wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

jenis permukaan objek dengan penyerapan dan pembebasan haba

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Keupayaan suatu objek untuk menyerap dan membebaskan haba bergantung pada:

a)

jenis permukaan

b)

warna permukaan

c)

luas permukaan

d)

bentuk permukaan

2.

Kereta berwarna gelap menyerap dan membebaskan haba lebih baik daripada kereta berwarna putih.

a)

Benar

b)

Palsu

3.

Konsep Bangunan Hijau ialah

a)

idea untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia akibat kepesatan pembangunan

b)

konsep mewarnakan bangunan dengan corak alam sekitar

c)

menanam pokok dan tumbuh-tumbuhan di dalam dan luar bangunan

d)

membina bangunan yang mempunyai tingkap kaca

4.

Berikut merupakan ciri-ciri Bangunan Hijau, KECUALI

a)

mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi melalui penggunaan tenaga solar

b)

mempunyai sistem pengaliran air, peredaran udara dan pencahayaan yang baik

c)

penggunaan bahan-bahan kitar semula.

d)

mengecat keseluruhan bangunan dengan warna hijau

5.

Apakah kelebihan memakai baju berwarna cerah semasa cuaca panas?

a)

kurang panas kerana baju berwarna cerah kurang menyerap haba

b)

nampak lebih bergaya

c)

lebih sejuk kerana baju berwarna cerah boleh memantulkan cahaya

d)

mengelakkan daripada terkena sinaran UV

6.

Cermin hadapan sebuah kereta yang didedahkan kepada cahaya terik Matahari, retak sebaik sahaja penyaman udara dihidupkan. Cadangkan satu langkah berjaga-jaga yang perlu diambil supaya kejadian ini tidak berlaku.

a)

Buka cermin tingkap sebelum menghidupkan penyaman udara supaya udara panas dari dalam kereta dapat dikeluarkan dahulu

b)

Buka semua pintu kereta dahulu sebelum menghidupkan penyaman udara supaya udara sejuk boleh masuk ke dalam kereta

c)

Menggunakan filem laminasi tingkap (tinted) supaya lebih tahan lasak

7.

Mengapakah ibu suka menggunakan kuali gelap ketika memasak?

a)

makanan lambat masak

b)

makanan cepat basi

c)

makanan cepat masak

d)

makanan tahan lama

8.

Mengapakah lori tangki membawa bahan api bewarna cerah?

a)

mudah dilihat waktu malam

b)

mudah dilihat waktu jerebu

c)

sukar menyerap haba persekitaran

d)

sukar memantulkan cahaya

9.

Objek yang cerah dan berkilat menyerap dan membebaskan haba lebih baik daripada objek gelap.

a)

Benar

b)

Palsu

10.

Cadangkan permukaan cerek elektrik yang menyimpan haba dengan lebih lama

a)

gelap dan kusam

b)

coklat dan berkilat

c)

cerah dan berkilat

d)

kasar dan kusam

11.

Kuali yang gelap dan kusam menyerap dan membebaskan haba lebih baik daripada kuali putih.

a)

Benar

b)

Palsu

12.

Panel solar dicat hitam dan mempunyai permukaan kusam untuk menyerap haba dengan cepat.

a)

Benar

b)

Palsu

13.

Apakah kelebihan memakai baju berwarna cerah semasa cuaca panas?

a)

kurang panas kerana baju berwarna cerah kurang menyerap haba

b)

nampak lebih segak dan bergaya

c)

lebih sejuk kerana baju berwarna cerah boleh memantulkan cahaya

d)

mengelakkan daripada terkena sinaran ultra ungu (UV)

14.

Permukaan objek yag bagaimanakah merupakan penyerap dan pembebas haba yang baik?

a)

Kusam

b)

Berkilat

c)

Gelap

d)

Cerah

15.

Permukaan yang manakah adalah pemantul haba yang terbaik?

a)

permukaan kelabu

b)

permukaan merah

c)

permukaan putih

d)

permukaan hitam

16.

Permukaan berkilat memantulkan haba dengan baik.

a)

Benar

b)

Palsu

17.

Cadangkan cara pengudaraan bagi konsep Rumah Hijau

a)

atap dua lapis & lubang angin di tengah

b)

rumah menghadap Utara

c)

gunakan cat sebatian organik meruwap tinggi

d)

kurangkan jumlah tingkap

18.

Kelebihan kegunaan panel solar dalam Bangunan Hijau

a)

elektrik digunakan hanya waktu siang

b)

penggunaan elektrik dapat dijimatkan

c)

elektrik sudah tidak diperlukan lagi

d)

tenaga elektrik tidak stabil

19.

Di dalam aktiviti yang menunjukkan di mana tin hitam lebih cepat membebaskan haba berbanding tin putih, haba yang hilang adalah melalui kaedah .....................

a)

konduksi

b)

perolakan

c)

sinaran

20.

Bagaimanakah makanan yg dibalut dengan kerajang aluminium dapat mengekalkan kepanasan makanan dengan lebih lama?

a)

permukaan aluminium adalah berkilat

b)

aluminium membolehkan haba dibebaskan dengan lebih perlahan

c)

aluminium adalah tebal

d)

aluminium mempunyai takat lebur yang tinggi