wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulang kaji Pendidikan Moral 2

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kelebihan menggunakan internet dengan berhemah?

a)

Mendapat maklumat yang sahih

b)

Hubungan kekeluargaan renggang

c)

Maruah diri dan keluarga tidak dipelihara

d)

Mengisi masa lapang dengan permainan atas talian

2.

Apakah tindakan anda, apabila melihat rakan anda yang berkelakuan seperti di gambar ini?

a)

Memujuk rakan anda

b)

Mengajak rakan anda untuk bermain

c)

Meluangkan masa dengan rakan untuk mengetahui masalahnya

d)

Tidak menghiraukan rakan anda

3.

Anda mendapati rakan anda sedang meniru semasa peperiksaan, apakah yang anda harus lakukan?

a)

Menasihati rakan supaya tidak meniru

b)

Mendapatkan jawapan dari rakan anda

c)

Senyap dan tidak mengambil tindakan

d)

Maklumkan kepada guru yang bertugas

4.

Apakah kepentingan menjadi Insan bermoral kepada alam?

a)

Alam dicemarkan

b)

Imej negara terpelihara

c)

Hidup bermuafakat dan harmoni

d)

Alam terpelihara

5.

Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri insan bermoral dari aspek perasaan?

a)

Prihatin

b)

Kecewa

c)

Simpati

d)

Rasional

6.

Apakah kepentingan mempelajari Moral?

a)

Menambah ilmu pengetahuan

b)

Mengukuhkan pertahanan negara

c)

Mempunyai nilai sejagat

d)

Mengurangkan integriti

7.

Semasa anda ingin menggunakan tandas awam yang ramai orang sedang menunggu giliran, anda ternampak tandas OKU yang kosong. Apakah yang anda akan lakukan?

a)

Menunggu giliran anda untuk masuk dengan senyap

b)

Menggunakan tandas oku tersebut

c)

Mencari tandas lain kerana tidak suka ramai orang

d)

Memarahi orang yang ada dalam tandas kerana lama

8.

Janice membeli makanan di kantin yang sibuk pada waktu rehat. Selepas membeli, juruwang memberikan baki yang berlebihan kepada Janice. Apakah tindakan yang sepatutnya Janice lakukan?

a)

Simpan baki tersebut untuk membeli makanan lain

b)

Anggap baki yang berlebihan untuk tuhan yang memberikan

c)

Memulangkan baki berlebihan kepada juruwang

d)

Tidak buat apa-apa tindakan

9.

Apakah sambutan keagamaan Ng Siew Chai yang beragama Buddha?

a)

Tahun Baharu Cina

b)

Hari Wesak

c)

Vaisakhi

d)

Pesta Kaamatan

10.

Keluarga Puan Amrita Kaur di dalam gambar ini beragama?

a)

Hindu

b)

Kadazan

c)

Murut

d)

Sikh

11.

Apakah perayaan yang disambut oleh Orang Asli Semai?

a)

Kinorohingan

b)

Nyenang

c)

Hari menuai

d)

Upacara Magavau

12.

Mary sangat lemah dan kurang keyakinan diri dalam berbahasa Melayu. Apakah yang patut dilakukan oleh Mary untuk mengatasi kelemahan dirinya?

a)

Menggunakan bahasa yang lain apabila bercakap

b)

Menggelakkan diri daripada berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan tidak berusaha

c)

Membaca buku selain dari buku Bahasa Melayu

d)

Banyak bertanya dan berani untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu

13.

Cara meminta pertolongan dari tuhan.

a)

Bersyukur

b)

Menangis

c)

Berdoa

d)

Berterima kasih

14.

Sahabat yang berciri positif ialah ...

a)

Mengharapkan balasan

b)

Bersikap prihatin

c)

Penghibur hati

d)

Mementingkan diri

15.

Berikut merupakan kebaikan memilih sahabat yang positif, kecuali...

a)

Bersama-sama melakukan aktiviti

b)

Berasa sunyi dan keseorangan

c)

Mendapat bantuan dan sokongan

d)

Dapat belajar bersama-sama

16.

Muthu mengikut ajakan sahabatnya untuk ponteng sekolah setiap hari. Apakah kesan terhadap diri Muthu?

a)

Muthu akan memperoleh keputusan yang cemerlang

b)

Muthu akan diberi hukuman seperti digantung persekolahan

17.

Tingkah laku Mei Mei yang tidak berkasar dengan sahabatnya. Apakah ciri positif yang ada pada Mei Mei?

a)

Mendapatkan perhatian

b)

Bersopan santun

c)

Mengharapkan balasan

18.

pilih cara hidup tidak moral

a)

mencuri

b)

suka membantu

19.

Apakah kepentingan mempelajari moral

a)

mengamalkan integriti

b)

tidak membentuk perpaduan

20.

Cara menghormati amalan atau kepercayaan agama orang lain

a)

tidak mengejek amalan keagamaan/kepercayaan rakan

b)

tidak membuat bising semasa rakan sembahyang

c)

tidak makan atau minumdepan rakan yang sedang berpuasa