Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tahun 5 - Haba dan Suhu

Total questions: 30

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'suhu'?

a)

Ukuran darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu bahan.

b)

Kuantiti atau jumlah haba dalam sesuatu bahan.

c)

Kadar kehilangan haba daripada sesuatu bahan.

d)

Suatu bentuk tenaga yang dipindahkan.

2.

Unit piawai yang digunakan untuk mengukur suhu ialah _________________.

a)

sentimeter padu (cm3)

b)

darjah Celsius (oC)

c)

mililiter (ml)

d)

meter sesaat (ms-1)

3.

Antara peralatan berikut, yang manakah digunakan untuk menyukat suhu?

a)
b)
c)
d)
4.

Rajah manakah menunjukkan kedudukan aras meniskus yang betul semasa mengambil bacaan suhu?

a)
b)
c)
d)
5.

Rajah menunjukkan suatu penyiasatan. Apakah corak perubahan suhu air pada situasi B selepas 15 minit?

a)

Suhu berkurang.

b)

Suhu tidak berubah.

c)

Suhu bertambah.

d)

Suhu bertambah, kemudian berkurang.

6.

Rajah menunjukkan suatu penyiasatan tentang pengembangan dan pengecutan bahan. Apakah inferens (sebab) berdasarkan pemerhatian yang diperoleh?

a)

Udara dalam botol mengecut apabila kehilangan haba.

b)

Udara dalam botol mengecut apabila menerima haba.

c)

Udara dalam botol mengembang apabila menerima haba.

d)

Udara dalam botol mengembang apabila kehilangan haba.

7.

Rajah menunjukkan bebola logam tidak dapat melalui gelang logam. Apakah yang perlu dilakukan supaya bebola logam boleh melalui gelang logam itu?

a)

Panaskan bebola logam.

b)

Rendam bebola logam dalam air sejuk.

c)

Sejukkan gelang logam.

d)

Rendam bebola logam dan gelang logam dalam air sejuk.

8.

Jadual menunjukkan perubahan suhu air dalam masa 12 minit. Antara pernyataan berikut, yang manakah menjelaskan maklumat dalam jadual dengan betul?

a)

Air dibiarkan sejuk.

b)

Air kehilangan haba.

c)

Air menerima haba.

d)

Suhu air berkurang.

9.

Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Ramalkan apa yang akan berlaku selepas 3 minit?

a)

Isi padu air berwarna bertambah.

b)

Aras air berwarna menurun.

c)

Aras air berwarna meningkat.

d)

Air berwarna mendidih.

10.

Rajah menunjukkan suatu penyiasatan untuk menunjukkan haba dipindahkan dari tempat panas ke tempat yang lebih sejuk. Objek manakah yang akan jatuh paling lambat?

a)

W

b)

X

c)

Y

d)

Z

11.

Rajah menunjukkan sebuah landasan keretapi. Apakah yang perlu dilakukan supaya landasan itu tidak membengkok atau rosak pada hari yang panas?

a)

Besarkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.

b)

Kecilkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.

c)

Gantikan kepingan besi landasan keretapi dengan kayu.

d)

Longgarkan skru pada kepingan besi landasan keretapi.

12.

Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Apakah yang terjadi jika botol di dalam air panas dipindahkan ke dalam bekas yang mengandungi air sejuk?

a)

Belon terus mengembang.

b)

Belon menjadi semakin kecil.

c)

Belon akan meletup.

d)

Saiz belon tidak berubah.

13.

Rajah menunjukkan dua biji gelas P dan Q yang sukar dipisahkan. Apakah cara yang patut dilakukan untuk memisahkan gelas itu?

a)

Rendam gelas P dalam air panas.

b)

Tuang air panas ke dalam gelas Q.

c)

Rendam gelas P dalam air sejuk.

d)

Rendam kedua-dua gelas dalam air panas.

14.

Berapakah bacaan suhu bagi termometer yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

90 oC

b)

100 oC

c)

85 oC

d)

80 oC

15.

Bacaan suhu bagi termometer dalam rajah didapati meningkat. Apakah inferens (sebab) yang sesuai?

a)

Merkuri dalam bebuli termometer mengembang apabila menerima haba.

b)

Merkuri dalam bebuli termometer mengecut apabila kehilangan haba.

c)

Isipadu merkuri dalam bebuli termometer bertambah.

d)

Air dalam bikar mengembang apabila dipanaskan.

16.

Antara rajah berikut, yang manakah menunjukkan cara yang betul untuk menyukat suhu air menggunakan termometer?

a)
b)
c)
d)
17.

Rajah menunjukkan sekeping logam panas P dimasukkan ke dalam air. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar?

a)

Isi padu air berkurang.

b)

Logam P kehilangan haba.

c)

Air menerima haba daripada logam P.

d)

Air semakin panas.

18.

Apakah yang berlaku apabila sebuah bikar yang berisi air panas dibiarkan di atas meja selama 30 minit?

a)

Air kehilangan haba.

b)

Air menerima haba.

c)

Air menjadi lebih panas.

d)

Isi padu air bertambah.

19.

Mengapakah tangan berasa sejuk apabila memegang gelas yang berisi ais?

a)

Tangan kehilangan haba.

b)

Tangan menerima haba.

c)

Ais kehilangan haba.

d)

Ais sangat sejuk.

20.

Antara berikut, yang manakah mempunyai suhu yang paling tinggi?

a)

Ikan yang dijemur di tengah panas.

b)

Air yang mendidih.

c)

Rumpair di dalam akuarium.

d)

Ais krim yang diletakkan di dalam peti sejuk.

21.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

a)

Bahan akan mengembang jika kehilangan haba.

b)

Bahan akan mengembang jika tiada haba.

c)

Bahan akan mengecut jika menerima haba.

d)

Bahan akan mengembang jika menerima haba.

22.

Berapakah bacaan suhu bagi termometer yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

40 ºC

b)

43 ºC

c)

44 ºC

d)

45 ºC

23.

Rajah menunjukkan sebatang sudu besi yang dimasukkan ke dalam segelas air panas. Apakah perubahan yang akan berlaku kepada sudu besi tersebut selepas 1 minit?

a)

Sudu besi menjadi sejuk.

b)

Sudu besi menjadi panas.

c)

Sudu besi menjadi bengkok.

d)

Sudu besi mengecut.

24.

Rajah menunjukkan semangkuk sup panas yang diletakkan di atas meja. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sup panas daripada kehilangan haba dengan lebih cepat?

a)

Kacau sup panas itu dengan sudu.

b)

Letakkan ketulan ais ke dalam sup panas itu.

c)

Pindahkan sup panas itu ke dalam mangkuk yang lebih besar.

d)

Tutup mangkuk yang berisi sup panas itu dengan piring.

25.

Berapakah bacaan suhu bagi termometer yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

60 ºC

b)

50 ºC

c)

70 ºC

d)

80 ºC

26.

Mengapakah tangan berasa panas apabila memegang gelas yang berisi air panas?

a)

Tangan kehilangan haba.

b)

Air menerima haba.

c)

Air sangat panas.

d)

Tangan menerima haba.

27.

Rajah menunjukkan seorang pekerja sedang memasang kabel elektrik. Mengapakah kabel elektrik ini dipasang secara kendur?

a)

Supaya mudah dibaiki apabila rosak.

b)

Lebih mudah untuk dipasang.

c)

Mengelakkannya daripada terputus apabila cuaca sejuk.

d)

Mengelakkannya daripada berubah bentuk pada cuaca panas

28.

Dalam suatu penyiasatan yang dijalankan, didapati bahawa suhu air menurun apabila disejukkan dan menaik apabila air dipanaskan. Mengapakah keadaan ini berlaku?

a)

Suhu meningkat apabila air kehilangan haba dan suhu menurun apabila air menerima haba.

b)

Suhu meningkat apabila air menerima haba dan suhu menurun apabila air kehilangan haba.

29.

Mengapakah terdapat ruang di antara penyambungan kepingan besi pada landasan kereta api?

a)

Supaya landasan kereta api tidak rosak dan dapat mengembang dengan mudah semasa cuaca panas.

b)

Supaya landasan kereta api tidak rosak dan dapat mengecut dengan mudah semasa cuaca panas.

c)

Supaya dapat menjimatkan kos pembinaan landasan kereta api.

d)

Supaya kelihatan lebih cantik dan kemas.

30.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan air kopi itu daripada kehilangan haba dengan lebih cepat?

a)

Menambah beberapa ketul ais ke dalam air kopi.

b)

Menyimpan air kopi di dalam termos.

c)

Mengacau air kopi dengan perlahan-lahan.

d)

Menuang air kopi ke dalam piring yang lebih besar