Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Meneroka Kejujuran

Total questions: 8

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Munesh pergi ke pasar raya untuk membeli barang yang dikirim oleh ibunya. Munesh secara tidak sengaja terlanggar pasu sehingga menyebabkannya pecah. Apakah yang Munesh patut lakukan sebagai masyarakat yang jujur?

a)

Cepat-cepat beredar dari pasar raya

b)

Memaklumkan pada pekerja pasar raya

c)

Menegur pekerja pasar raya kerana meletakkan pasu di tempat yang tidak stabil

d)

Mengutip serpihan pasu dan membuangnya ke dalam tong sampah

2.

Kamu membeli kuih-muih dari gerai Cik Maimunah. Setelah sampai di rumah, kamu mendapati Cik Maimunah telah memberi baki duit yang berlebihan. Apakah yang akan kamu lakukan?

a)

Menyimpan baki duit itu di dalam tabung

b)

Menggunakan duit tersebut untuk membeli kuih-muih daripada Cik Maimunah pada keesokan harinya.

c)

Membelanja kawan-kawan

d)

Menyimpan duit itu dahulu dan menyerahkannya kepada Cik Maimunah keesokan harinya,

3.

Kamu ternampak seorang pak cik mengangkut barang yang banyak ke keretanya. Kamu menolong pak cik berkenaan kerana berasa kasihan terhadapnya. Pak cik tersebut memberi wang tetapi kamu telah menolaknya. Nyatakan sebab anda.

a)

Saya tidak menerima wang kerana saya ikhlas membantu pak cik tersebut

b)

Saya tidak menerima wang kerana ibu menasihati saya supaya jangan menerima pemberian daripada orang yang tidak dikenali

c)

Saya tidak menerima kerana duit itu adalah haram

d)

Saya tidak menerima kerana saya tidak mahu dilihat sebagai seorang yang susah

4.

Aini pergi ke sekolah dan terjumpa sejumlah wang di hadapan pintu pagar sekolah. Aini mengambil keputusan untuk mengambil wang tersebut dan menyerahkan kepada guru besar. Sekiranya anda Aini, apakah DUA faedah anda bertindak sedemikian?

a)

Dapat membiasakan diri dengan sikap jujur dalam kehidupan seharian

b)

Supaya terkenal di sekolah

c)

Supaya pemilik wang tersebut akan memberi ganjaran kepada Aina

d)

Dapat membantu pemilik wang menemuikan semula duitnya

5.

Amalan jujur amat penting dalam hidup bermasyarakat. Berikut adalah cara untuk memupuk amalan jujur dalam diri seseorang KECUALI

a)

Ibu bapa memberikan didikan agama yang cukup kepada anak-anak

b)

Ibu bapa sentiasa menegur sekiranya mendapat anak-anak tidak bercakap benar

c)

Membiasakan diri untuk membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan

d)

Memberi alasan sekiranya orang lain meminta bantuan

6.

Rumah panjang di sebelah tempat tinggal kamu telah rosak akibat tanah runtuh. Kamu mencadangkan kepada ibu bapa untuk memberikan bantuan barang keperluan secara ikhlas kepada mereka. Apakah perasaan kamu apabila dapat membantu orang lain dengan rela hati?

a)

Sedih

b)

Geram

c)

Puas hati

d)

Benci

7.

Hafiz terserempak dengan Fahmi semasa dalam perjalanan ke perpustakaan. Fahmi mengajaknya bermain bola bersama rakam-rakan. Hafiz tidak dapat menyertai mereka kerana dia perlu ke perpustakaan untuk memulangkan buku. Sekiranya anda Fahmi, apakah yang akan kamu lakukan?

a)

Memujuk Hafiz untuk bermain bersama mereka

b)

Tidak mahu berkawan dengan Hafiz lagi

c)

Mengikut Hafiz ke perpustakaan

d)

Berterima kasih kepada Hafiz kerana sudah berterus-terang

8.

Antara berikut, yang manakah contoh amalan jujur dalam masyarakat?

a)

Menjual buah yang telah rosak di pasar tamu

b)

Mengaku telah merosakkan telefon awam di kawasan perumahan secara tidak sengaja

c)

Mengambil gambar semasa menjadi sukarela di Pusat Pemberian Vaksin dan memuat naik di Facebook untuk mendapat pujian daripada orang lain

d)

Memberi wang yang telah koyak kepada pelanggan.