Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

tatabahasa

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

"_____________ dialukan-alukan mengambil bahagian dalam pertandingan melukis yang akan diadakan pada pukul 3 petang nanti. " kata juruhebah pasar raya.

a)

Awak

b)

Kamu

c)

Anda

d)

Engkau

2.

Walaupun Menara Berkembar Petronas adalah sangat tinggi tetapi Manara Merdeka 118 yang sedang dalam proses pembinaan adalah lebih tinggi _______________nya.

a)

dari

b)

daripada

c)

kepada

d)

pada

3.

Helmi memberitahu saya ______________________ dia akan lewat ke sekolah kerana kesesakan lau lintas.

a)

akan

b)

tentang

c)

sejak

d)

bahawa

4.

Makcik itu ________________ sebakul sayur-sayuran di atas kepalanya.

a)

menjinjing

b)

mendukung

c)

menatang

d)

menjunjung

5.

Puisi di bawah ialah serangkap ______________.


Ada kepada sesuatu hari,

Sakit saudagar laki dan isteri,

Adalah kiranya tujuh hari,

Tidak bergerak kanan dan kiri

a)

syair

b)

pantun

c)

gurindam

d)

sajak

6.

Puisi di bawah ialah serangkap ________________.


Buah rembega dibawa pulang,

Rama-rama terbang ke Jawa,

Adik membega abang membulang,

Sama-sama mambuang nyawa.

a)

syair

b)

gurindam

c)

sajak

d)

pantun

7.

Puisi di bawah ialah serangkap _____________.


Suatu malam aku duduk

di halaman rumah

kulihat cantiknya bintang-bintang

menghias langit yang terbentang

aku ingin terbang ke sana

membawa pulang bintang-bintang

a)

syair

b)

sajak

c)

pantun

d)

gurindam

8.

Puisi di bawah ialah serangkap _____________.


Tolonglah baca kisah guru

Cerita yang baik bolehlah ditiru


Kalau guru datang lambat

Masuk ke kelas terhambat-hambat

a)

syair

b)

pantun

c)

gurindam

d)

sajak

9.

Kah Leong ______________ hari ini kerana bukan sahaja lambat datang ke sekolah malah telah dimarahi cikgu.

a)

salah langkah

b)

langkah kanan

c)

langkah seribu

d)

langkah kiri

10.

________________ sedih lagi! berusahalah bersungguh-sungguh agar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang.

a)

Jangan

b)

Minta

c)

Usah

d)

Harap

11.

Selepas membuat kerja rumah, Min Wah berehat di ruang tamu untuk __________________ keletihannya.

a)

meningkatkan

b)

menghilangkan

c)

mewujudkan

d)

mengisi

12.

Pasangan pengantin itu sangat secocok ___________________________ .

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai kucing dengan anjing

c)

bagai isi dengan kuku

d)

bagai pinang dibelah dua

13.

Haslim tidak ___________________ soalan tersebut kerana terlalu susah.

a)

menjawab

b)

terjawab

c)

dijawab

d)

jawapan

14.

Pilih ayat yang betul.

a)

Para-para hadirin dijemput mengambil tempat masing-masing.

b)

Kedua-dua orang mangsa kemalangan itu telah dikejarkan ke hospital yang berdekatan.

c)

Semua murid-murdi dikehendaki menyiapkan kerja sekolah dengan secepat mungkin.

d)

Terdapat banyak cara-cara untuk menjaga kesihatan badan.

15.

Zhen Jie, Matthew, Yu Qi, Wen Qi _______________ You Chen yang celik bahasa berasa pening kepala apabila menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh Cikgu Chin.

a)

dan

b)

kecuali

c)

malah

d)

serta