NEW
Font size
WorksheetsKESENIAN NEGARA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Bangunan ________________ adalah ibarat ‘icing on the cake’ untuk bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini tersergam indah di hadapan Dataran Merdeka, anda boleh bersantai untuk menikmati pemandangannya yang lebih-lebih lagi memukau jiwa pada waktu malam sambil menikmati angin bandar.
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
A FAMOSA
KELLYS CASTLE
ISTANA NEGARA
Siapa sangka di KL ini masih ada lagi sesuatu yang telah berusia lebih daripada seabad dalam keadaan pembangunan yang rancak ni kan? Inilah usia Masjid ______________ yang dibina pada tahun 1907, menjadikan ia sebuah masjid yang tertua di KL.
Seni binanya adalah berdasarkan reka bentuk Moghul daripada utara India. Ianya telah direka bentuk oleh seorang pembantu arkitek, Arthur Benison Hubbock.
MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
MASJID JAMEK KUALA LUMPUR
MASJID PUTRA
MASJID YAM TUAN RADEN
Terletak di Jalan Istana, Muzium____________ telah berdiri di sini sejak dari tahun 1928 lagi. Bangunan yang bersejarah ini pada asalnya merupakan rumah agam milik seorang jutawan Cina, Chan Wing. Bangunan muzium ini telah direka bentuk oleh sebuah firma seni bina Swan & MacLaren yang terkenal dari Singapura.
MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI
MUZIUM DIRAJA NEGARA
MUZIUM DIRAJA SELANGOR
MUZIUM DIRAJA PAHANG
______________ adalah sebuah bangunan bersejarah yang dibina oleh seorang pengusaha ladang dari Scotland, William Kellie Smith pada tahun 1915 untuk dijadikan sebagai lambang cinta kepada isterinya serta untuk mengembalikan kenangan kepada rumah yang jauh di Scotland. Namun, sedihnya, pembinaan istana ini terpaksa dihentikan secara serta-merta kerana Kellie telah mati secara mengejut pada tahun 1926. Walaupun tidak 100% siap, istana ini dikatakan memiliki banyak ruang rahsia yang termasuklah terowong-terowong bawah tanah.
WILLIAM'S CASTLE
SMITH'S CASTLE
AURORA'S CASTLE
KELLIE'S CASTLE
________________________ adalah sebuah kota yang telah dibina pada tahun 1511 menggunakan buruh-buruh paksaan sewaktu dibawah taklukan Portugis.
Namun begitu, kini, bukan keseluruhan kota ini dalam keadaan yang sempurna, kerana satu-satunya struktur yang masih dalam bentuk asal hanyalah pintu gerbang kota ini iaitu Pintu Gerbang Santiago.
THE STADTHUYS
BABA & NYONYA HERITAGE MUSEUM
KOTA A FAMOSA
INDEPENDENCE MONUMENT MUSEUM
Dibina pada tahun 1650, _________________ pada asalnya adalah penempatan rasmi untuk Gabenor Belanda. Jangan terkejut, sebenarnya ketika zaman Belanda, bangunan ini berwarna putih, namun pada tahun 1911, iaitu sewaktu zaman penjajahan British, bangunan ini telah dicatkan dengan warna merah seperti yang dilihat sekarang.
A FAMOSA
THE STADTHUYS
INDEPENDENCE MONUMENT MUSEUM
KELLEY'S CASTLE
______________ ini adalah sebuah istana 4 tingkat yang dibina untuk menggantikan Istana Pulih yang telah terbakar sewaktu Perang Bukit Putus.Istana ini telah direka oleh dua orang tukang iaitu Taib dan Kahar dengan arahan Yang di-Pertuan Besar yang mahu istana ini dibina dengan reka bentuk alam Minangkabau.
Yang menariknya, istana indah ini telah dibina tanpa menggunakan walaupun satu batang paku besi! Macam mana tu? Untuk menyambung dari satu bahagian dengan bahagian yang lain, mereka menggunakan sambungan kayu yang dinamakan pasak.
ISTANA LAMA SERI MENANTI
TERATAK ZABA
ISTANA DIRAJA NEGERI SEMBILAN
MUZIUM NEGERI, SEREMBAN
_________________ terletak di dalam sebuah bangunan yang dahulunya adalah Istana Besar Johor. Istana yang siap dibina pada tahun 1866 ini telah dibina dengan pengaruh reka bentuk Resaissance di bawah seliaan arkitek Eropah.
Perabot-perabot yang terdapat di dalam istana ini telah ditempah oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dari negara England.
MUZIUM DIRAJA ABU BAKAR
MUZIUM DIRAJA ALAM SHAH
MUZIUM DIRAJA ISKANDAR
MUZIUM DIRAJA JOHOR
Kubu yang berwarna putih ini telah siap dibina dengan reka bentuk istana lama Inggeris pada tahun 1879 oleh Sir Charles Brooke dan diberikan nama sempena nama isterinya, Margaret Brooke.
Terletak di atas bukit, kubu ini menyajikan pemandangan yang seluas pandangan mata ke semua arah di kawasan sekitarnya. Kubu ini dibina untuk menjadi lambang kestabilan kerajaan dan kekuatannya
KUBU MARGHERITA
KUBU BROOKE
PENGKALAN KUBUR
KUBU CHARLES
Menara Jam Atkinson pada asalnya telah dibina untuk memperingati Pegawai Daerah pertama Jesselton iaitu ______________ yang telah menemui kematian setelah diserang malaria ketika berusia hanya 28 tahun. Ibunya, Mary Edith, telah memberikan jam talam dua muka untuk bangunan ini. Namun begitu, bangunan asal yang telah siap dibina pada tahun 1905 ini digantikan dengan bangunan yang baru pada tahun 1964.
FRANCIS LIGHT
FRANCIS DE LA CRUS
FRANCIS GEORGE ATKINSON
FRANCISCA PETER
