NEW
Font size
WorksheetsSAINS FORM 4 BAB 2 : BANTUAN KECEMASAN
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) merupakan bantuan kecemasan awal bagi mangsa lemas. Apakah definisi CPR?
A. Bantuan kecemasan
B. Teknik hembusan pernafasan mulut ke mulut
C. Gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan pernafasan mulut ke mulut
D. Gabungan teknik tekanan di bahagian perut dan menyentak ke atas dengan kuat
Rajah 1 menunjukkan langkah di dalam menjalankan satu kaedah pertolongan cemas.
Apakah keadaan yang membolehkan pertolongan cemas ini dilakukan kepada mangsa?
A. Tiada degupan jantung atau nadi
B. Sakit tekak dan sukar bernafas
C. Tercekik dan tidak boleh bercakap
D. Demam dan batuk
Carta menunjukkan kaedah CPR yang betul kepada orang dewasa.
Apakah kaedah kecemasan yang perlu dilakukan pada X?
A. Memeriksa pernafasan mangsa
B. Menepuk bahu mangsa dan memanggil mangsa
C. Mengubah posisi mangsa dalam keadaan mengiring
D. Tekanan dada dilakukan pada kadar 100-120 tekanan per minit
Mengapakah CPR penting?
A. Menyediakan bekalan darah dan oksigen
B. Membantu mangsa bercakap dengan lancar
C. Mengekalkan degupan jantung yang terhenti
D. Memulihkan sistem pencernaan mangsa tercekik
Bantuan kecemasan seperti Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) hanya boleh dilakukan oleh individu berikut
A. Paramedik sahaja
B. Guru Sains sahaja
C. Doktor perubatan sahaja
D. Semua individu yang tahu akan teknik CPR yang betul
Heimlich Manoeuvre dilakukan kepada mangsa yang
A. Lemas dalam sungai
B. Tercekik semasa makan
C. Terkena panahan petir dan kilat
D. Cedera parah akibat kemalangan
Richard sedang makan di sebuah restoran dan secara tiba-tiba dia berdiri sambil memegang leher dengan kedua-dua tangannya dan terbatuk-batuk. Apakah kemungkinan yang terjadi sekiranya bantuan kecemasan lambat diberikan?
A. Pengsan
B. Dehidrasi
C. Kelumpuhan
D. Kerosakan otak
Bagaimanakah anda boleh lakukan Heimlich Manoeuvre kepada wanita hamil yang tercekik?
A. Memastikan mangsa berbaring di permukaan rata
B. Memastikan kedudukan tangan lebih tinggi untuk sentakan
C. Memastikan tekanan dada dilakukan pada kadar 100-120 tekanan per minit
D. Memastikan mangsa berdiri sambil memegang kerusi dan menolak badan sepenuh tenaga
Anda sedang berlari mengelilingi taman dan terlihat seorang lelaki tiba-tiba rebah lalu pengsan. Apakah langkah pertama yang perlu anda ambil apabila berhadapan dengan situasi itu?
A. Menelefon talian kecemasan 999
B. Memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut
C. Mengejutkan mangsa dengan menepuk bahunya dan bertanya “anda ok?”
D. Meninggalkan mangsa untuk diselamatkan oleh orang lain yang berdekatan
Antara berikut, yang manakah kaedah yang betul untuk melakukan Heimlich Manoeuvre ?
A. Memberitahu guru dan pembantu makmal
B. Melakukan teknik tekanan dada dan bantuan pernafasan mulut ke mulut
C. Menggunakan sebatang kayu atau sudu untuk mencungkil keluar makanan tersangkut
D. Meletakkan genggaman tangan kanan di antara pusat dengan tulang rusuk mangsa dan menyentak ke atas dengan kuat
