Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TAHUN 5, P.MORAL

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Anda terlihat seorang yang tidak dikenali dengan perlakuan yang mencurigakan dalam kawasan perumahan anda. Pilih tindakan yang menunjukkan keberanian anda .

a)

Bersikap tidak ambil tahu

b)

Melaporkan kepada Pengerusi Rukun Tetangga

c)

Melarikan diri

2.

Anda terserempak dengan rakan-rakan anda yang sedang melakukan perbuatan vandalisme di taman permainan . Apakah yang patut anda lakukan ?

a)

Menegur dengan berhemah

b)

Memarahi mereka

c)

Mendiamkan diri

3.

Ali melaporkan kegiatan dadah yang berleluasa di kampungnya kepada polis.

a)

Tindakan Ali betul

b)

Tindakan Ali salah

4.

Kegiatan lumba haram akan __________________ketenteraman awam.

a)

menambahkan

b)

menganggu

5.

Perbuatan melaporkan kegiatan haram kepada pihak berkuasa menunjukkan sikap ______________seseorang.

a)

adil

b)

takut

c)

berani

6.

Berani kerana________________. Takut kerana _____________.

a)

benar , salah

b)

salah , benar

c)

salah , salah

7.

Anda terlihat seorang peragut sedang menarik tas tangan seorang wanita. Apakah tindakan anda ?

a)

Tidak memperdulikan kejadian itu dan berlalu pergi.

b)

Mengejar peragut itu untuk mendapatkan kembali tas tangan wanita itu.

8.

Apakah perasaan anda jika dapat menunjukkan sikap berani dalam menyelesaikan sesuatu masalah ?

a)

Puashati dan bangga

b)

Sedih dan berdukacita

c)

Terkejut dan terharu

9.

Kehidupan masyarakat setempat akan lebih tenteram jika setiap anggota menunjukkan sikap _______________ dalam menangani sebarang masalah.

a)

baik hati

b)

jujur

c)

berani

10.

Berikut adalah kepentingan mengamalkan keberanian dalam hidup bermasyarakat KECUALI :

a)

Kehidupan masyarakat menjadi lebih harmoni.

b)

Anggota masyarakat saling menghargai antara satu sama lain

c)

Keselamatan anggota masyarakat terjamin.

d)

Anggota masyarakat semakin mementingkan diri sendiri.