wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGARATAN TAHUN 5

Total questions: 30

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut , objek manakah yang boleh berkarat?

a)

Baju kemeja

b)

Tayar

c)

Paku

d)

Kotak buku

2.

Antara berikut, faktor yang manakah boleh menyebabkan berlakunya pengaratan?

P- Air

Q- Cahaya

R- Haba

S- Udara

a)

P dan Q

b)

Q dan R

c)

R dan S

d)

P dan S

3.

Amin memasukkan sebatang paku besi ke dalam empat jenis kotak. Paku besi di dalam kotak yang manakah tidak akan berkarat?

a)

Kotak kayu

b)

Kotak besi

c)

Kotak plastik kedap udara

d)

Kotak polistirena

4.

Apakah cara yang terbaik untuk mencegah mata pisau cukur daripada berkarat?

a)

Mengecat

b)

Menyadur dengan timah

c)

Menyapu gris

d)

Membalut dengan kertas minyak

5.

Berikut adalah keburukan pengaratan kecuali....

a)

Menjimatkan kos baik pulih

b)

Menyebabkan kerosakan

c)

Membahayakan kesihatan

d)

Mencacatkan pemandangan

6.

Rajah menunjukkan kaki terpijak paku karat. Mengapa mangsa perlu mendapat rawatan di klinik?

a)

Boleh menyebabkan kancing gigi

b)

Mengurangkan kesakitan

c)

Supaya cepat sembuh

d)

Mengelakkan kencing manis

7.

Rajah menunjukkan penyiasatan mengenai pengaratan. Apakah kegunaan kalsium klorida kontang?

a)

Menyerap udara

b)

Menyerap wap air

c)

Membentuk lapisan pelindung pada klip kertas

d)

Menghasilkan air

8.

Bagaimanakah kita dapat mengenal pasti bahawa sesuatu objek telah berkarat?

a)

Terdapat bahan perang kemerahan pada permukaan objek.

b)

Terdapat bahan berwarna kehitaman pada permukaan objek.

c)

Terdapat bahan kehijauan pada permukaan objek.

d)

Terdapat cecair merah keperangan pada objek

9.

Pengaratan menambahkan....

a)

kecantikan objek

b)

berat objek

c)

harga objek

d)

saiz objek

10.

Rajah menunjukkan sebilah kapak. Mengapakah kapak berkarat jika dibiarkan dalam jangka masa yang lama?

a)

Kehadiran air dan udara

b)

Kehadiran air

c)

Kehadiran udara

d)

Kapak dibuat daripada tembaga.

11.

Perhatikan rajah di bawah. Klip kertas yang manakah akan berkarat selepas seminggu?

a)
b)
c)
d)
12.

Selepas 10 hari paku besi yang ditunjukkan dalam rajah berkarat. Apakah inferens yang menjelaskan pemerhatian itu?

a)

Paku dibuat daripada aluminium

b)

Air pili mengandungi udara

c)

Lapisan minyak terlalu tipis

d)

Air pili telah tercemar

13.

Menyadur bermaksud........

a)

Proses melapisi permukaan besi dengan logam lain yang bukan besi.

b)

Proses menyapu gris pada permukaan besi.

c)

Proses membalut permukaan besi dengan kertas minyak.

d)

Proses menyalut permukaan besi dengan plastik.

14.

Apakah warna objek yang berkarat?

a)

merah gelap

b)

merah jambu

c)

perang kemerahan

d)

perang kelabu

15.

Objek yang boleh berkarat adalah objek yang diperbuat daripada .......

a)

logam

b)

besi

c)

plastik

d)

kayu

16.

Objek yang boleh berkarat ialah

a)

Gabus

b)

Kasut getah

c)

Teko seramik

d)

Jarum

17.

Objek yang tidak boleh berkarat ialah

a)

Kunci

b)

Paku

c)

Baju

d)

Gunting

18.

Adakah pengaratan boleh berlaku serta-merta?

a)

Ya

b)

Tidak

19.

Rajah menunjukkan nenas dalam tin. Antara kaedah berikut, yang manakah diaplikasikan pada tin untuk mencegah pengaratan?

a)

Menyalut

b)

Mengecat

c)

Menyadur

d)

Menyapu lapisan lilin

20.

Berikut merupakan cara-cara mencegah pengaratan

kecuali .........

a)

Mengecat

b)

Menyadur

c)

Menyalut

d)

Menyembur air

21.

Air didih mengandungi udara

a)

BETUL

b)

SALAH

22.

Untuk mengelakkan gergaji di bengkel RBT berkarat, kita mestilah

a)

Menyimpannya di dalam almari

b)

Mengecatnya

c)

Menggosoknya dengan berus

d)

Menyapunya dengan minyak

23.
Antara berikut apakah cara yang paling sesuai untuk menghalang objek tersebut dari pada berkarat?
a)
cat objek tersebut
b)
lumurkan dengan minyak masak
c)
sapukan gris
d)
balutkan objek tersebut
24.

Antara berikut yang manakah bukan kebaikan mencegah pengaratan sesuatu objek?

a)

Tahan lebih lama.

b)

Kelihatan lebih menarik.

c)

Selamat digunakan.

d)

Boleh menyebabkan penyakit.

25.

Lapisan minyak menghalang pengaratan kerana

a)

udara terhalang masuk ke dalam air

b)

wap air diserap

c)

terdapat udara sahaja

d)

terdapat air dan udara

26.

Rajah menunjukkan engsel pintu yang berkarat menyebabkan pintu sukar dibuka atau ditutup. Apakah cara terbaik mengatasi masalah ini?

a)

Sapu cat

b)

Salut dengan plastik

c)

Sapu minyak pelincir

d)

Gosok dengan kertas pasir

27.

Apakah ciri-ciri objek yang berkarat?

a)

bersinar

b)

kelihatan baharu

c)

kukuh

d)

menjadi rapuh

28.

Rajah menunjukkan aktiviti mengecat pintu pagar besi. Mengapa pintu pagar besi perlu dicat?

a)

Supaya pintu pagar kukuh.

b)

Lapisan cat dapat menghalang air dan udara menyentuh permukaan besi.

c)

Supaya pintu pagar kelihatan berwarna-warni.

d)

Meningkatkan kos penjagaan pintu pagar

29.

Apakah kaedah yang digunakan untuk mencegah pagar dawai dalam rajah daripada berkarat?

a)

Menyadur

b)

Menyalut

c)

Mengecat

d)

Menyapu gris

30.
Bagaimanakah cara mencegah rantai basikal daripada berkarat?
a)
mengecat
b)
menyapu minyak atau gris
c)
menyadur
d)
menyalut