wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T5 (BAB 3 : FENOMENA CUACA DAN IKLIM)

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud cuaca?

a)

Purata keadaan cuaca yang melibatkan suhu, hujan dan angin

b)

Keadaan atmosfera berdasarkan unsur suhu, hujan, angin dan tekanan udara dalam suatu tempoh

c)

Dapat diramal

d)

Meliputi kawasan yang lebih luas seperti negara dan benua

2.

Apakah iklim?

a)

Purata keadaan cuaca yang melibatkan suhu, hujan, angin, tekanan udara dan kelembapan udara

b)

Dipengaruhi oleh statistik

c)

Contoh ialah panas, sejuk dan mendung

d)

Melibatkan kawasan berskala kecil

3.

Fenomena cuaca berlaku di lapisan atmosfera. Apakah lapisan tersebut?

a)

Mesosfera

b)

Troposfera

c)

Startosfera

d)

Eksosfera

4.

Bagaimanakah hujan dicerap?

a)

Menggunakan alat konvensional

b)

Menggunakan baldi

c)

Menggunakan alat automatik

d)

Menggunakan robot

5.

Apakah contoh pencerapan hujan secara konvensional?

a)

Tolok hujan

b)

Tipping bucket

c)

Weighing precipitation

d)

Teknologi laser

6.

Rajah di atas menunjukkan ...

a)

hidrosfera

b)

kitaran hidrologi

c)

pembentukan air

d)

kitaran pembentukan awan

7.

Proses sejatpeluhan memerlukan unsur-unsur berikut, iaitu..

a)

air

b)

awan

c)

hujan

d)

pancaran matahari

8.

Cara untuk mengira min suhu tahunan ialah...

a)

suhu tertinggi tolak suhu terendah

b)

julat suhu dibahagi dengan 12 bulan

c)

jumlah suhu harian dibahagi dengan 12 bulan

d)

jumlah suhu bulanan dibahagi dengan 12 bulan

9.

Kirakan julat suhu harian bagi bandar X:


Suhu maksimum harian = 35°C

Suhu minimum harian = 23°C

a)

8°C

b)

12°C

c)

29°C

d)

58°C

10.

Pilih pernyataan yang BENAR bagi unsur-unsur cuaca berikut:

a)

Kelembapan udara ialah jumlah hujan dalam udara di sesuatu kawasan.

b)

Angin ialah udara yang bergerak akibat perbezaan tekanan udara antara kawasan yang berlainan.

c)

Tekanan udara merujuk kepada perubahan angin dan kelembapan di atmosfera.

d)

Semakin tinggi kedudukan sesuatu lokasi dari aras laut, tekanan udara menjadi semakin tinggi.

11.

Banjir sering berlaku di kawasan bandar. Apakah faktor yang menyebabkan kejadian tersebut?

a)

fenomena Pulau Haba

b)

permukaan tanah yang berturap

c)

sistem perparitan yang tidak sistematik

d)

taburan hujan yang lebih tinggi di kawasan bandar

12.

Banjir sering berlaku di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang antara bulan November hingga Mac.


Apakah faktor yang menyebabkan senario tersebut?

a)

kurang pembangunan

b)

kawasan pinggir pantai yang luas

c)

kejadian tiupan angin monsun timur laut

d)

kejadian tiupan angin monsun barat daya

13.

Berikut merupakan kesan-kesan sosial terhadap masyarakat di kawasan banjir KECUALI..

a)

masyarakat kehilangan peluang pekerjaan

b)

menjejaskan aktiviti harian masyarakat

c)

menjejaskan perjalanan masyarakat

14.

Kejadian banjir mendatangkan pelbagai kesan terhadap penduduk sekitar. Manakah berikut BUKAN kesan kejadian banjir?

a)

kegiatan ekonomi seperti pertanian mengalami kerugian

b)

sistem pemerintahan negara tergedala

c)

sistem pengangkutan terjejas

d)

nyawa manusia terancam

15.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, apakah langkah yang perlu anda ambil bagi mengurangkan kejadian banjir di tempat anda?

a)

tidak membuang sampah sarap ke dalam sungai

b)

mengadakan kempen kesedaran alam sekitar

c)

memperbaiki sistem saliran dan perparitan

d)

mengurangkan kegiatan pembalakan

16.

Antara berikut, manakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengawal kejadian banjir?

a)

mendalamkan dasar sungai untuk menampung kuantiti air yang banyak

b)

menanam lebih banyak pokok di kawasan bandar

c)

menguatkuasakan undang-undang alam sekitar

d)

memperbaiki sistem saliran dan perparitan

17.

Langkah-langkah persediaan menghadapi banjir perlu diambil sama ada oleh pihak kerajaan, NGO mahupun orang awam.


Manakah berikut merupakan tindakan yang diambil oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET)?

a)

menguruskan bencana melalui penyelarasan agensi-agensi yang terlibat

b)

mengeluarkan kenyataan tentang perubahan cuaca dari semasa ke semasa

c)

menyediakan anggota dan peralatan bagi operasi menyelamat

d)

melaporkan berita ramalan cuaca melalui media massa

18.

Apakah yang perlu anda lakukan ketika berlaku kejadian banjir di tempat anda?

a)

menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga

b)

bermain dan bermandi-manda di sekitar rumah

c)

berjalan ke kawasan tinggi apabila air banjir semakin naik

d)

bertenang dan menunggu di tempat yang tinggi dan selamat

19.

Fenomena dalam foto sering terjadi di beberapa bahagian negara tropika panas seperti ...

a)

Malaysia

b)

Indonesia

c)

China

d)

Afrika

20.

Kejadian kemarau disebabkan punca-punca berikut, KECUALI...

a)

pemanasan global menyebabkan kadar sejatan melebihi hujan

b)

kekurangan kawasan tadahan menyebabkan sumber air semakin terjejas

c)

fenomena El Nino yang membawa gelombang panas menyebabkan jumlah hujan berkurangan

d)

fenomena La Nina menyebabkan gelombang arus panas dan meningkatkan suhu bumi

21.

Chennai, India mengalami kemarau yang teruk pada tahun 2019. Kejadian tersebut telah membawa kesan kepada manusia seperti ...

a)

kebakaran hutan akibat cuaca melampau

b)

berlaku ribut akibat perbezaan tekanan udara

c)

krisis bekalan air bersih

d)

menjejaskan kesihatan

22.

Pilih langkah-langkah yang sesuai bagi mengurangkan masalah kemarau.

a)

mewujudkan kawasan hijau dengan menanam lebih banyak pokok

b)

melakukan pembenihan awan dan hujan tiruan untuk mengurangkan krisis air

c)

mengawal penerokaan hutan dan pembangunan di kawasan-kawasan padat penduduk

d)

menggunakan cara pengairan baru untuk membaja dan menyembur racun serangga yang lebih jimat air

23.

Pilih pernyataan yang BENAR tentang fenomena dalam foto.

a)

Taufan ialah angin ribut yang kencang mencapai kelajuan 200 km hingga 300 km/j.

b)

Taufan berasal dari daratan dan bertiup ke arah lautan serta membawa hujan lebat.

c)

Kawasan yang sering mengalami taufan terletak di kawasan latitud 5°U hingga 20°U.

d)

Negara yang sering mengalami taufan ialah Vietnam, Filipina, Jepun, Taiwan, Amerika Syarikat dan Bahamas.

24.

Kejadian taufan bukan sahaja memusnahkan harta benda malah akan menyebabkan kehilangan nyawa.

Berikut merupakan langkah bagi mengurangkan kesan taufan KECUALI...

a)

pemantauan cuaca melalui satelit

b)

latihan persediaan menghadapi bencana

c)

membina rumah yang lebih tahan strukturnya kepada penduduk

d)

memindahkan petempatan penduduk dari kawsan bencana ke kawasan yang lebih selamat

25.

Berikut merupakan langkah yang dilakukan oleh negara Jepun dan Amerika Syarikat sebagai persediaan menghadapi taufan.

Pilih langkah yang TEPAT.

a)

menggunakan teknologi penderiaan jauh (remote sensing) dalam mengesan dan meramal bencana

b)

rakyat Jepun dididik cara-cara menyelamatkan orang ketika berlaku bencana semenjak di sekolah rendah lagi

c)

persediaan bencana dijadikan subjek formal dan dimasukkan dalam kurikulum pendidikan

d)

menjalinkan kerjasama dengan NGO untuk memperkenalkan sistem pengurusan bencana yang lebih menyeluruh