wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Reka Bentuk Pembungkusan Produk

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Pembungkusan terbahagi kepada dua iaitu pembungkusan makanan dan BUKAN makanan. Berdasarkan gambar di bawah, yang manakah menunjukkan produk pembungkusan BUKAN makanan? (Jawapan mungkin lebih dari satu)

a)
b)
c)
d)
2.

Berikan erti pembungkusan.

a)

Pembungkusan ialah sejenis makanan.

b)

Pembungkusan ialah sejenis permainan.

c)

Pembungkusan ialah kaedah atau cara penyimpanan sesuatu produk.

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan REKA BENTUK pembungkusan pula?

a)

Lakaran pembungkusan.

b)

Proses menghasilkan pembungkusan yang lebih moden.

c)

Kaedah atau cara pembungkusan.

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan pembungkusan sedia ada?

a)

Bungkusan diperbuat dari plastik

b)

Bungkusan diperbuat dari bahan semulajadi

c)

Bungkusan diperbuat dari kaca

5.

Gambar yang mana satukah ialah contoh reka bentuk pembungkusan (moden)?

a)
b)
6.

Gambar menunjukkan pembungkusan sedia ada. Makanan ini mudah didapati pada Hari Raya Aidilfitri. Ia dipanggil ketupat palas. Enak sekali jika dimakan bersama rendang. Daun yang digunakan ialah daun palas. Berdasarkan pilihan jawapan yang berikut, yang manakah menunjukkan daun palas tersebut?

a)
b)
c)
7.

Salah satu kepentingan reka bentuk pembungkusan ialah "Melindungi mutu dan fizikal produk". Apakah yang dimaksudkan dengan kepentingan ini?

a)

Bahan yang tercemar menjejaskan kesihatan dan tidak dapat digunakan.

b)

Keselamatan produk dapat dipelihara daripada kerosakan atau kebocoran.

c)

Produk boleh bertahan lebih lama dan dalam keadaan yang baik.

d)

Maklumat yang lengkap membantu pengguna mengetahui perkara yang berkaitan dengan produk.

8.

Ciri-ciri pembungkusan produk ada LIMA. Salah satunya ialah "Mesra Pengguna". Apakah yang dimaksudkan dengan "mesra pengguna" itu?

a)

Reka bentuk yang ringkas memudahkan penyimpanan.

b)

Reka bentuk pembungkusan memudahkan pengguna untuk mengendalikannya.

c)

Pembungkus perlu mengandungi maklumat yang lengkap tentang produk.

d)

Reka bentuk pembungkusan melindungi produk daripada terdedah kepada udara dan rosak.

9.

Reka bentuk pembungkusan yang baik dapat mengekalkan ketahanan sesuatu produk dengan lebih lama.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Pembungkusan tradisional kebiasaannya melibatkan penggunaan _______________.

a)

bahan mudah kitar semula

b)

bahan pakai buang

c)

bahan terpakai

d)

bahan semula jadi

11.

Sebagai peniaga, Pak Samad tidak akan menjual tin-tin produk yang telah rosak bagi menjaga keselamatan pelanggan.


Berdasarkan situasi di atas, yang manakah antara berikut merupakan kenyataan yang tepat.

a)

Mengawal keselamatan produk

b)

Mengelakkan produk daripada tercemar

c)

Memudahkan pengguna

d)

Menyukarkan pengguna

12.

Reka bentuk pembungkusan bergantung kepada pengeluar produk dan tidak perlu mengikut kesesuaian produk.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Bungkusan roti yang dibeli oleh Ali tidak mempunyai maklumat tarikh luput.


Pilih kepentingan reka bentuk pembungkusan yang betul berdasarkan situasi yang diberikan.

a)

Mengawal keselamatan produk

b)

Mengelakkan produk daripada tercemar

c)

Melindungi mutu dan fizikal produk

d)

Menyampaikan maklumat produk

14.

Reka bentuk pembungkusan sentiasa berubah mengikut keadaan semasa. Ini bertujuan menjadikan pembungkusan lebih cantik dan menarik perhatian pelanggan.

a)

Betul

b)

Salah