Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA MAJMUK

Total questions: 30

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Cikgu Azman meminta kami menyusun kerusi dan meja itu semula seperti ________________.

a)

sukarela

b)

sediakala

c)

sukacita

d)

sedia ada

2.

Siti Aminah masih _______________ atas kematian ayahnya dua bulan yang lalu.

a)

dukacita

b)

sukacita

c)

suka ria

d)

sukarela

3.

Kawasan ______________ itu menjadi tumpuan orang ramai untuk berkelah pada musim cuti sekolah.

a)

air hujan

b)

air terjun

c)

air pancut

d)

air pasang

4.

___________________ Encik Salleh pandai menjahit dan memasak.

a)

Orang harapan

b)

Orang rumah

c)

Orang dapur

d)

Orang atas

5.

Pak Karim ______________ apabila beberapa biji buah duriannya dicuri orang.

a)

naik kepala

b)

darah tinggi

c)

darah naik

d)

naik darah

6.

____________________ peninggalan arwah ayah mereka dibahagikan sama rata.

a)

Harta benda

b)

Harta karun

c)

Harta pusaka

d)

Harta pencarian

7.

Amri menasihati adiknya agar tidak berputus asa walaupun gagal dalam ___________________ itu.

a)

temu duga

b)

temu bual

c)

temu jodoh

d)

temu rama

8.

Karim telah menerima ___________________ setelah dia tidak menjelaskan bayaran bulanan keretanya selama dua bulan.

a)

surat amaran

b)

surat aduan

c)

surat akuan

d)

surat sumpah

9.

Sekalian rakyat ________________ atas kesudian baginda sultan mencemar duli untuk bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di negeri itu.

a)

menjunjung kasih

b)

memohon limpah

c)

sembah maklum

d)

barang perintah

10.

Misi kemanusiaan ke Somalia dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh kerana ____________________ Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

a)

mencemar duli

b)

merafak sembah

c)

menjunjung titah

d)

menerima menghadap

11.

Kakak masih belum memberikan kata putus kepada pihak syarikat itu tentang tawaran pekerjaan tersebut.

a)

Betul

b)

Salah

12.

Gerakan terian tradisional Melayu seperti inang dan zapin memang lemah lembut dan begitu mengasyikkan.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Encik Kamaruddin ada temu janji dengan pengurus syarikat itu untuk membincangkan pembekalan bahan mentah.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Murid-murid Tahun Enam Kejora menghargai segala untung rugi yang diberikan oleh Ustaz Muhammad kepada mereka.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Fahmi dan adiknya menolong ayah mereka mengutip dan membakar periuk belanga yang bertaburan di belakang rumah mereka.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Perlakuan dan pujuk rayu ketua murid Sekolah Sultan Abdul Aziz itu amat sopan menyebabkan dia sering dipuji oleh guru-gurunya.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Ramai __________________ telah dijemput untuk memberi pandangan dan cadangan untuk membaiki mutu bola sepak negara.

a)

cerdik bijak

b)

cerdik pintar

c)

cerdik pandai

d)

cerdik bestari

18.

Peniaga itu tidak dapat mengembalikan wang pembeli itu kerana dia tidak ada ________________.

a)

duit hantaran

b)

duit kecil

c)

duit tabung

d)

duit kopi

19.

"Jika nama kamu ada dalam _______________ itu, sudah pasti kamu tidak dapat memperbaharui lesen memandu," kata datuk.

a)

senarai hitam

b)

senarai pendek

c)

senarai semak

d)

senarai nama

20.

Pegawai polis itu menunjukkan ___________________nya terlebih dahulu sebelum dia menggeledah rumah lelaki itu.

a)

surat kuasa

b)

surat saman

c)

surat rayuan

d)

surat permohonan

21.

Ahli sains dari negara tersebut giat menjalankan _______________ terhadap penemuan yang baru itu.

a)

kaji bumi

b)

kaji selidik

c)

soal selidik

d)

soal jawab

22.

"Jagalah ___________________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua," pesan ibu kepada Syafiqah.

a)

tutur kata

b)

tutur bicara

c)

tutur bahasa

d)

tutur lidah

23.

Mereka merancang untuk ______________________ ke Indonesia setelah kes Covid 19 ini berakhir.

a)

ambil angin

b)

makan hati

c)

makan angin

d)

ambil peluang

24.

Budak yang ___________________ itu telah ditangkap oleh pihak polis kerana mencuri di pasar raya.

a)

cepat tangan

b)

hisap darah

c)

kepala batu

d)

curi tulang

25.

Jamali dapat mendengar ketukan pintu rumahnya kerana pada ketika itu dia __________________.

a)

tidur-tidur ayam

b)

telinga kuali

c)

telinga nipis

d)

tidur mati

26.

Apakah simpulan bahasa yang berkaitan dengan gambar tersebut?

a)

Ulat nangka

b)

Curi tulang

c)

Ulat buku

d)

Lipas kudung

27.

Ramizan akan mencari kerja di ibu kota. Kalau __________________ dapatlah dia hidup senang.

a)

mengadu untung

b)

untung sabut

c)

durian runtuh

d)

duit terpijak

28.

Biasanya orang yang _______________ akan mudah mendapat kawan walau di mana-mana dia berada.

a)

ringan tulang

b)

ringan kepala

c)

ringan mulut

d)

ringan tangan

29.

Jarjit tinggal ___________________ apabila yang didiaminya terbakar akibat litar pintas.

a)

sebatang kara

b)

sehelai sepinggang

c)

ulat bulu

d)

makan suap

30.

Chun Lei mudah melenting jika perbuatannya ditegur oleh orang lain kerana dia _____________________.

a)

buaya darat

b)

telinga nipis

c)

kepala angin

d)

sebatang kara