wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM BAHASA - CIKGU FAZLIYATUN

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

" _______ mohon ampun kerana gagal melaksanakan titah tuanku," kata Paduka Ali kepada Sulytan Muzaffar Syah.

a)

Beta

b)

Saya

c)

Patik

d)

Hamba

2.

Ibu sedang ______ ikan yang baru sahaja dipancing oleh abang.

a)

menyiang

b)

mengopek

c)

memotong

d)

mencencang

3.

Pakar forensik itu ________ laporan autopsi yang telah diterima untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa tersebut.

a)

menilai

b)

meneliti

c)

menganalisis

d)

memerhatikan

4.

"Kamu ______ mendapat gred purata terkumpul sekurang-kurangnya 3.75 sekiranya ingin menyambung tajaan JPA untuk peringkat ijazah," kata Encik Siva kepada anaknya.

a)

telah

b)

boleh

c)

harus

d)

masih

5.

Kanak-kanak yatim itu bergembira _____ suasana hari raya yang mulia atas sumbangan para dermawan.

a)

di

b)

pada

c)

demi

d)

dalam

6.

" _______, malangnya nasib lelaki itu kerana telah kehilangan kedua-dua belah kakinya dalam kemalangan jalan raya," kata Lina kepada Syamala.

a)

Cis

b)

Wah

c)

Amboi

d)

Aduhai

7.

Adik mengutip duit syiling yang ______ di atas lantai.

a)

tabur

b)

menabur

c)

bertabur

d)

bertaburan

8.

Aini berasa _____ apabila tiba-tiba seorang perompak mengacukan pisau ke arahnya.

a)

cuak

b)

pucat

c)

cakna

d)

ranggi

9.

Setelah diberitahu tentang kebakaran yang memusnahkan rumahnya, Mak Leha yang sedang menoreh getah di kebun _____ pulang ke rumah.

a)

terkial-kial

b)

terketar-ketar

c)

terkocoh-kocoh

d)

tercungap-cungap

10.

Pak Hassan membawa dua _____ anak padi ke petak sawah yang baru dibajaknya.

a)

cekak

b)

berkas

c)

batang

d)

genggam