wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pastikan Selamat (Tahun 2)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah perkara yang perlu dibuat bila hendak keluar rumah?

a)

Memberitahu dan meminta izin ibu dan bapa terlebih dahulu.

b)

Terus keluar tanpa perlu memberitahu dan meminta izin.

2.

Mengapa kita perlu meminta izin dengan ibu bapa sebelum keluar?

a)

Supaya ibu bapa tahu pergerakan dan aktiviti kita.

b)

Supaya kita boleh berbuat jahat dan melanggar peraturan.

c)

Supaya kita mudah diculik.

3.

Mengapa kita perlu berkata TIDAK MAHU?

a)

Untuk mengelakkan diri dari aktiviti berbahaya.

b)

Untuk memudahkan kita melakukan perkara yang salah.

4.

Bolehkah kita mendekati orang yang tidak dikenali?

a)

BOLEH

b)

TIDAK BOLEH

5.

Apakah yang mungkin berlaku jika kita mengikuti orang yang tidak dikenali?

a)

Kita mungkin akan diculik.

b)

Kita akan dibawa ke sekolah.

6.

Adakah BERBAHAYA mengikut orang yang tidak dikenali?

a)

YA SANGAT BAHAYA

b)

TIDAK MERBAHAYA

7.

Bolehkah kita menaiki kenderaan orang yang kita TIDAK KENALI?

a)

BOLEH

b)

TIDAK BOLEH

8.

Apakah perkara buruk yang boleh berlaku jika kita membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke rumah?

a)

Orang boleh merompak dan menculik kita.

b)

Orang hanya duduk dan minum air.

9.

Umar ingin keluar bermain-main dengan Hadif di padang sekolah. Apakah perlu Umar lakukan sebelum itu?

a)

Umar keluar secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

b)

Umar keluar daripada pintu dapur agar ayahnya tidak perasan ketiadaannya.

c)

Umar bertemu ibunya di dapur dan meminta izin untuk keluar.

d)

Umar mengajak adiknya keluar tanpa memaklumkan kepada ibu dan ayah.

10.

Aisyah pergi ke sekolah berjalan kaki kerana jaraknya dekat. Ramai jiran-jirannya juga turut berjalan kaki pergi ke sekolah. Apakah yang sepatutnya Aisyah lakukan?

a)

Aisyah berjalan laju-laju berseorangan agar cepat sampai ke sekolah.

b)

Aisyah bergelak berlumba lari dengan jiran-jirannya sehingga sampai ke sekolah.

c)

Aisyah berjalan berseorang tanpa mempedulikan jiran-jirannya sehingga tiba di sekolah.

d)

Aisyah berjalan berkumpulan dengan jiran-jirannya sehingga sampai di pintu pagar sekolah.

11.

Ketika Ganesh pergi ke kedai, seseorang yang tidak dikenali telah memanggilnya. Apa tindakan Ganesh yang sepatutnya?

a)

Ganesh menaiki kereta bersama-sama orang itu.

b)

Ganesh menolak ajakan orang itu untuk ke kedai bersama-sama

c)

Ganesh menjerit mengejek orang itu.

d)

Ganesh mengambil gula-gula yang diberi orang itu.

12.

Maksud orang yang dikenali bermaksud orang yang ___________ dengan diri kita.

a)

rapat

b)

jauh

c)

musuh

d)

asing

13.

Aktiviti manakah yang selamat untuk anda lakukan bersama-sama kawan?

a)

Membawa kawan bermain congkak di rumah.

b)

Menerima ajakan kawan mandi sungai di hujung kampung.

c)

Mengajak kawan bermain basikal lajak pada tengah hari.

d)

Mengayuh basikal sambil bergurau senda.

14.

Seorang lelaki mengajak menarik tangan kamu untuk menaiki keretanya. Apakah tindakan kamu?

a)

Menjerit meminta tolong.

b)

Mengucapkan terima kasih.

c)

Naik kereta dengan gembira.

d)

Bertanya khabar lelaki itu.

15.

Perkara manakah yang membuatkan ibu bapa risau apabila apabila kamu keluar berseorangan?

a)

Bertemu rakan sebaya di perpustakaan.

b)

Bertemu seseorang di pasar malam.

c)

Bertemu cikgu di kelas tambahan.

d)

Bertemu atok dan nenek di kampung.