleh golongan bangsawan dalam sesuatu majlis.
Adab dan tatacara makan secara beradat dalam sesuatu majlis telah dipelopori oleh golongan bangsawan sejak zaman dahulu.
Yang berikut merupakan nilai murni yang terdapat dalam seloka Santap Istiadat kecuali,
rasional
kesopanan
kepatuhan
kesederhanaan
Maksud rangkai kata sebak menyentap dahan kalbu dalam sajak Kijang Yang Lelah ialah
perasaan gelisah yang menghantui diri
perasaan sedih yang dirasai di dalam hati
perasaan gementar yang menyelebungi hati
perasaan gemuruh yang menyebabkan kurang keyakinan diri
Apakah yang dirasai oleh kijang seperti yang terdapat dalam rangkap kedua sajak Kijang Yang Lelah?
hatinya sedih dan resah
dirinya semakin gagah
jiwanya tabah dan cekal
semangatnya yang luar biasa
Apakah yang menarik perhatian penyajak Bintang pada malam itu?
keindahan bintang-bintang
keindahan halaman rumahnya
keindahan langit yang terbentang
keinginannya untuk terbang ke sana
Bagaimanakah penerimaan ibu bapa penyajak Bintang terhadap hadiah yang ingin diberikan oleh penyajak kepada mereka?
Menolak hadiah itu kerana mereka tidak mahu menyusahkan penyajak.
Menolak hadiah itu kerana mereka sudah memiliki sesuatu yang berharga
Menolak hadiah itu kerana berasa penyajak tidak akan mampu melaksanakannya
Menolak hadiah itu kerana beranggapan bahawa penyajak hanya berangan-angan kosong
