wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TINGKATAN 2 BAB 9

Total questions: 15

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, pernyataan yang manakah tidak benar mengenai haba?

a)

Haba diukur dalam joule(J).

b)

Haba diukur menggunakan kalorimeter.

c)

Haba diukur dalam unit kelvin atau degree Celcius.

d)

Haba dipindahkan dari kawasan yang panas ke kawasan yang sejuk.

2.

Rajah di atas menunjukkan sebatang rod besi yang sedang dipanaskan. Apakah jenis pengaliran haba yang ditunjukkan ?

a)

Pemindahan

b)

Sinaran

c)

Perolakan

d)

Konduksi

3.

Rajah di atas menunjukkan sebuah bebola besi dipanaskan selama 10 minit dan didapati bahawa bebola besi tidak dapat melalui gelang tersebut.Berdasarkan pemerhatian, pilih pernyataan yang betul berkaitan sebab bebola besi itu tidak dapat melalui gelang selepas dipanaskan.

a)

zarah-zarah bebola besi mengembang selepas dipanaskan

b)

gelang mengecil selepas bebola besi dipanaskan

c)

bebola logam mencair setelah dipanaskan

d)

Logam mengecil apabila dipanaskan

4.

Antara berikut, yang manakah benar tentang bayu laut?

a)

Bayu laut berlaku pada waktu malam.

b)

Bayu laut bertiup dari darat ke laut.

c)

Bayu laut berlaku kerana darat lebih cepat panas daripada laut.

d)

Bayu laut berlaku kerana laut adalah lebih panas daripada darat.

5.

Haba adalah suatu bentuk tenaga. Apakah unit S.I bagi tenaga?

a)

A. Joule, J

b)

B. Kilometer, K

c)

C. Darjah, ºC

d)

D. Ampere, A

6.

Unit S.I bagi suhu adalah Kelvin, K. Walau bagaimanapun, unit suhu yang biasa digunakan adalah darjah celcius,ºC.

Apakah alat yang digunakan untuk mengukur suhu?

a)

A. Stetoskop

b)

B. Voltmeter

c)

C. Termometer

d)

D. pH meter

7.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan pengaliran haba.

a)

Haba adalah suatu bentuk tenaga yang mengalir daripada kawasan bersuhu rendah ke kawasan yang bersuhu tinggi

b)

Haba adalah suatu bentuk tenaga yang mengalir daripada kawasan bersuhu tinggi ke kawasan yang bersuhu rendah.

8.

Haba boleh mengalir melalui beberapa kaedah atau keadaan iaitu konduksi, perolakan dan sinaran. Pilih padanan cara pengaliran haba dan medium yang betul.


i. Kaedah- konduksi, Medium- pepejal

ii. Kaedah- perolakan, Medium- bendalir

iii. Kaedah- sinaran, Medium- vakuum (tanpa medium)

iv. Kaedah- perolakan, Medium- pepejal

a)

A. i, ii dan iii

b)

B. i, ii dan iv

c)

C. i, iii dan iv

d)

D. ii, iii dan iv

9.

Apakah yang akan berlaku jika kiub ais diletakkan di sekeliling botol jus?

a)

Jus akan terpancut keluar daripada botol

b)

Rasa jus akan bertambah sedap

c)

Suhu jus di dalam botol menurun

d)

jus akan bertukar warna

10.

Apakah jenis pengaliran haba yang ditunjukkan dalam gambar?

a)

Konduksi

b)

perolakan

c)

sinaran

11.

Apakah jenis pengaliran haba yang ditunjukkan dalam gambar?

a)

konduksi

b)

sinaran

c)

perolakan

12.

Apakah jenis pengaliran haba yang ditunjukkan dalam gambar?

a)

konduksi

b)

perolakan

c)

sinaran

13.

Dalam kaedah KONDUKSI, ZARAH-ZARAH yang menerima tenaga haba...................... dan berlanggar antara satu sama lain.

a)

bergoyang

b)

bergetar

c)

hilang

d)

bergerak

14.

Antara berikut, pernyataan yang manakah tidak benar tentang bayu darat?

a)

Bayu darat berlaku pada waktu malam.

b)

Bayu darat bertiup dari darat ke laut.

c)

Bayu darat berlaku kerana laut adalah lebih panas daripada darat.

d)

Bayu darat berlaku kerana darat lebih cepat panas daripada laut.

15.

Dalam kaedah PEROLAKAN, ZARAH-ZARAH yang menerima tenaga haba akan......................

a)

bergoyang dan bergetar

b)

menjadi kurang tumpat dan naik ke atas

c)

melompat ke atas

d)

menjadi lebih tumpat dan naik ke atas