NEW
Font size
WorksheetsBM6 Penjodoh Bilangan 13 Julai 2021
Total questions: 23
Worksheet time: 12mins
Encik Steven menjolok buah mangga itu dengan _____ galah.
sebilah
sebatang
sehelai
selembar
_____ rumah kedai di Desa Penawar itu musnah dalam kebakaran petang semalam.
Sebiji
Sederet
Serelung
Segugus
Posmen menghantar _____ surat kepada saya pada petang tadi.
sepucuk
sebuah
sehelai
sekeping
Puan Ria mengelap pinggan mangkuk yang basah itu dengan _____ tuala kecil.
secebis
sehelai
secekak
sebuah
Pengembala itu sedang menghalau _____ kambing ke dalam kandang.
seangkatan
sepasukan
segerombolan
sekawan
Beberapa _____ rantai emas kepunyaan Datin Nora hilang apabila rumahnya dimasuki pencuri.
utas
kerat
ulas
ketul
Pak Cik Teng membelah kayu api menggunakan _____ kapak.
sebatang
seketul
supuntung
sebilah
Emak menggunakan _____ kapas untuk membubuh ubat pada luka di tangan adik.
segumpal
segulung
selembar
sekeping
Encik Thana menghadiahi isterinya _____ anting-anting berlian pada minggu lalu.
serangkap
sekaki
segugus
sepasang
Badan Wai Lok berasa panas setelah makan beberapa _____ isi durian.
biji
buah
ulas
tongkol
Kakak memasukkan _____ gula ke dalam cawan yang berisi air teh itu.
secubit
segenggam
sesudu
secupak
Dua_____ serai di tepi lorong itu ditanam oleh Pak Akob.
gelung
bidang
rumpun
baris
Anggota polis itu mengacukan _____ pistol kepada penjenayah itu.
selaras
sebuah
sepucuk
sebentuk
Encik Mazlan membaca dua _____ surat khabar yang berbeza setiap hari.
helai
naskhah
keping
jilid
Nabilah memakai _____ sarung tangan sebelum memulakan aktiviti gotong-royong.
sehelai
seutas
sepasang
setangkai
Ayah meminta pelayan itu untuk memasukkan beberapa _____ ais ke dalam air tehnya.
buah
biji
titis
ketul
Cikgu Ghafar menyuruh murid-muridnya untuk menghasilkan tiga ____ pantun di rumah.
perenggan
buah
baris
rangkap
Encik Liang memberikan tiga ____ bunga ros kepada isterinya.
kuntum
gugus
tangkai
biji
Puan Raiha membakar lima _____ jagung untuk dihidangkan kepada tetamu.
tongkol
ulas
batang
ruas
Abang memesan 50 ____ sate ayam di gerai yang menjual sate itu.
cebis
cucuk
pucuk
bilah
Para peserta pertandingan menulis esei itu perlu menulis esei tidak melebihi 200_____ perkataan.
baris
patah
rangkap
lapis
Pak Hassan memberikan _____ pisang kepada jirannya, iaitu Encik Rama.
setandan
seikat
sebiji
sesikat
Darren menggunakan _____ payung untuk melindungi dirinya daripada cuaca panas.
sebuah
sebatang
selaras
sekaki
