Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

[BIO T4] 10.1 Jenis Sistem Peredaran

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Rajah 2 menunjukkan sistem

peredaran darah ikan. Apakah P?

a)

Jantung

b)

Peparu

c)

Insang

d)

Kulit

2.

Rajah 3 menunjukkan sejenis sistem

peredaran darah dalam vertebrata. Apakah jenis sistem peredaran ini?

a)

Sistem peredaran darah terbuka

b)

Sistem peredaran darah tertutup

c)

Sistem peredaran darah tertutup

dan tunggal

d)

Sistem peredaran darah tertutup

dan ganda dua

3.

Antara bahan berikut, yang manakah

diangkut dalam hemolimfa?

I. Lipid

II. Oksigen

III. Karbon dioksida

Iv. Glukosa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Organisma yang manakah mempunyai nisbah jumlah luas permukaan per isi padu (JLP/I) yang paling kecil?

a)
b)
c)
d)
5.

Perbezaan antara sistem peredaran ikan dan manusia:


Ikan mempunyai sistem peredaran (a)   manakala manusia mempunyai sistem peredaran ganda dua.

6.

Mengapa sistem peredaran darah amfibia dianggap sebagai sistem peredaran darah tertutup dan tidak lengkap?

a)

Darah beroksigen masih bercampur dengan darah terdeoksigen kerana amfibia mempunyai satu ventrikel yang tidak terbahagi.

b)

Mempunyai salur darah yang tertutup.

c)

Darah beroksigen tidak bercampur dengan darah terdeoksigen kerana amfibia mempunyai dua ventrikel berasingan.

d)

Mempunyai jantung yang tertutup.

7.

Cacing pipih merupakan organisma multisel. Namun, cacing pipih tidak memerlukan satu sistem pengangkutan yang khusus untuk mengangkut bahan masuk dan keluar dari sel. Mengapa? (Pilih 2)

a)

Badannya berbentuk pipih menyediakan nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu (JLP/I) yang besar

b)

Proses resapan bahan keperluan sel berlaku dengan cekap

c)

Badannya berbentuk pipih menyediakan nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu (JLP/I) yang kecil

d)

Proses resapan bahan keperluan sel berlaku dengan perlahan

8.

Mengapa serangga memerlukan satu sistem berasingan (iaitu sistem trakea) untuk mengangkut oksigen? (Pilih 2).

a)

Sistem peredaran darah terbuka dalam serangga

tidak dapat mengedarkan oksigen ke sel badan.

b)

Untuk menampung aktiviti aktif, serangga

memerlukan satu sistem trakea untuk mengangkut

oksigen.

c)

Serangga mempunyai sistem peredaran tertutup yang mengedarkan oksigen dan nutrien ke sel badan

d)

Sistem trakea digunakan untuk mengangkut nutrien.

9.

Di dalam serangga, apabila jantung mengendur, hemolimfa mengalir kembali ke jantung melalui liang seni yang dipanggil __________.

a)

ostium

b)

trakea

c)

aorta

d)

hemoselum

10.

Gambar menunjukkan salamander, sejenis amfibia. Darah mengalir dalam dua peredaran iaitu peredaran ___________ dan peredaran sistemik.

a)

pulmokutaneus

b)

pulmonari

c)

lengkap

d)

ganda dua