wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERTANDINGAN KUIZ ONLINE SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud sembelihan dari segi bahasa?

a)

Perbuatan memutuskan 2 urat haiwan yang ingin disembelih

b)

Perbuatan penyembelihan haiwan pada waktu tertentu

c)

Perbuatan memotong atau membelah

2.

Penyembelihan dari segi istilah adalah :


Menyembelih binatang yang _________ dimakan dengan memutuskan urat __________ dan urat _______ menggunakan alat yang ___________ dengan niat kerana Allah.

a)

harus – jantung – mari’ - tajam

b)

halal – halkum – mari’ – tajam

c)

cukup umur – pernafasan – makanan - tajam

3.

Apakah hukum penyembelihan untuk dimakan dagingnya?

a)

Wajib

b)

Harus

c)

Sunat Muakkad

4.

Berikut merupakan RUKUN sembelihan KECUALI ;

a)

Penyembelih

b)

Tempat menyembelih

c)

Binatang sembelihan

5.

Alat sembelihan yang manakah yang TIDAK BOLEH dijadikan alat untuk menyembelih?

a)

Pisau yang tajam

b)

Parang yang tajam

c)

Gigi yang tajam

6.

Apakah hukum memakan haiwan yang bertaring?

a)

Harus

b)

Makruh

c)

Haram

7.

Anjing dan babi merupakan haiwan yang haram dimakan kerana kedua-duanya ?

a)

mempunyai taring

b)

merupakan haiwan yang menjijikkan

c)

diharamkan mengikut hukum syara’

8.

Berikut merupakan perkara SUNAT sembelihan KECUALI ;

a)

Mengasah pisau di hadapan binatang yang telah dibaringkan untuk disembebelih

b)

Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

c)

Menghadapkan binatang ke arah kiblat

9.

Manakah yang berikut BUKAN merupakan haiwan sembelihan?

a)

Unta

b)

Biri-Biri

c)

Ikan

d)

Lembu

10.

Hukum asal memakan haiwan 2 alam mengikut kebanyakan ulama’ adalah

a)

Haram

b)

Makruh

c)

Harus

d)

Sunat

11.

Bilakah waktu sah untuk melaksanakan korban?

a)

10 – 13 Zulhijjah

b)

10 – 13 Zulkaedah

c)

10 – 13 Syawal

12.

Pilih dalil pensyariatan ibadah korban yang tepat

a)

Surah Al-An’am ayat 118

b)

Surah Al-Kauthar ayat 2

c)

Surah Al-Maidah ayat 3

d)

Surah Al-Fatihah Ayat 4

13.

Berikut merupakan haiwan yang sah dijadikan korban KECUALI ;

a)

Unta

b)

Kerbau

c)

Pelanduk

14.

Hukum Korban Nazar adalah

a)

Haram

b)

Wajib

c)

Sunat Muakkad

15.

Syarat sah bagi binatang X untuk dijadikan korban mestilah berumur sekurang-kurang 5 tahun ke atas. Apakah binatang X tersebut?

a)

Kerbau

b)

Lembu

c)

Unta

16.

Orang yang berkorban harus memakan daging korbannya dengan syarat ia tidak melebihi

a)

1/3 daripada daging korban

b)

½ daripada daging korban

c)

1/4daripada daging korban

17.

Apakah larangan bagi yang hendak berkorban?

a)

Memakan daging korban

b)

Memotong kuku

c)

Menyembelih binatang korbannya

18.

Berikut merupakan haiwan korban yang boleh dikongsi 7 bahagian oleh 7 orang KECUALI;

a)

Unta

b)

Kerbau

c)

Kambing

19.

Manakah antara kecacatan haiwan yang masih boleh dijadikan korban?

a)

Tidak bertanduk

b)

Berkudis

c)

Buta sebelah mata

20.

Apakah hukum memberikan daging korban sebagai upah kepada penyembelih?

a)

Makruh

b)

Haram

c)

Wajib

21.

Berikut merupakan nabi yang terlibat dalam pensyariatan ibadah korban yang dirakamkan dalam Al-Qur’an KECUALI ;

a)

Nabi Adam

b)

Nabi Ibrahim

c)

Nabi Nuh

22.

Antara berikut merupakan ibadah yang mempunyai keutamaan untuk dilaksanakan sepanjang bulan Zulhijjah KECUALI ;

a)

Puasa Sunat ‘Arafah

b)

Puasa Sunat A’syura

c)

Melaksanakan Korban

23.

Apakah haiwan korban yang diperintahkan oleh Allah untuk dikorbankan bagi menggantikan Nabi Ismail ‘alaihissalam?

a)

Kibasy

b)

Unta

c)

Lembu

24.

Apakah ibadah yang terdapat dalam Rukun Islam yang disyariatkan khusus untuk dilakukan dalam bulan Zulhijjah?

a)

Berpuasa penuh selama sebulan

b)

Menunaikan ibadah Haji

c)

Menunaikan ibadah Umrah

25.

Amalan X jika dilakukan pada bulan Zulhijjah, pahala amalan tersebut adalah diampunkan dosanya setahun yang lalu dan setahun selepasnya. Apakah amalan X tersebut?

a)

Puasa sunat ‘Asyura

b)

Melaksanakan Haji

c)

Puasa sunat ‘Arafah