WorksheetsSegmen 1 : PA
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Yang manakah antara ciri-ciri berikut yang paling sesuai untuk menjadi Ejen Tempat Mengundi?
Berpengaruh, berdisplin, kesihatan yang baik, kenal pengundi serta celik undang- undang.
Berpengaruh, banyak pengalaman dalam Pilihan Raya serta dermawan.
Berpengaruh, kesihatan yang baik serta berjawatan tinggi dalam kerajaan.
Berpengaruh, celik undang-undang serta lulusan Luar Negara.
Ejen Tempat Mengundi sebelum menjalankan tugas pada Hari Pengundian perlu bersedia dengan Dokumen berikut KECUALI?
Borang Pelantikan
Borang A (Sumpah Kerahsiaan)
Pas/Lencana Ejen
Akuan Mengenai Identiti (Borang 10)
Ejen Tempat Mengundi adalah seorang yang dilantik bagi mewakili calon oleh pihak berikut KECUALI ?
Ejen Pilihan Raya
Ketua Bahagian Parti
Pengarah Pilihan Raya Parti
Suruhanjaya Pilihan Raya
Definisi Ejen Tempat Mengundi mengikut Seksyen 14(1)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ialah
Memerhati proses Semakan Daftar Pemilih.
Memerhati proses Pengiraan Undi.
Memerhati proses Pengundian.
Memerhati proses Penamaan Calon.
Berikut BUKAN Syarat Bertulis Wajib untuk menjadi Ejen Tempat Mengundi sebagaimana Seksyen 14 Akta 5, Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Warganegara dan berumur 18 tahun dan ke atas.
Tidak muflis.
Boleh membaca dan menulis.
Tidak hilang kelayakan mengikut Seksyen 13(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Kesilapan lazim yang dilakukan oleh Ejen Tempat Mengundi KECUALI?
Masuk ke Tempat Mengundi selepas proses mengundi bermula
Tidak tahu peranan dan kuasa sebagai Ejen Tempat Mengundi
Tidak mendapatkan Salinan Borang 14 daripada KTM
Tidak kisah dengan Borang 13
Giliran bertugas yang paling MINIMA bagi seorang Ejen Tempat mengundi
1 jam
2 jam
3 jam
Mengikut arahan Parti
Pilih kenyataan yang TIDAK BOLEH dilakukan oleh Ejen Tempat Mengundi
Seorang Ejen pada satu-satu masa.
Membuat bantahan kepada KTM secara bertulis.
Memaklumkan kepada KTM mengenai Pengundi yang mencurigakan.
Bertanya soalan kepada Pengundi.
Jika seseorang Ejen Tempat Mengundi yang bertugas gagal mengemukakan Kad Pengenalan serta Surat Akuan Sumpah kepada KTM, apakah kesan kepada beliau?
Dibenarkan bertugas di luar pintu Tempat Mengundi sahaja.
Dibenarkan bertugas bersama Pemerhati Barong sahaja.
Tidak dibenarkan bertugas langsung.
Tidak dibenarkan bertugas kecuali mendapat kebenaran Polis.
Perekat Keselamatan PERLU ditandatangani oleh Ejen Tempat Mengundi?
Wajib.
Jika sudi.
Melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Mengganggu tugas KTM.
Dalam menguruskan kes - kes khusus, KTM memerlukan Borang berikut mengikut keperluan kes kecuali?
Borang 10.
Borang 10 A.
Borang 11.
Borang 13.
Ejen Tempat mengundi akan membuat tanda dalam Buku Daftar Pemilih setelah Kerani Pengundian Pertama meneriakkan KECUALI?
No. Muka Surat dan No. Bilangan Pemilih.
Saluran Tempat Mengundi.
No. Kad Pengenalan Pemilih.
Nama Pemilih.
Berikut adalah kenyataan yang BENAR mengenai Ejen Tempat Mengundi selepas tamat giliran bertugas KECUALI?
Beredar dengan segera.
Menyambung giliran tugas seterusnya.
Bertugas sebagai Ejen Mengira Undi.
Membawa bersama Surat Pelantikan sebagai Ejen Tempat Mengundi.
Hak dan tanggungjawab Ejen Tempat Mengundi terhadap Borang 13 ialah:
Menandatangani Borang 13.
Mendapatkan Salinan Borang 13 daripada KTM.
Memastikan jumlah kertas undi yang dikeluarkan adalah tepat dan betul.
Memastikan berapa jumlah kertas undi yang tidak digunakan.
Selepas Tamat Giliran Bertugas , seseorang Ejen Tempat Mengundi boleh membawa keluar Dokumen dan Peralatan berikut KECUALI?
Pen dan Pensil.
Pas Ejen Tempat Mengundi.
Buku Daftar Pemilih
Borang A (Sumpah Kerahsiaan).
