Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sejarah tingkatan 1 bab 1: Mengenali sejarah

Total questions: 25

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara pernyataan berikut, manakah yang memberi maksud paling tepat tentang sejarah ?

a)

Sejarah memberi tumpuan kepada kehidupan dan tamadun masyarakat masa lampau

b)

Sejarah dikaitkan dengan peritiwa silam yang bermakna dan dapat memberikan iktibar kepada manusia

c)

Sejarah adalah cerita silam yang ditulis mengikut urutan peristiwa

d)

Sesuatu fakta sejarah mestilah terdapat pelbagai tafsiran

2.

Sumber skunder yang dikenali sebagai sumber kedua. Sumber kedua merupakan .......

a)

cerita yang dituturkan secara lisan oleh orang tua

b)

bahasa bersejarah yang disimpan di muzium dan arkib

c)

hasil penemuan oleh masyarakat purba

d)

hasil penulisan oleh pengkaji sejarah

3.

Artifak, fosil dan manuskrip merupakan contoh sumber pertama. Mengapakah ianya dikelaskan dalam sumber pertama?

a)

Bahan yang dijumpai pada masa lampau

b)

Bahan tersebut dijumpai melalui kaedah arkeologi

c)

Bahan tersebut tidak dapat dikesan tarikh dihasilkan

d)

Bahan asal yang belum diolah oleh sejarawan atau penulis lain

4.

"Melalui sumber sejarah ini, faktanya sukar dipercayai kerana adanya unsur tokok tambah seperti mitos dan lagenda."


Sumber yang dimaksudkan ialah

a)

sumber arkeologi

b)

sumber lisan

c)

sumber pertama

d)

sumber kedua

5.

"Dalam penulisan sejarah , seseorang sejarawan seringkali mempunyai pendapat yang berbeza tentang bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku."


Pandangan di atas berkaitan dengan apa yang disifatkan sebagai ...

a)

kecondongan dalam sejarah

b)

kontroversi fakta sejarah

c)

penganalisaan fakta sejarah

d)

terdapat unsur-unsur mitos dan lagenda

6.

"Kaedah ini dilakukan oleh ahli arkeologi untuk mengkaji masyarakat purba yang tidak menggunakan tulisan dan jika adapun banyak yang telah hilang atau musnah"


Kaedah yang dinyatakan di atas merujuk kepada

a)

kaedah penyelidikan di muzium

b)

kaedah cari gali

c)

kaedah penyelidikan di arkib

d)

kaedah temu bual

7.

"Mohd. Ariff Haikal ingin mendapatkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengam ucapan-ucapan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Husseim Onn untuk membuat tugasan yang diberikan oleh gurunya."


Di manakah beliau boleh mendapatkan bahan-bahan tersebut ?

a)

Arkib Negara

b)

Muzium Negara

c)

Perpustakaan Negara

d)

Pejabat Persatuan Sejarah Malaysia

8.

Peristiwa-peristiwa bersejarah yang diketahui melalui penceritaan penglipurlara dikenali sebagai

a)

cerita berbingkai

b)

sastera bertulis

c)

sastera lisan

d)

sastera sejarah

9.

Apakah maksud sejarah yang diberikan oleh Herodotus?

a)

Catatan tentang sikap manusia masa lampau

b)

Peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa dahulu

c)

Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab mereka melakukannya

d)

Kisah perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat zaman dahulu

10.

Antara perkataan berikut, yang manakah yang merupakan bahasa Arab yang merujuk kepada istilah sejarah ?

a)

Tarikh

b)

Syajarah

c)

Tawarikh

d)

Syajaratun

11.

Apakah sumbangan sejarawan iaitu Tun Sri Lanang dan Abdul Hadi Hassan kepada tanah air kita ?

a)

Memperkenalkan sejarah di sekolah

b)

Menghasilkan penulisan sejarah negara kita

c)

Mengumpul sumber-sumber sejarah negara kita

d)

Merekodkan peristiwa sejarah pada masa lampau

12.

Apakah yang anda faham tentang fakta sejarah ?

a)

Catatan yang mempunyai nama tokoh dan tempat

b)

Peristiwa yang dapat dibuktikan kebenarannya

c)

Tarikh sesuatu peristiwa bersejarah dikelaskan

d)

Dokumen yang disimpan di muzium dan perpustakaan

13.

"Pelancaran kereta Proton Waja dan Pelancaran motosikal Jaguh"


Mengapakah peristiwa di atas dianggap peristiwa bersejarah kepada negara ?

a)

Membuka era baru dalam industri pemotoran negara

b)

Menunjukkan negara sedang merdeka dan tidak dijajah lagi

c)

Membolehkan negara diiktiraf sebagai negara industri

d)

Membuktikan negara mempunyai kemampuan mengatasi negara maju

14.

Sumber lisan tidak dianggap sebagai fakta sejarah. Apakah kelemahan sumber tersebut ?

a)

Sumber ini diperolehi melalui kaedah lisan

b)

Sumber ini tidak mempunyai tarikh dan nama tokoh

c)

Terdapat unsur tokok tambah seperti dongeng dan mitos

d)

Fakta ini tidak dinilai oleh sejarwan dan tidak dan dibukukan

15.

Antara bahan berikut, yang manakah boleh didapati di Arkib Negara ?

a)

Beliung

b)

Manuskrip lama

c)

Batu bersurat

d)

Serpihan tembikar

16.

Antara berikut yang manakah merujuk kepada sumber sekunder ?

a)

Fosil yang ditemui di Gua Cha

b)

Baru bersurat di Kuala Berang

c)

Ensiklopedia yang disimpan di perpustakaan

d)

Peta asal negeri Johor di Arkib Ngara

17.

Mengapakah kaedah arkeologi sangat penting untuk mengkaji kehidupan masyarakat zaman prasejarah ?

a)

Kaedah arkeologi sangat mudah diperoleh dan murah harganya

b)

Kaedah arkeologi diperoleh melalui proses cari gali

c)

Bahan-bahan arkeologi tahan lama dan tidak mudah rosak

d)

Masyarakat prasejarah tidak merekod apa-apa tentang kehidupan mereka

18.

Sejarawan tempatan telah menganggap Rentap, Antanom dan Mat Kilau sebagai pejuang tanah air walaupun mereka dianggap sebagai pemberontak oleh sejarawan Barat. Mengapakah keadaan ini berlaku ?

a)

Mereka sangat berani dan tabah mengahadapi cabaran

b)

Mereka merupakan penduduk tempatan yang mahir berperang

c)

Mereka telah berjaya bekerjasama dengan kuasa Barat

d)

Mereka telah berjuang membebaskan tanah air daripada penjajah Barat

19.

43 Apakah punca yang menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat antara sejarawan Barat dengan sejarawab tempatan?

a)

Perbezaan tafsiran sejarah

b)

Perbezaan latar belakang pendidikan

c)

Perbezaan sumber sejarah yang digunakan

d)

Sejarawan Barat dan sejarawan tempatan tidak bekerjasama

20.

Sekiranya anda tidak mendapat maklumat tepat tentang sesuatu peristiwa yang dikaji, ini akan menyebabkan

a)

berlaku tafsiran yang berbeza

b)

terpaksa menggunakan kaedah lisan

c)

wujud unsur-unsur tokok tambah

d)

tidak mendapat pengajaran berdasarka peristiwa sejarah

21.

Antara yang berikut yang manakah sumber primer?

a)

Rencana akhbar

b)

Surat perjanjian

c)

Buku teks sejarah

d)

Tulisan dalam jurnal

22.

Candi yang ditemui di Lembah Bujang menjadi bukti tentang kewujudan pengaruh Buddha di Kedah. Candi berkenaan dikenali sebagai

a)

sumber sejarah

b)

sumber asli

c)

sumber seni bina

d)

sumber arkeologi

23.

“Pertempatan awal manusia di negara ini bukannya di persisiran pantai tetapi di gua-gua di pendalaman”


Ahli sejarah membuat kesimpulan tersebut berdasarkan

a)

sumber lisan

b)

sumber bertulis

c)

sumber sekunder

d)

sumber arkeologi

24.

Tempoh masa yang mempunyai keistimewaan

a)

Hijrah

b)

Masihi

c)

Kronologi

d)

Zaman

25.

Mengapakah peristiwa Hari Malaysia dianggap sebagai fakta sejarah?

a)

tepat dan benar

b)

sebab dan akibat

c)

menjadi kenangan masyarakat

d)

melambangkan kemegahan Negara