wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ting. 2 Bab 6: Telekomunikasi di Malaysia

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan satelit kepunyaan Malaysia?

I MEASAT

II PALAPA

III AsiaSAT

IV TiungSAT

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Sejenis alat telekomunikasi yang diperkenalkan oleh pihak British pada tahun 1876 untuk urusan pentadbiran di Tanah Melayu.

a)

Mesin faks

b)

Mesin teleks

c)

Telegraf

3.

Agensi yang bertanggungjawab dalam perkembangan perkhidmatan telefon di Malaysia ialah

a)

TMNet

b)

JARING

c)

Telekom Malaysia

d)

Tenaga Nasional Berhad

4.

Mewujudkan sistem televisyen satelit yang pertama, iaitu All-Asia Satellite Television and Radia Operator (ASTRO)

a)

RazakSAT

b)

TiungSAT-1

c)

MEASAT

5.

Namakan dua buah bandar raya bestari yang terletak dalam lingkungan MSC

a)

Kuala Lumpur

b)

Petaling Jaya

c)

Cyberjaya

d)

Putrajaya

6.

· Menara KL, Malaysia

· Menara CN, Kanada


Apakah persamaan fungsi kedua-dua menara di atas

a)

pusat pelancongan utama

b)

pusat pertahanan

c)

pusat perindustrian

d)

pusat telekomunikasi

7.

*Mel suara

*SMS


Alat perhubungan yang menyediakan perkhidmatan di atas ialah

a)

komputer

b)

telefon

c)

telefaks

d)

telefon selular

8.

-diperkenalkan pada tahun 1876

-memberikan maklumat dengan cepat

-talian dibina selari dengan landasan kereta api

a)

televisyen

b)

radio

c)

telegraf

d)

pos

9.

Stesen satelit bumi Malaysia terletak di

a)

Kuantan

b)

Pasir Gudang

c)

Petaling Jaya

d)

Seremban

10.

-TMNet

-MaxiNet

-Jaring

Senarai di atas merujuk kepada

a)

jenis komputer

b)

jenis telefon

c)

perkhidmatan internet

d)

sistem pembelajaran

11.

Tandakan BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH pada pernyataan yang salah.


Penerokaan dalam bidang telekomunikasi memasuki satu dimensi baharu dengan pembinaan stesen satelit bumi yang pertama di Cyberjaya.

a)

BETUL

b)

SALAH

12.

Tandakan BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH pada pernyataan yang salah.


Pelancaran Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT) meningkatkan rangkaian perkhidmatan radio dan televisyen satelit melalui ASTRO.

a)

BETUL

b)

SALAH

13.

Tandakan BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH pada pernyataan yang salah.


Ciri-ciri rekaan luaran dan dalaman telefon yang menggunakan teknologi tinggi menepati kehendak dan cita rasa generasi alaf baharu.

a)

BETUL

b)

SALAH

14.

Tandakan BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH pada pernyataan yang salah.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berfungsi menarik syarikat-syarikat dengan pengecualian cukai serta menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti capaian Internet yang laju.

a)

BETUL

b)

SALAH

15.

Kesan positif telekomunikasi terhadap pembangunan negara ialah (3 jawapan)

a)

e-perbankan

b)

Multimedia interaktif

c)

e-dagang

d)

Maklumat berunsur negatif

16.

Apakah yang anda tahu tentang "e-kerajaan"?

a)

Urusan kerajaan melalui surat-menyurat.

b)

Urusan kerajaan melalui telefon.

c)

Urusan kerajaan melalui Internet.

17.

Apa yang anda faham tentang "e-dagang"?

a)

Proses menjalankan urusan perniagaan melalui pengangkutan.

b)

Proses menjalankan urusan perniagaan melalui rangkaian komputer atau Internet.

c)

Proses menjalankan urusan perniagaan melalui gudang atau kedai.

18.

Etika penggunaan alat telekomunikasi merujuk prinsip dan tatacara moral atau nilai-nilai akhlak, iaitu (a)........... dan (b)........... yang menjadi pegangan seseorang individu

a)

(a)sikap (b)sopan santun

b)

(a)adab (b)sifat buruk

c)

(a)perasaan (b)sopan

d)

(a)adab (b)sopan santun

19.

Berikut adalah etika penggunaan alat telekomunikasi (2 jawapan)

a)

mengganggu dan merosakkan sistem komunikasi orang lain

b)

Elakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif yang melanggar undang-undang dan norma

c)

sebarkan berita palsu kepada orang lain.

d)

Tidak mendedahkan hal-hal peribadi dan kata laluan kepada umum

20.

Susun atur perkembangan telekomunikasi di Malaysia ialah seperti berikut...

a)

Telefon --> telegraf --> teleks --> mesin faks --> telefon bimbit --> telefon pintar

b)

Teleks --> telefonn --> telegraf --> telefon bimbit --> mesin faks --> telefon pintar

c)

Telegraf --> telefon --> teleks --> mesin faks --> telefon bimbit -->telefon pintar

d)

mesin faks --> telegraf -->teleks --> telefon pintar --> telefon bimbit --> telegraf