Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 6 (UNIT 5)

Total questions: 15

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kepupusan haiwan bermaksud lenyapnya atau sudah tiada lagi haiwan di bumi ini.

Bagaimanakah kita mengetahui kewujudan haiwan yang telah pupus?

(Pilih 2 jawapan sahaja)

a)

Penyelidikan

b)

Terdapat di zoo

c)

Fosil

d)

Sejarah

e)

Penceritaan

2.

Antara haiwan berikut, pilih haiwan yang sudah pupus.

(Pilih 3 jawapan sahaja)

a)
b)
c)
d)
e)
3.

Apakah maksud 'Diancam Kepupusan'?

a)

Spesis haiwan dan tumbuhan yang sudah lenyap atau sudah tiada lagi di bumi ini

b)

Bilangan spesies haiwan dan tumbuhan yang semakin berkurangan dari tahun ke tahun

c)

Haiwan yang sering diburu untuk mendapatkan bahagian anggota badannya

d)

Hidupan yang terjejas akibat bencana alam

4.

Apakah faktor tumbuhan seperti pokok bakau kini mengalami ancaman kepupusan?

a)

Haiwan seperti buaya telah memusnahkan akar pokok bakau

b)

Pencemaran air daripada tumpahan minyak bot-bot nelayan

c)

Habitat pokok bakau ditambak untuk membangunkan kawasan pelancongan

d)

Pokok bakau mengalami serangan serangga perosak

5.

Antara haiwan dan tumbuhan berikut, pilih yang diancam kepupusan.

(Pilih 3 jawapan sahaja)

a)
b)
c)
d)
e)
6.

Apakah faktor yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan?

(Pilih 3 jawapan sahaja)

a)

Penanaman semula

b)

Pembalakan

c)

Pemburuan

d)

Pencemaran

e)

Pembinaan pusat rehabilitasi

7.

Apakah aktiviti penerokaan hutan secara tidak terancang yang menyebabkan kemusnahan habitat semula jadi hidupan liar?

(Pilih 3 jawapan sahaja)

a)

Pembalakan

b)

Penghutanan semula

c)

Pembinaan jalan raya

d)

Pemuliharaan tumbuhan

e)

Pembangunan

8.

Antara yang berikut, pilih jenis haiwan dan bahagian badan yang diambil oleh pemburu haram.

(Pilih 3 jawapan sahaja)

a)

Ikan jerung → Sisik

b)

Badak sumbu → Sumbu

c)

Gajah → Gading

d)

Orang utan → Kulit

e)

Musang → Bulu

9.

Tragedi seperti dalam rajah di atas membawa kepada pelbagai kesan buruk terhadap hidupan terutamanya haiwan.

Antara perkara berikut, yang manakah merupakan kesan buruk terhadap haiwan?

(Pilih 3 jawapan sahaja)

a)

Pencemaran habitat hidupan akuatik

b)

Bahan bertoksik menjadi sumber makanan untuk haiwan

c)

Sumber air hidupan menjadi tercemar dan beracun

d)

Sisa minyak akan melekat pada tubuh haiwan

e)

Sisa tumpahan minyak mengubah habitat hidupan akuatik menjadi lebih subur dan lebih produktif

10.

Selain daripada aktiviti manusia, haiwan dan tumbuhan turut terancam akibat bencana alam

Antara berikut, manakah contoh bencana alam yang mengancam haiwan dan tumbuhan?

(Pilih 3 jawapan sahaja)

a)

Banjir

b)

Pembakaran ladang

c)

Puting beliung

d)

Gempa bumi

e)

Penebangan hutan

11.

Apakah maksud pemeliharaan?

a)

Mengekalkan bilangan spesis haiwan yang sedia ada

b)

Membantu haiwan dan tumbuhan mengharungi aktiviti manusia

c)

Mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah

d)

Membina pusat penyelidikan haiwan

12.

Apakah maksud pemuliharaan?

a)

Mengambil alih habitat haiwan untuk kepentingan generasi akan datang

b)

Mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang

c)

Mengubah suai keadaan asal habitat haiwan dan tumbuhan

d)

Membina penempatan manusia di kawasan habitat haiwan dan tumbuhan

13.

Bagaimanakah kita boleh mendidik masyarakat untuk melindungi haiwan dan tumbuhan daripada ancaman kepupusan?

(Pilih 3 jawapan sahaja)

a)

Mengadakan kempen melindungi flora dan fauna

b)

Menawarkan ganjaran wang tunai kepada masyarakat untuk bekerjasama dalam melindungi haiwan dan tumbuhan

c)

Pendedahan awal mengenai melindungi flora dan fauna seawal di peringkat sekolah

d)

Menjaga kebersihan alam sekitar agar habitat haiwan dan tumbuhan tidak terjejas

e)

Mengajak masyarakat untuk menjadikan haiwan terlindung sebagai haiwan peliharaan

14.

Apakah kepentingan perkara pada rajah di atas?

a)

Menyelamatkan spesis haiwan daripada terus diburu secara haram

b)

Membantu kerajaan untuk mengekang perbuatan yang menyalahi undang-undang

c)

Menghentikan perniagaan yang menjual produk yang diperbuat daripada haiwan terancam

d)

Memberikan keuntungan kepada peniaga produk tersebut

e)

Lebih banyak haiwan perlu diburu untuk mendapatkan bahan bagi produk yang dijual

15.

Antara yang berikut, pilih aktiviti pemuliharaan yang terdapat di Malaysia.

(Pilih 3 jawapan sahaja)

a)

Mewujudkan pusat pelindungan beruang panda

b)

Mewujudkan pusat rehabilitasi orang utan

c)

Mewartakan kawasan paya bakau (Ramsar)

d)

Penanaman semula pokok hutan

e)

Membina lebih banyak zoo untuk menempatkan haiwan