Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tatabahasa Tahun 6 / 96

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Anjing-anjing liar yang berkeliaran di pekan itu telah ______________ oleh pihak berkuasa.

a)

dirampas

b)

diberkas

c)

ditahan

d)

diusir

2.

Emak telah memujuk adik kerana dia tidak mahu _______________ ubat yang pahit itu.

a)

menyuap

b)

menghirup

c)

mengunyah

d)

menelan

3.

Buah mangga muda biasanya sangat ___________.

a)

masam

b)

masin

c)

pedas

d)

pahit

4.

Semua yang hadir dalam majlis itu telah dilayan dengan ____________ oleh abang.

a)

gagah

b)

manja

c)

mesra

d)

erat

5.

Pengawal yang bertugas ini memegang ______________ senapang bagi menjaga keselamatan di ______________ bangunan tinggi.

a)

sebilah ... sebiji

b)

selaras ... sebentuk

c)

sebatang ... sebaris

d)

sepucuk ... sebuah

6.

Segala masalah persatuan telah dapat _____________ dalam mesyuarat itu.

a)

dibaiki

b)

diselesaikan

c)

diputuskan

d)

ditamatkan

7.

Kumar telah ___________ lembunya pada sebatang pokok di belakang rumahnya.

a)

membelit

b)

melilit

c)

menyimpul

d)

menambat

8.

Lauk yang dipanaskan itu menjadi ____________ apabila Liza lupa memadamkan api.

a)

hangus

b)

hangit

c)

hanyir

d)

hapak

9.

Orang tua itu memilih beberapa _____________ jagung terbaik untuk dijadikan benih yang akan ditanam di ____________ tanah terbiar.

a)

ulas ... sekaki

b)

buah ... sekumpulan

c)

biji ... sekeping

d)

tongkol ... sebidang

10.

Di atas para-para itu terdapat beberapa _____________ pisang dan ______________ rambutan.

a)

sisir ... segugus

b)

sikat ... sebutir

c)

biji ... serumpun

d)

tandan ... sejambak

11.

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.


Pasukan rumah Hijau sedang mendahului pasukan lain dalam pungutan mata.

a)

kumpulan

b)

kutipan

c)

tambahan

d)

tompokan

12.

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.


Bil air, telefon, dan elektrik boleh dijelaskan di Pejabat Pos.

a)

diambil

b)

dikira

c)

dibayar

d)

dihantar

13.

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

a)

Kata ibu, "tolong ambilkan, secawan kopi panas."

b)

Kata ibu, "Tolong ambilkan secawan kopi panas."

c)

Kata ibu, "Tolong ambilkan secawan, kopi panas."

d)

Kata ibu, "tolong ambilkan secawan kopi panas."

14.

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

a)

"Bapa saya, mempunyai dusun yang luas" kata Maya.

b)

"Bapa saya mempunyai dusun yang luas, kata Maya."

c)

"Bapa saya mempunyai dusun yang luas", kata Maya.

d)

"Bapa saya mempunyai dusun yang luas," kata Maya.

15.

Pilih ayat yang paling sesuai bagi soalan yang diberi.


Berapa jauhkah dari sini ke bandar?

a)

Tidak jauh. Lebih kurang 3 kilometer dari rumah saya.

b)

Tidak jauh. Lebih kurang 3 kilometer sahaja ke sini.

c)

Tidak jauh. Lebih kurang 3 kilometer sahaja.

d)

Tidak jauh. Bandar yang jauh lebih kurang 3 kilometer.

16.

Pilih ayat yang paling sesuai bagi soalan yang diberi.


"Mengapakah saudari sering menulis surat kepada Malina?"

a)

Saya selalu menulis surat kepada Malina untuk merapatkan hubungan kami.

b)

Sudah lama saya tidak menulis kepada Malina terutamanya pada masa cuti.

c)

Sudah lama saya bercadang untuk mengutus surat kepada Malina untuk bertanyakan khabar.

d)

Saya bercadang mengajak Malina bercuti di rumah saya pada cuti akhir tahun ini.

17.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i) Jemput minum teh yang terhidang di atas meja itu.

ii) Saya suka belajar bahasa Inggeris dan adik saya bahasa Arab.

iii) Adik bermain di halaman dan rumah itu dibersihkan oleh ibu.

iv) Budak itu baik dan ibunya jarang-jarang menyakiti hati orang.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja

18.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i) Sisa makanan yang banyak itu diberikan ke kucing.

ii) Kata-kata abang telah mendorong saya belajar dengan lebih tekun lagi.

iii) Apabila senja tiba mereka pun baliklah ke rumah masing-masing.

iv) Kain yang dibelinya terlalu mahal malahan ada yang lebih murah.

a)

i dan iv sahaja

b)

ii dan iii sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

ii, iii, dan iv sahaja

19.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i) Dia memberitahu berita itu ke orang tuanya di kampung.

ii) Pondok kecil itu kami menduduki selama setahun.

iii) Warta berita pukul lima akan ke udara sebentar lagi.

iv) Pegawai keselamatan menjalankan pemeriksaan ke atas setiap kenderaan yang memasuki kawasan itu.

a)

i dan ii sahaja

b)

ii dan iii sahaja

c)

iii dan iv sahaja

d)

i, iii,dan iv sahaja

20.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i) Ibu hidang tetamu sepinggan kuih.

ii) Pak Jamal menjalani kursus sebelum bersara selama enam bulan.

iii) Pelajar yang mematuhi peraturan sekolah merupakan pelajar yang berdisiplin.

iv) Mekanik sedang membaiki kereta ayah saya.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

i, iii, dan iv sahaja

21.

Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud saling.


i) Penjaja menjual sayur-mayur di pasar tani itu.

ii) Para pemain sudah mahir dengan selok-belok permainan.

iii) Rakyat Malaysia utus-mengutus kad ucapan pada setiap hari perayaan.

iv) Selepas tawar-menawar, dia terus sahaja membayar harga barang-barang yang telah dipilihnya itu.

a)

i dan ii sahaja

b)

ii dan iii sahaja

c)

iii dan iv sahaja

d)

ii, iii, dan iv sahaja

22.

Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud saling.


i) Orang kampung selalu bertolong-tolongan dalam hal kebajikan.

ii) Mereka bersalam-salaman sebelum meninggalkan rumah yang diziarahi.

iii) Mereka bergurau-gurauan di padang pada waktu rehat.

iv) Pasukan pertahanan berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan negara.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

i, ii, dan iv sahaja

23.

Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud berulang-ulang.


i) Ibunya masih teresak-esak kesedihan semasa mengiringi anaknya yang akan berangkat ke luar negeri.

ii) Kakinya yang luka itu berdenyut-denyut apabila dibawa berjalan.

iii) Nenek terbatuk-batuk sejak dia balik dari rumah abang.

iv) Saya takut-takut perkara ini tidak dapat diselesaikan dengan segera.

a)

i, ii, dan iii sahaja

b)

i, iii, dan iv sahaja

c)

ii, iii, dan iv sahaja

d)

i, ii, iii, dan iv sahaja

24.

Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud berulang-ulang.


i) Muka pemuda itu pecah-pecah setelah terlibat dalam satu kemalangan.

ii) Tiap-tiap hari dia mundar-mandir di tempat itu untuk mencari ilham.

iii) Kanak-kanak itu terlompat-lompat keriangan setelah dipuji oleh ayahnya.

iv) Kakak lari lintang-pukang dikejar anjing garang itu.

a)

i dan iv sahaja

b)

ii dan iii sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

ii, iii, dan iv sahaja

25.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Helmi mempelawa Rezza berkelah bersama-sama keluarganya di pantai Port Dickson pada hujung minggu nanti.

a)

Helmi yang akan berkelah pada hujung minggu di pantai Port Dickson turut mempelawa Rezza serta keluarganya.

b)

Helmi yang akan berkelah di pantai Port Dickson pada hujung minggu telah mempelawa Rezza turut serta bersama-sama keluarganya.

c)

Helmi yang akan berkelah di pantai Port Dickson dengan keluarganya pada hujung minggu telah mengajak Rezza turut serta.

d)

Helmi yang akan menyertai keluarganya di pantai Port Dickson pada hujung minggu telah mengajak Rezza berkelah bersama dengannya.

26.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Penduduk Kampung Jaya membina jambatan menyeberangi sungai itu bagi memudahkan murid-murid berulang-alik ke sekolah.

a)

Murid-murid mudah berulang-alik ke sekolah di Kampung Jaya dengan menyeberangi sungai itu selepas penduduk membina jambatan.

b)

Penduduk Kampung Jaya memudahkan murid-murid berulang-alik menyeberangi sungai itu selepas penduduk membina jambatan.

c)

Jambatan Kampung Jaya yang dibina itu memberi keselesaan kepada penduduk kampung dan murid-murid berulang-alik ke sekolah.

d)

Jambatan yang dibina oleh penduduk Kampung Jaya memberi kemudahan kepada murid-murid berulang-alik ke sekolah di seberang sungai.

27.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Guru besar mengucapkan tahniah kepada Melati kerana dia telah berjaya dalam pertandingan syarahan itu.

a)

Kata guru besar, "Dia memberi tahniah kepada Melati yang berjaya dalam pertandingan syarahan itu."

b)

Kata guru besar, "Melati telah berjaya dalam pertandingan syarahan itu, beri tahniah."

c)

Kata guru besar, " Ucapkan tahniah kepada Melati kerana dia telah berjaya dalam pertandingan syarahan itu."

d)

Kata guru besar, "Tahniah Melati kerana kamu telah berjaya dalam pertandingan syarahan itu."

28.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Pak Leman membelah kayu api di belakang rumahnya untuk dijual kepada para pelanggannya.

a)

Kayu api yang hendak dijual kepada pelanggannya dibelah oleh Pak Leman di belakang rumahnya.

b)

Pak Leman membelah kayu api yang di belakang rumah pelanggannya untuk dijual.

c)

Kayu api di belakang rumah dibelah oleh Pak Leman untuk dijual kepada para pelanggan.

d)

Pak Leman menjual kayu api yang dibelahnya kepada pelanggan di belakang rumah.

29.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


i) Budak itu kuat bercakap di dalam kelas.

ii) Pemuda itu menjerit kuat hatinya.

iii) Ahmad kuat membaca buku tidak kira pada waktu siang atau malam.

iv) Walaupun dia sudah tua tetapi badannya masih kuat.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, iii, dan iv sahaja

d)

i, ii, iii, dan iv

30.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


i) Ibu menyuruh kacau adunan tepung ini hingga sebati.

ii) Datuk saya kacau air kopi itu sebelum diminumnya.

iii) Fikirannya menjadi kacau apabila basikalnya hilang.

iv) Abang kacau permainan adik di atas lantai.

a)

i dan iii sahaja

b)

ii dan iv sahaja

c)

ii, iii, dan iv sahaja

d)

i, ii, iii, dan iv