NEW
Font size
WorksheetsBAB 11 : Pewarisan Monohibrid dan Pewarisan Dihibrid
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Antara berikut, yang manakah BENAR tentang Hukum Mendel I?
Beliau menjalankan kajian mengenai satu ciri.
Beliau mengira bilangan anak pokok walnut.
Setiap ciri organisma ditentukan oleh satu alel tunggal.
Alel tersebut terpisah semasa mitosis dan hadir dalam gamet tunggal.
Antara berikut, yang manakah merujuk kepada genotip seseorang individu?
Komposisi genetik
Rupa fizikal
Homozigot resesif
Alel dominan
Antara istilah berikut, yang manakah merujuk kepada ciri-ciri fizikal suatu organisma?
Genotip
Fenotip
Resesif
Dominan
Dalam kacang pea, alel Y bagi biji berwarna kuning ialah dominan dan alel y bagi biji berwarna hijau ialah resesif. Dalam satu eksperimen, 200 tumbuhan heterozigot didebungakan sendiri dan 1500 biji berwarna kuning telah dikumpulkan. Berapakah biji berwarna hijau akan dikumpulkan?
6000
2000
1500
500
Rajah 1 menunjukkan satu kacukan monohibrid antara dua batang pokok. Genotip yang mungkin bagi M ialah PP, Pp, atau pp. Apakah genotip bagi K dan L?
K (Pp), L (Pp)
K (PP), L (Pp)
K (Pp). L (PP)
Rajah 2 menunjukkan suatu rajah skema bagi kacukan monohibrid pada tikus. Apakah genotip induk, jika B mewakili alel dominan bagi bulu hitam dan b mewakili alel resesif bagi bulu kelabu?
Bb x bb
Bb x Bb
BB x bb
BB x Bb
Seekor rama-rama bermata merah yang heterozigot dikacukkan dengan seekor rama-rama bermata putih. Mata merah adalah dominan terhadap mata putih. Apakah nisbah fenotip dalam generasi F1?
Semua bermata putih
Semua bermata merah
1 bermata merah : 1 bermata putih
1 bermata merah : 3 bermata putih
Pernyataan yang manakah paling tepat menerangkan maksud pewarisan?
Prinsip asas dalam genetik yang menerangkan bagaimana ciri dipindahkan daripada satu generasi ke generasi lain
Berlaku disebabkan bahan genetik dalam bentuk RNA yang dipindahkan dari induk ke anak
Boleh dipindahkan melalui induk tunggal atau kedua-dua induk
Prinsip asas dalam genetik yang menerangkan bagaimana alel dipindahkan dari satu generasi ke generasi lain
Alel bagi bunga ros warna merah adalah dominan terhadap warna kuning. Dua pokok ros yang heterozigot dikacukkan. Apakah peratusan anak yang dihasilkan berwarna kuning?
0%
25%
50%
75%
Ciri yang manakah digunakan dalam eksperimen Mendel?
Warna daun
Bilangan biji benih
Saiz buah
Ketinggian pokok
Apakah jenis gamet yang boleh dihasilkan oleh pokok kacang pea heterozigos (BbHh) untuk warna bunga dan kedudukan bunga?
BH and bh
Bh dan Hh
BH, Bh, bH dan bh
Bb, Hh, BH, bh
Antara yang berikut, manakah menunjukkan kedudukan pasangan alel heterozigot yang BETUL?
A
B
C
D
Antara berikut, yang manakah merujuk kepada pewarisan dihibrid?
Semasa pembentukan gamet, setiap ahli daripada sepasang alel boleh bergabung secara rawak dengan ahli daripada pasangan alel yang lain
Semasa pembentukan gamet, setiap alel daripada kromosom homolog yang sama boleh bergabung antara satu sama lain.
Nisbah genotip yang terhasil daripada generasi filial kedua ialah 9 : 3 : 1 : 1
Melibatkan satu trait sahaja
X merupakan lokasi spesifik suatu gen pada kromosom. Apakah X?
Gen
Alel
Bes bernitrogen
Kromosom homolog
Antara berikut, yang manakah mewakili alel homozigot dominan?
AaBb
aABBD
aabb
AABB
