wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

REKA BENTUK TINGKATAN 3

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Salah satu Konsep Reka Bentuk Landskap Bali ialah.....

a)

Kebanyakan hiasan bagi landskap taman berkonsep Bali yang ditampilkan mengetengahkan keunikan flora dan fauna

b)

Idea lanskap ini berasal daripada kepercayaan Islam mengenai impian taman syurga

2.

Reka bentuk lanskap yang berjaya merupakan rekaan yang memiliki konsep yang .....

a)

sekata

b)

jelas

3.

................ boleh berkisar dari taman Perancis yang tidak formal sehingga kebangkitan rasmi taman English Cottage

a)

Tema serantau

b)

Tema taman bersejarah

4.

Konsep ialah Paradigma bagi penyatuan sesebuah projek reka bentuk dan selalunya dianggap sebagai.....

a)

pengajaran

b)

metafora

c)

tema

d)

latar

5.

Salah satu Konsep Reka Bentuk Lanskap Inggeris ialah ..........

a)

Merupakan gaya landskap yang terhasil di England pada awal abad ke-18

b)

Penggunaan barangan serta aksesori tradisional seperti patung-patung juga menjadi identiti landskap ini dan ia membezakannya dengan taman-taman tropikal

6.

Terdapat .................. Prinsip Asas Reka Bentuk Taman Mini

a)

2

b)

8

c)

4

d)

6

7.

............. ialah pendekatan popular yang memberi acuan yang agak jelas dan ringkas untuk projek reka bentuk landskap

a)

Tema serantau

b)

Tema Taman bersejarah

8.

Berikut merupakan simbol ......

a)

Simbol Pokok

b)

Simbol Renek

c)

Simbol BInaan

9.

Hasil reka bentuk landskap bertujuan

a)

mewujudkan suasana harmoni

b)

mengindahkan suasana ruang

c)

meningkatkan kualiti ruang

d)

menyesakkan pemandangan

10.

Salah satu Konsep Reka Bentuk Landskap Taman Melayu ialah .........

a)

Idea landskap ini berasal daripada kepercayaan Islam mengenai impian taman syurga

b)

Mempunyai halaman yang luas untuk disesuaikan dengan pelbagai aktiviti masyarakat dan kekeluargaan

11.

Aspek yang penting dalam seni reka hiasan dalaman ialah?

a)

pencahayaan, warna dan peredaran udara

b)

keluasan tanah, pencahayaan dan warna

c)

saiz rumah, warna dan saiz tanah

d)

kewangan, saiz rumah dan warna

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan hiasan dalaman?

a)

Merupakan seni dalam menghias dan menyusun bahagian pandangan yang boleh dilihat secara buatan manusia atau secara semula jadi.

b)

Merupakan seni dalam menghias dan menyusun bahagian dalaman sesuatu ruang dan mereka bentuk ruang untuk lebih selesa.

c)

Satu penghasilan idea kreatif dalam menghasilkan barangan yang bertujuan membantu manusia dalam aktiviti harian.

d)

Merupakan kemahiran hasil kerja tangan warisan.

13.

Berikut merupakan peranan pereka bentuk hiasan dalaman kecuali __________

a)

Menentukan objektif reka bentuk melalui funding an bersama.

b)

Memastikan reka bentuk selaras dengan struktur, mekanik dan elektrik.

c)

Merancang menghias reka bentuk ruang hiasan dalaman dengan menitikberatkan aspek dan fungsi berdasarkan elemen dan prinsip rekaan.

d)

Memastikan ruang reka bentuk berfungsi seperti yang dikehendaki dan bersesuaian dengan kehendak pelanggan.

14.

Nyatakan ciri-ciri seorang pereka bentuk hiasan dalaman.

a)

Kemahiran komunikasi dan pendengar yang baik.

b)

Dapat menarik minat pelanggan.

c)

Penggunaan barangan serta aksesori traditional

d)

Mampu menggabung kan elemen semula jadi dan elemen benda buat an manusia.

15.

Sekiranya anda seorang pereka hiasan dalaman, adakah anda akan menggunakan tema rekaan anda sendiri walaupun pelanggan anda telah menetapkan tema yang dikehendakinya?

a)

YA

b)

TIDAK

16.

Apakah peranan penting bagi seorang pereka hiasan dalaman bagi menentukan keluasan dan ketinggian sesebuah bilik untuk jenis hiasan, jenis perabot dan aturan yang akan digunakan?

a)

Kegunaan bilik

b)

Bentuk bilik

c)

Saiz bilik

d)

Lokasi bilik

17.

Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pereka hiasan dalaman ialah __________

a)

cita rasa warna yang baik dan teliti

b)

berkebolehan menghasilkan sebuah rumah secara fizikal

c)

mestilah seorang yang beremosi tinggi

d)

sanggup menanggung kos pembiayaan pelanggan terlebih dahulu

18.

Berikut merupakan prinsip reka bentuk hiasan dalaman, kecuali __________

a)

penegasan

b)

perincian

c)

skala dan kadar banding

d)

corak

19.

Apakah prinsip reka bentuk hiasan dalaman apabila elemen dalam ruang dapat berfungsi bersama dan saling melengkapi?

a)

Irama

b)

Kontra

c)

Imbangan

d)

Kesatuan

20.

Pilih dua (2) pernyataan yang betul sahaja tentang elemen reka bentuk hiasan dalaman.

a)

Imbangan ialah sesuatu penyusunan keseluruhan ruang yang menjadikannya kelihatan seimbang.

b)

Garisan melahirkan bentuk dan rupa serta mewujudkan rasa harmoni.

c)

Warna mewujudkan hubungan estetik antara objek dengan penetapan mood.

d)

Skala dan kadar banding ialah berkaitan dengan saiz objek hiasan dan barangan.

21.

DALAM SENI REKA BENTUK INDUSTRI PROTOTAIP BERMAKSUD

a)

Model baharu

b)

Satu siri awal pengeluaran produk yang dihasilkan

c)

Hasil akhir yang diperoleh untuk diperbanyakkan

d)

Bentuk benda sebenar yang dihasilkan untuk melihat kesesuaian sebelum reka bentuk sebenar dikeluarkan

22.

Perabot konsep retro berlandaskan reka bentuk perabot tahun ...

a)

1920-an sehingga 1990-an

b)

2000-an sehingga 2010-an

c)

1920-an sehingga 1970-an

d)

1910-an sehingga 1970-an

23.

"Konsep ini lebih kelihatan abstrak dengan penggunaan bahan dan warna yang pelbagai diterapkan dalam

reka bentuknya"


Merujuk kenyataan di atas, ia menjelaskan konsep ...

a)

Retro

b)

Klasik

c)

Moden

d)

Ultramoden

24.

Reka bentuk industri ialah satu aktiviti atau proses kerja untuk menyelesaikan masalah, mengembangkan idea secara kreatif dan ...

a)

Inovatif

b)

Kemasan

c)

Membina objek

d)

Mencantumkan barangan

25.

Apakah kepentingan kemahiran teknikal bagi peranan pereka bentuk industri?

a)

Melakar idea

b)

Membina idea baru

c)

Memastikan produk berfungsi

d)

Mampu menyelesaikan masalah

26.

Berikut adalah kemahiran seorang pereka kecuali

a)

Kebolehan berkomunikasi

b)

Pengetahuan teknikal

c)

Mengetengahkan idea

d)

Menyelesaikan pendapat

27.

Semua kenyataan dibawah adalah benar tentang ciri-ciri pereka bentuk industri kecuali

a)

Kreativiti, imaginasi dan bakat seni.

b)

Kemahiran komunikasi dan pendengar yang baik.

c)

Cita rasa warna yang baik dan teliti.

d)

Fleksibiliti dalam mereka bentuk.

e)

Seorang yang tepati janji

28.

Kontemporari bermaksud ?

a)

Konsep ini memiliki pelbagai gaya dan reka bentuk perabot berasaskan abad ke-90

b)

Konsep ini kelihatan lebih abstrak

c)

Konsep ini berasaskan gaya reka bentuk zaman terdahulu.

d)

Konsep ini merujuk gaya reka bentuk yang terhad usia penghasilannya

29.

Antara kerjaya yang sesuai diceburi dalam bidang Reka Bentuk Industri ialah seperti berikut kecuali?

a)

Usahawan dengan mereka cipta, menghasilkan produk dan memasarkan sendiri produk yang telah dihasilkan.

b)

Tenaga pengajar sama ada di sekolah, Institut Kemahiran atau Institut Pengajian Tinggi (IPT).

c)

Pereka bentuk atau konsultan bagi syarikat pembuatan perabot

d)

Operator pengeluaran produk

30.

Konsep klasik bermaksud ?

a)

Konsep ini direka bentuk berlandaskan reka bentuk perabot tahun 1920-an sehingga 1970-an. Walaupun konsep ini kelihatan seperti perabot berkonsepkan klasik, namun reka bentuknya dipengaruhi oleh gaya reka bentuk moden.

b)

Konsep ini lebih kelihatan abstrak dengan penggunaan bahan dan warna yang pelbagai diterapkan dalam reka bentuknya. Konsep ini juga banyak dipengaruhi oleh gaya futuristik dan moden. Pereka bentuk perabot banyak menekankan idea-idea yang luar biasa dan fungsi yang canggih

c)

Konsep ini merujuk kepada gaya reka bentuk yang terhad usia penghasilannya. Reka bentuknya agak ringkas dan menggunakan warna yang gelap sebagai identiti. Konsep ini dipengaruhi oleh gaya negara penghasilan perabot tersebut.

d)

Konsep ini berasaskan gaya reka bentuk zaman terdahulu dan reka bentuknya tidak terbatas pada sesebuah negara. Ia dapat dikenali melalui gaya, reka bentuk dan juga bahan binaan. Konsep ini lebih dipengaruhi oleh reka bentuk perabot yang berusia lebih 100 tahun.