wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UNIT 15 : PANTUN

Total questions: 6

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Pilih maksud pantun yang betul.


Kelapa bali di tepi semak,

Pokok pulasan di tepi cerun;

Enak sekali nasi lemak,

Makanan warisan turun-temurun.

a)

Nasi lemak sangat murah. Makanan ini warisan daripada generasi terdahulu.

b)

Nasi lemak sangat sedap. Makanan ini warisan daripada generasi terdahulu.

2.

Pilih maksud pantun yang betul.


Burung merpati ke sana ke mari,

Hinggap sejenak di pohon ara;

Makan capati kuahnya kari,

Rasanya enak menawan selera.

a)

Roti canai dimakan dengan kari. Rasa roti canai yang enak itu membangkitkan selera.

b)

Capati dimakan dengan kari. Rasa capati yang enak itu membangkitkan selera.

3.

Pilih maksud pantun yang betul.


Dari jeti belayar ke Riau,

Singgah di Rokan membeli suasa;

Silalah nikmati char kuetiau,

Enak dimakan pelbagai bangsa.

a)

Char kuetiau ialah makanan sedap yang dimakan oleh pelbagai bangsa.

b)

Kuetiau goreng ialah makanan sedap yang dimakan oleh pelbagai bangsa.

4.

Pilih maksud pantun yang betul.


Buah nangka belimbing besi,

Dari kuala bawa ke pekan;

Buah melaka makanan tradisi,

Berinti gula enak dimakan.

a)

Buah melaka ialah sejenis kuih tradisional Melayu. Kuih ini berinti gula-gula dan rasanya sedap.

b)

Buah melaka ialah sejenis kuih tradisional Melayu. Kuih ini berinti gula merah dan rasanya sedap.

5.

Pilih maksud pantun yang betul.


Ikan kerisi buah nona,

Dibeli taulan di pekan sehari;

Makanan tradisi kaum Cina,

Kuih bulan nama diberi.

a)

Nama makanan tradisi kaum Cina ialah kuih bulan.

b)

Nama makanan tradisi kaum Cina ialah kuih bulan dan bintang.

6.

Pilih maksud pantun yang betul.


Dari Jeli ke Kuala Lipis,

Bawa pulasan dan madu lebah;

Enak sekali kuih kelupis,

Makanan warisan negeri Sabah.

a)

Kuih kelupis yang sangat sedap itu ialah makanan warisan negeri Sabah.

b)

Kuih kelupis yang kurang sedap itu ialah makanan warisan negeri Sabah.