wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPM: AYAT MAJMUK CAMPURAN

Total questions: 15

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikut mengenai ayat majmuk campuran, kecuali...

a)

terdiri daripada ayat tunggal.

b)

terdiri daripada cantuman ayat tunggal dengan ayat majmuk.

c)

mengandungi lebih daripada satu ayat.

d)

mengandungi beberapa jenis ayat majmuk.

2.

Pilih ayat majmuk campuran yang tepat.

a)

Farissa masih giat berlatih tetapi rakan-rakannya sudah keletihan.

b)

Aminah suka makan mi goreng manakala adik dan abangnya suka makan nasi goreng.

c)

Adik Hadirah terlalu suka memancing ikan di sungai belakang rumahnya.

3.

Gabungkan ayat-ayat tunggal ini agar menjadi ayat majmuk campuran.

Mereka menyedari

sikap malas amat merugikan

mereka masih tidak mahu berubah.

a)

Mereka menyedari bahawa sikap malas amat merugikan namun mereka masih tidak mahu berubah.

b)

Mereka menyedari bahawa sikap malas amat merugikan tetapi mereka masih tidak mahu berubah.

c)

Mereka menyedari bahawa sikap malas amat merugikan untuk mereka masih tidak mahu berubah.

4.

Berikut ayat majmuk campuran yang tepat, kecuali....

a)

Kereta berwarna biru dan hitam itu menjadi idaman Abiyah tetapi Aishah tidak menyukainya pula.

b)

Irfan dan Farhanlah murid yang paling rajin mengikuti kelas Bahasa Melayu Puan Zuraini Abu.

c)

Ibu dan ayah sangat meminati warna biru tetapi anaknya yang kedua lebih menyukai warna merah.

5.

Perbuatan vandalisme meninggalkan kesan buruk ...... dinding bangunan rosak akibat tulisan ...... contengan ........ dilakukan oleh kumpulan gengster.

a)

kerana, dan , yang

b)

bahawa, serta, akan

c)

tatkala, dan, yang

6.

Rumah besar ......... di atas bukit itu milik Puan Erica ......... Tuan Fitri.

a)

dan .... serta

b)

yang.... dan

c)

kerana ... dengan

7.

Guru hendaklah mengajar murid ....... menggunakan pelbagai kaedah .... teknik agar dapat menarik minat murid ........ seronok belajar.

a)

dengan, dan, untuk,

b)

untuk, atau , demi

c)

dan, lantaran, untuk

8.

Murid-murid seharusnya memahami ........... tugas mereka ke sekolah adalah ........ belajar ......... bersungguh-sungguh ...... memenuhi harapan ibu bapa.

a)

agar, demi, dengan, untuk

b)

bahawa, untuk, dengan, demi

c)

umpama, untuk, dengan, bagi

9.

Faris ...... Khatami berazam ......... menjadi arkitek ......... dapat mengharumkan nama negara.

a)

dan, untuk, yang

b)

serta, demi, yang

c)

dengan, bahawa, yang

10.

........... hidup mereka tidak kaya, .......... mereka tetap bersyukur dapat menetap dalam negara .......... aman..........damai.

a)

Lantaran, bahawa, yang, dengan

b)

Sungguhpun, sedangkan, yang, serta

c)

Walaupun, namun, yang, dan

11.

Emylia suka bidang masakan manakala Nurin dan Huda pula suka bidang jahitan kerana mewarisi bakat ibu mereka.

a)

Ayat majmuk gabungan + ayat majmuk gabungan + ayat majmuk pancangan keterangan.

b)

Ayat majmuk gabungan + ayat majmuk pancangan komplemen + ayat majmuk pancangan relatif

c)

Ayat majmuk pancangan keterangan + ayat majmuk gabungan + ayat majmuk gabungan

12.

Pilih ayat yang mengandungi ayat majmuk pancangan keterangan, ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan relatif.

a)

Bangsa Melayu terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut dan berbudi bahasa yang tinggi nilainya.

b)

Pemuda yang berbaju biru itu pernah mewakili sekolah dalam pertandingan pidato di peringkat negeri dan berjaya membawa pulang pingat emas serta piala pusingan.

c)

Kempen ini bertujuan untuk mendidik masyarakat agar memelihara alam sekitar dengan tidak menggunakan plastik sepanjang masa.

13.

Pilih ayat yang mengandungi:

Ayat majmuk gabungan + ayat majmuk pancangan keterangan + ayat majmuk gabungan.

a)

Lebih baik awak berterus terang daripada berdiam diri kerana sikap begini akan mendatangkan syak wasangka dan fitnah.

b)

Walaupun soalan itu sangat susah, Adam Danial tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjawabnya.

c)

PdPR dan BDR merupakan norma baru yang perlu dilalui oleh masyarakat dunia dengan tenang disebabkan pandemik Covid-19.

14.

Pilih ayat yang mengandungi:

Ayat majmuk pancangan keterangan + ayat majmuk pancangan relatif + ayat majmuk pancangan keterangan.

a)

Pak Murad yakin bahawa anak lelakinya tidak bersalah sedangkan kesalahan yang dilakukan jelas di depan mata beliau.

b)

Demi membesarkan anak-anaknya yang masih kecil, Johan sanggup bekerja lebih masa hingga tidak menghiraukan kesihatannya.

c)

Penduduk Kampung Melati saling bekerjasama bagai aur dengan tebing dan sentiasa memastikan mereka hidup tenang serta bersatu hati.

15.

Pilih ayat yang mengandungi:

Ayat majmuk pancangan relatif + ayat majmuk gabungan + ayat majmuk gabungan.

a)

Aina dan Aini tidak pernah tersinggung walaupun Cikgu Zainuddin sering menegur sikapnya di dalam kelas kerana mereka sentiasa berfikiran positif.

b)

Izzat dan Yusoff mula menjadi sahabat baik semenjak Program Suai Kenal yang diadakan oleh pihak sekolah tahun lalu.

c)

Murid berjaya ialah murid yang menjaga tingkah laku dan hubungannya dengan Tuhan, ibu bapa serta guru.