WorksheetsPERIBAHASA
Total questions: 12
Worksheet time: 9mins
Anggota - anggota ekspedisi yang sesat itu terpaksa ___________ kerana bekalan makanan mereka semakin sedikit.
alas perut
ikat perut
makan hati
makan garam
Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM.
seperti rusa masuk kampung
seperti belut pulang ke lumpur
seperti pungguk rindukan bulan
seperti kaca terhempas ke batu
Pui Man dikatakan ______ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.
bagai pahat dengan penukul
bagai ayam disambar helang
bagai menatang minyak yang penuh
bagai menarik rambut di dalam tepung
Jurang perbezaan yang terlalu besar
Bagai tikus jatuh ke beras
Bagai bulan jatuh ke riba
Bagai dihiris dengan sembilu
Bagai langit dengan bumi
Orang yang selalu bertengkar
Bagai aur dengan tebing
Air dicincang tidak akan putus
Seperti anjing dengan kucing
Bagai dihiris sembilu
Seseorang yang dianggap tidak berguna dan tidak dipedulikan
Seperti rumput di tepi jalan
Bagai tikus jatuh ke beras
Berpantang maut sebelum ajal
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Bagai tikus jatuh ke beras bermaksud
Seseorang yang berada dalam keadaan bahaya.
Seseorang yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
Orang yang mendapat keuntungan dan kedudukan yang mewah.
Seseorang yang mengalami kerisauan.
Kamil suka menghabiskan masanya dengan membaca.
ulat air
ulat bulu
ulat beluncas
ulat buku
Apakah maksud peribahasa berikut?
Bagai ayam disambar helang.
Orang yang mempunyai semangat kuat.
Orang yang berkuasa.
Mati tanpa sakit.
Orang yang gelojoh.
