wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN TATABAHASA (SIRI 2)

Total questions: 80

Worksheet time: 42mins

Name
Class
Date
1.

Guru Besar berasa kecewa kerana keputusan peperiksaan UPSR sekolahnya telah....................................

a)

merendah

b)

mengurang

c)

mengecil

d)

merosot

2.

Pemandangan di tepi pantai itu .....................cantik.

a)

kuat

b)

sangat

c)

terlalu sangat

d)

amat-amat

3.

Pokok durian itu mati terkena ......................... petir ketika ribut melanda kampung itu.

a)

pancaran

b)

pantulan

c)

panahan

d)

dentuman

4.

Haziq membantu ayahnya ............................ ketupat menjelang Hari Raya.

a)

merebus

b)

memasak

c)

mereneh

d)

menjerang

5.

Kasim seorang murid yang lemah dalam pelajaran,............... dia sentiasa berusaha untuk berjaya.

a)

walaupun

b)

selain itu

c)

sekiranya

d)

namun begitu

6.

Pak Razak mengambil .......................... beras untuk diberikan kepada ayam-ayamnya.

a)

setongkol

b)

segumpal

c)

segenggam

d)

sebuah

7.

"Pak Seman menggunakan .............................. kapak untuk menebang sebatang pokok rambutan yang berdekatan dengan rumahnya," kata Samad kepada adiknya.

a)

sebatang

b)

sekeping

c)

sebilah

d)

sebuah

8.

Rejab mengambil kesempatan untuk melarikan diri daripada penculik yang sedang tidur.Perkataan seerti bagi kesempatan ialah

a)

peranan

b)

kesanggupan

c)

kehendak

d)

peluang

9.

Rancangan hiburan itu terpaksa ........................ kerana mengalami masalah teknikal.

a)

disiarkan

b)

dipamerkan

c)

ditangguhkan

d)

dihebahkan

10.

Pilih jawapan yang betul.

a)

membancuhkan kopi

b)

membancuh kopi

c)

membuat bising

d)

berbuat bising

11.

Pilih jawapan yang betul.

a)

multimedia

b)

dipermudah urusan

c)

pelbagai multimedia

d)

dipermudahkan urusan

12.

Pilih ayat yang betul.

a)

oleh kerana

b)

oleh sebab

c)

memperoleh kejayaan

d)

memperolehi kejayaan

13.

Pilih jawapan yang betul.

a)

beberapa langkah-langkah

b)

antara usaha

c)

antara usaha-usaha

d)

beberapa langkah

14.

Pilih ayat yang betul.

a)

kos perbelanjaan pembersihan

b)

perbelanjaan kos pembersihan

c)

perbelanjaan pembersihan

d)

kos pembersihan

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

akibat amalan merokok

b)

ada dengan ibu

c)

akibat daripada amalan merokok

d)

ada pada ibu

16.

Zafran ..................... kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.

a)

mengeluh

b)

mengerang

c)

merintih

d)

mengenang

17.

Ibu ........................ kelapa parut untuk mendapatkan santannya.

a)

memerah

b)

melenyek

c)

memicit

d)

menindih

18.

Keadaan jalan raya untuk ke Cameron Highlands......................

a)

lalu lalang

b)

mundar-mandir

c)

bengkang-bengkok

d)

lintang-pukamg

19.

Yang mana satu contoh Kata Ganti Diri Orang Pertama?

a)

mereka

b)

kamu

c)

dia

d)

saya

20.

Zainal berlatih bersunguh-sungguh .................... memenangi pertandingan pidato yang akan disertai pada minggu hadapan.

a)

sambil

b)

tetapi

c)

namun

d)

supaya

21.

Encik Ramli .................... di Hospital Miri.

a)

bertugas

b)

tugasan

c)

tugas

d)

ditugas

22.

Berikan contoh Kata Nama Khas.

a)

meja

b)

kerusi

c)

CIkgu Lee

d)

guru

23.

Yang mana betul?

a)

bergedel

b)

bergedil

24.

Yang mana betul?

a)

nasi beriyani

b)

nasi beriani

25.

Yang mana betul?

a)

mi

b)

mee

26.

Yang mana betul?

a)

tose

b)

tosai

27.

Yang mana betul?

a)

maruku

b)

muruku

28.

Yang mana betul?

a)

sate

b)

satey

29.

Yang mana betul?

a)

bahulu

b)

baulu

30.

Yang mana betul?

a)

nenas

b)

nanas

31.

Yang mana betul?

a)

putu mayam

b)

putu mayang

32.

Yang mana betul?

a)

kebab

b)

kebap

33.

Yang mana betul?

a)

suhun

b)

suun

34.

Yang mana betul?

a)

roti perata

b)

roti prata

35.

Yang mana betul?

a)

ais krim

b)

aiskrim

36.

Yang mana betul?

a)

susyi

b)

sushi

37.

Yang mana betul?

a)

majerin

b)

marjerin

38.

Yang mana betul?

a)

nasi himpit

b)

nasi impit

39.

Yang mana betul?

a)

murtabak

b)

martabak

40.

Yang mana betul?

a)

serondeng

b)

serunding

41.

Yang mana betul?

a)

cencalok

b)

cencaluk

42.

Yang mana betul?

a)

macaroni

b)

makaroni

43.

Yang mana betul?

a)

bersama ayah

b)

bersama-sama ayah

44.

Yang mana betul?

a)

berfokus kepada

b)

berfokus pada

45.

Yang mana betul?

a)

kuetiau

b)

kue teow

c)

kuey teow

46.

Yang mana betul?

a)

meminta maaf daripada ayah

b)

meminta maaf kepada ayah

47.

Yang mana betul?

a)

bersempena dengan

b)

sempena dengan

48.

Yang mana betul?

a)

bersyukur dengan

b)

bersyukur kepada

49.

Yang mana betul?

a)

e-mail

b)

email

c)

e-mel

50.

Yang mana betul?

a)

jus oren

b)

oren jus

51.

Yang mana betul?

a)

temu janji

b)

janji temu

52.

Yang mana betul

a)

istrehat

b)

isterihat

c)

istirahat

53.

Anak gadis Puan Mona ............................. tetamu yang datang dengan makanan dan minuman.

a)

menghidang

b)

menghidangkan

c)

menghidangi

d)

dihidangkan

54.

................................ universiti cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.

a)

Budak-budak

b)

Lelaki-lelaki

c)

Murid-murid

d)

Pelajar-pelajar

55.

Dalam kemalangan itu,sebuah lori telah terjunam ke dalam .............................. yang curam.

a)

gunung

b)

banjaran

c)

gaung

d)

bukit

56.

Pilih frasa yang betul.

a)

cintakan tanah air

b)

cinta tanah air

c)

cinta akan tanah air

d)

cintai tanah air

57.

Asmawi menggunakan galah untuk ..................... dahan pokok rambutan yang sekah itu.

a)

mencantas

b)

mengait

c)

memetik

d)

mengambil

58.

Walaupun Suraya dan Tania bukan adik-beradik tetapi ....................................... sangat rapat seperti isi dengan kuku.

a)

dia

b)

mereka

c)

kami

d)

beliau

59.

Kejayaan ......................... merupakan hasil usaha para jurulatih.Hasil bimbingan ............................ telah mengubah corak permainan pasukan," kata ketua pasukan bola sepak itu.

a)

saya................ beliau

b)

kita....................mereka

c)

mereka........................saya

d)

kami.................kamu

60.

Atas rasa simpati,..................................... Abu mengambil kucing yang terbiar itu pulang ke rumahnya.

a)

maka

b)

sambil

c)

serta

d)

hingga

61.

Semua murid mendengar khabar bahawa Cikgu Hayati.................... akan melanjutkan pelajaran ke luar negara pada tahun hadapan.

a)

bersiap-siap

b)

berlama-lama

c)

berpura-pura

d)

berura-ura

62.

.......................... telah dibuat untuk sesi ............................... dengan angkasawan negara di sekolah itu.

a)

Janji temu................ soal selidik

b)

Temu janji ................................. soal selidik

c)

Janji temu.................... temu ramah

d)

Temu janji ................... temu ramah

63.

Universiti Putra Malaysia begitu giat menjalankan kajian tentang ................................ tradisional masyarakat Melayu.

a)

kayu-kayan

b)

ubat-ubatan

c)

tumbuh-tumbuhan

d)

ulam-ulaman

64.

I. Taklimat yang diberikan oleh Cikgu Roslan amat cerah.

II.Senyumannya cerah setelah mengetahui kejayaannya.

III.Cermin kereta itu kelihatan cerah setelah dibersihkan.

IV.Harapannya untuk menang amat cerah.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I dan IV

d)

II dan III

65.

Pilih frasa yang betul.

a)

tiga ekor anak kucing

b)

tiga ekor-ekor anak kucing

c)

tiga-tiga ekor anak kucing

d)

tiga ekor anak-anak kucing

66.

Aminah memohon maaf .............................. kakaknya kerana terlupa membasuh kasut.

a)

dengan

b)

dari

c)

daripada

d)

kepada

67.

Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat......................

a)

kencang

b)

kuat

c)

cepat

d)

deras

68.

Pegawai Pendidikan Daerah itu disambut dengan ..................... kompang untuk merasmikan sambutan Hari Guru di sekolah itu.

a)

paluan

b)

pukulan

c)

hayunan

d)

tepukan

69.

Mak Cik Hasnah sedang ....................... bawang di dapur.

a)

mengetuk

b)

menumbuk

c)

memalu

d)

memukul

70.

Encik Ramli ...................... masa untuk menyiapkan baju yang ditempah oleh pelanggannya.

a)

kepayahan

b)

kesuntukan

c)

kekurangan

d)

kesusahan

71.

"Ayah ............................ pulang lewat kerana ada kelas tambahan pada hari ini", kata Zali sambil melambai ke arah Zainal di luar pagar.

a)

kami

b)

mereka

c)

dia

d)

saya

72.

Pengemis itu ............................. oleh pekerja restoran itu.

a)

dihalau

b)

ditindas

c)

dihalang

d)

dibuang

73.

Sotong yang telah dibersihkan akan .......................... di atas para-para sehingga kering.

a)

dihimpun

b)

disimpan

c)

dijemur

d)

diperam

74.

Perahu yang berada di laut itu kelihatan ........................ apabila ditiup angin yang kencang.

a)

terolang-aling

b)

terliang-liuk

c)

terhuyung-hayang

d)

terpukul-pukul

75.

Sultan menyuruh dayang mengejutkan tuan puteri yang masih ..................... di dalam bilik.

a)

bersemayam

b)

bersantap

c)

bersiram

d)

beradu

76.

Adik mengikuti ibu ............................ bil elektrik di pejabat pos.

a)

memungut

b)

meminta

c)

membeli

d)

membayar

77.

Dalam persidangan tersebut,semua ketua delegasi telah bersetuju untuk.............................. penubuhan sebuah sekretariat bagi menangani isu-isu hak asasi manusia.

a)

menubuh

b)

menubuhkan

c)

ditubuhkan

d)

tertubuh

78.

Bantal yang terkena tumpahan susu adik itu ................. dicuci oleh ibu di dalam bilik air dan akan dijemur di ampaian.

a)

pernah

b)

masih

c)

hendak

d)

telah

79.

Ayah dan abang sedang ....................... kulit lembu yang baru disembelih untuk kenduri malam nanti.

a)

mengerat

b)

menakik

c)

memotong

d)

melapah

80.

Pekerja-pekerja itu ......................... ranting-ranting pokok teh supaya pokok itu tidak tinggi dan tumbuh merendang.

a)

merumput

b)

memanjat

c)

memetik

d)

memangkas