wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASK PPT T3

Total questions: 40

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Bucket sort ialah satu teknik yang

a)

mencari sesuatu item daripada satu senarai

b)

mengisih item-item dalam senarai mengikut urutan menaik atau menurun

c)

mengasingkan item-item dalam senarai tertentu ke dalam baldi

d)

mendapatkan item yang dikehendaki dalam satu senarai linear

2.

Binary search ialah teknik carian yang melibatkan keputusan dwipilihan

a)

Benar

b)

Palsu

3.

Antara yang berikut, manakah yang betul mengenai ralat sintaks?

a)

Pembahagian dengan sifar

b)

Menghasilkan output yang tidak diingini

c)

Menggunakan format pengekodan yang salah

d)

Menggunakan pemboleh ubah yang belum ditakrifkan

4.

Apakah kunci bagi Caesar Cipher jika abjad pertama bermula dengan abjad F?

a)

7

b)

6

c)

5

d)

4

5.

Apakah simbol grafik bagi abjad B dalam Pigpen Cipher?

a)
b)
c)
d)
6.

Rajah di atas menunjukkan satu teks sifer yang telah disulitkan menggunakan Pigpen Cipher. Apakah teks biasa yang terhasil apabila teks sifer di atas dinyahsulit?

a)

BELAJAR

b)

BELAYAR

c)

NELAYAN

d)

PELAJAR

7.

Teliti maklumat berikut.

• Senarai mengandungi item yang banyak.

• Item-item dalam senarai telah diisih.

Apakah teknik yang sesuai digunakan untuk mencari suatu item dalam senarai tersebut?

a)

Linear search

b)

Binary search

c)

Bubble sort

d)

Bucket sort

8.

Berapakah bilangan fasa dalam pembangunan atur cara?

a)

3

b)

4

c)

5

d)

6

9.

Manakah antara berikut merupakan urutan fasa pembangunan atur cara yang betul?

a)

Reka Bentuk Atur Cara -> Pengekodan -> Analisis Masalah -> Pengujian dan Penyahpepijatan -> Dokumentasi

b)

Analisis Masalah -> Pengekodan -> Reka Bentuk Atur Cara -> Pengujian dan Penyahpepijatan -> Dokumentasi

c)

Analisis Masalah ->Reka Bentuk Atur Cara -> Pengekodan -> Pengujian dan Penyahpepijatan -> Dokumentasi

d)

Pengujian dan Penyahpepijatan -> Pengekodan -> Reka Bentuk Atur Cara -> Analisis -> Dokumentasi

10.

Apakah konsep pemikiran yang digunakan dalam fasa pembangunan atur cara agar sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan mudah?

a)

Pemikiran Kritis

b)

Penikiran Kreatif

c)

Pemikiran Aras Tinggi

d)

Pemikiran Komputasional

11.

Pengaturcara akan mengenal pasti masalah, keperluan sistem dan perisian serta sasaran pengguna. Apakah fasa yang terlibat?

a)

Analisis Masalah

b)

Reka Bentuk Atur Cara

c)

Pengekodan

d)

Dokumentasi

12.

Semasa penulisan kod arahan, pengaturcara perlu mengambil kira tentang penggunaan pembolehubah yang betul, kod arahan input, formula yang digunakan dan kod arahan output. Apakah teknik pemikiran komputasioanal yang telah digunakan?

a)

Teknik pengitlakan

b)

Teknik pengecaman corak

c)

Teknik peniskalaan

d)

Teknik leraian

13.

Dalam fasa pengujian dan penyahpepijatan, jenis mesej ralat yang diterima perlu dikenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaannya. Manakah teknik pemikiran komputasional yang menunjukkan situasi ini?

a)

Teknik pengitlakan

b)

Teknik pengecaman corak

c)

Teknik peniskalaan

d)

Teknik leraian

14.

Dokumen pustaka dan panduan pengguna merupakan contoh dokumen yang dihasilkan semasa fasa dokumentasi. Penghasilan dokumen ini secara tidak langsung mengaplikasi ________________________

a)

Teknik pengitlakan

b)

Teknik pengecaman corak

c)

Teknik peniskalaan

d)

Teknik leraian

15.

Penghasilan algoritma dalam bentuk pseudokod semasa fasa reka bentuk atur cara menggunakan ________________

a)

Teknik pengitlakan

b)

Teknik pengecaman corak

c)

Teknik peniskalaan

d)

Teknik leraian

16.

Pengaturcara akan memilih bahasa dan perisian pengaturcaraan serta mengekod atur cara berdasarkan pseudokod dan carta alir. Apakah fasa yang terlibat?

a)

Analisis masalah

b)

Reka bentuk atur cara

c)

Pengekodan

d)

Dokumentasi

17.

Berikut adalah jenis-jenis ralat yang wujud semasa pelaksanaan atur cara, kecuali....

a)

RALAT LOGIK

b)

RALAT MASA LARIAN

c)

RALAT OPERASI

d)

RALAT SINTAKS

18.

Nyatakan jenis-jenis dokumentasi yang wujud dalam fasa dokumentasi KECUALI ...

a)

DALAMAN

b)

OPERASI

c)

PUSTAKA

d)

LUARAN

19.

Dalam fasa analisis masalah, pengatur cara akan mengenal pasti input, proses dan ________.

a)

Output

b)

Storan

c)

Perisian

d)

Perkakasan

20.

Pernyataan manakah menerangkan dokumentasi dalaman yang betul?

a)

Dokumentasi dalaman bertujuan membantu pengguna menggunakan aplikasi yang telah dibina

b)

Dokumentasi dalaman disediakan untuk membantu pengaturcara memahami aplikasi yang telah dibina.

c)

Dokumentasi dalaman bertindak sebagai manual pengguna

d)

Dokumentasi dalaman mengandungi proses pemasangan perisian secara langkah demi langkah

21.

Pada fasa rekabentuk aturcara, pengatur cara akan menulis _____________ dan melakar_______________

a)

carta alir , pseudokod

b)

pseudokod, carta alir

c)

aturcara, pseudokod

d)

bentuk atur cara , aturcara

22.

Apakah fasa kedua dalam pembangunan aturcara?

a)

Reka Bentuk Atur Cara

b)

Manual pengguna

c)

Pengitlakan

d)

Leraian

23.

luas = panjang * tinggi

perimeter = (panjang * lebar) * 2


Tentukan jenis ralat di atas.

a)

Ralat sintaks (syntax eror)

b)

Ralat masa larian (runtime eror)

c)

Ralat logik (logical eror)

24.

Apakah komponen utama semasa melakukan kriptografi?


I. Kunci

II. Teks Biasa

III. Teks Sifer

IV. Algoritma

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

25.

Darren menyulitkan suatu mesej untuk dihantar kepada Khairul. Mesej yang dihantar itu telah diceroboh oleh pihak lain kerana Darren menggunakan kaedah sifer yang menggunakan simbol. Apakah kemungkinan teknik sifer yang digunakan oleh Darren?

a)

Caesar Cipher

b)

Rail Fence Cipher

c)

Pigpen Cipher

d)

Columnar Transposition

26.

Yee Mei ingin menggunakan Rail Fence Cipher untuk menyulitkan suatu mesej yang akan dihantar kepada penerima. Dia telah memindahkan satu teks sifer kepada bentuk seperti di bawah.

Apakah kunci yang perlu digunakan oleh penerima untuk menyahsulitkan mesej tersebut?

a)

K = 3

b)

5 baris

c)

13 lajur

d)

Perkataan BENIH

27.

Maksud search ialah

a)

Teknik carian yang melibatkan keputusan dwipilihan.

b)

Pencarian suatu nombor sahaja dalam senarai.

c)

Bandingkan item yang dicari dengan item pertengahan.

d)

Proses untuk mendapatkan suatu item tertentu yang terkandung dalam satu senarai.

28.

Pilih jenis-jenis search di bawah.

a)

Binary search

b)

Bubble search

c)

Linear search

d)

Bucket search

29.

Pilih jenis-jenis sort di bawah.

a)

Binary sort

b)

Bubble sort

c)

Linear sort

d)

Bucket sort

30.

....................... ialah satu teknik untuk mendapatkan item yang dikehendaki dalam satu senarai linear.

a)

Binary search

b)

Linear search

c)

Bubble sort

d)

Bucket sort

31.

Indeks dalam sesuatu senarai merujuk kepada.........

a)

Penentu kedudukan bagi setiap item dalam senarai.

b)

Item pertengahan.

c)

Output yang dikehendaki.

d)

Nombor terbesar.

32.

Dalam bidang pengkomputeran, apakah yang dimaksudkan dengan search?

a)

Mencari benda yang hilang

b)

Mencari item dalam senarai

c)

Mencari dan mengisih item dalam senarai

d)

Mencari suatu item yang diisih

33.

Anatara berikut, yang manakah merupakan ciri sort?

a)

Mengisih item-item dalam senarai mengikut turutan menaik sahaja

b)

Mengisih item-item dalam senarai mengikut turutan menaik dan menurun

c)

Mengisih item-item dalam senarai yang panjang sahaja

d)

Mengisi dan mencari item dalam senarai

34.

Teknik isihan yang menyemak dua item bersebelahan ialah

a)

bubble sort

b)

bucket sort

c)

binary search

d)

linear search

35.

Teknik ini mencari dan menyemak item di tengah senarai. Jika item di tengah senarai bukan item dikehendaki, item-item di sebelah kiri atau kanan akan diabaikan mengikut syarat yang ditetapkan.

a)

linear search

b)

binary search

c)

bubble sort

d)

bucket sort

36.

Antara berikut, yang manakah bukan ciri bucket sort

a)

Meletakkan item-item ke dalam beberapa kategori secara sementara

b)

Mengisih item-item dalam setiap kategori sebelum memasukkan semula item-item ke dalam senarai

c)

Membandingkan dua item bersebelahan

d)

Sesuai untuk digunakan pada senarai yang mempunyai item yang banyak

37.

Puan Melissa sedang membeli ikan kembung di pasar. Dia memilih ikan-ikan yang segar. Apakah konsep yang digunakan oleh Puan Melissa

a)

Linear search

b)

Binary Search

c)

Bubble Sort

d)

Bucket Sort

38.

Nora ingin mengisih fail-fail maklumat murid ke dalam 26 buah kotak yang dilabelkan abjad A hingga Z. Apakah konsepp yang digunakan oleh Nora untuk memudahkan kerjanya?

a)

Linear search

b)

Binary search

c)

Bubble Sort

d)

Bucket Sort

39.

Bucket sort ialah satu teknik yang

a)

mencari sesuatu item daripada satu senarai

b)

mengisih item-item dalam senarai mengikut urutan menaik atau menurun

c)

mengasingkan item-item dalam senarai tertentu ke dalam baldi

d)

mendapatkan item yang dikehendaki dalam satu senarai linear

40.

Andy diberi senarai yang mempunyai item yang banyak. Item-item dalam senarai tersebut berada dalam kedudukan rawak. Apakah gabungan teknik yang sesuai jika Andy ingin mencari kedudukan item n dalam senarai tersebut?

a)

Bubble Sort, Linear search

b)

Bucket Sort, Linear search

c)

Bubble Sort, Binary search

d)

Bucket Sort, Binary search