Font size
WorksheetsKUIZ AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
Total questions: 11
Worksheet time: 8mins
Pilih ayat pasif yang betul
Mereka tidak dapat menjelaskan hutang sebelum hujung bulan ini.
Hutang tidak dapat dijelaskan oleh mereka sebelum hujung bulan ini.
Hutang tidak dapat mereka jelaskan sebelum hujung bulan ini.
Ia/Dia sentiasa membersihkan dan mengemaskan rumah kami dengan penuh tanggungjawab.
Rumah kami sentiasa dibersih dan dikemas dengan penuh tanggungjawab.
Rumah kami sentiasa dibersihkan dan dikemaskannya dengan penuh tanggungjawab.
“Kalian perlu menjelaskan hutang selewat-lewatnya hujung bulan ini”, kata ceti haram itu.
kalian merupakan objek
menjelaskan merupakan kata kerja pasif
hutang merupakan objek
Pasifkan.
Ali telah mengambil buku itu semalam.
Semalam Ali telah mengambil buku itu
Semalam buku itu telah Ali ambil
Buku itu telah diambil oleh Ali semalam
Pasifkan.
Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.
Pakaian kotor kakak cuci di bilik air
Pakaian kotor dicuci oleh kakak di bilik air
Pasifkan
Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.
Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga
Tugas itu patut diselesaikan oleh anda sekarang juga
Kenal pasti subjek bagi ayat di bawah.
Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
subjek: (a)
Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
Objek: (a)
Tukar kata kerja di bawah kepada kata kerja pasif
Ali membeli buku di kedai Pak Hassan.
kata kerja aktif: membeli
kata kerja pasif: (a)
Kenal pasti ayat di bawah sama ada betul atau salah.
Emak dihadiahi oleh ayah seutas rantai emas sempena ulang tahun
(a)
Kenal pasti ayat di bawah betul atau salah
Tugas itu patut diselesaikan oleh anda sekarang juga.
(a)
