Font size
WorksheetsBASICS MANAGEMENT QUIZ
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Pilih definisi pengurusan yang PALING TEPAT.
Proses menetapkan kegunaan bagi semua sumber organisasi secara tersusun untuk mencapai matlamat organisasi.
Proses menyusun tugas dan pembahagian sumber yang mencukupi untuk melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang.
Satu proses mengurus dan menggabungkan sumber-sumber yang dimiliki oleh organisasi dengan cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi.
Satu proses yang dilaksanakan bagi menentukan kaedah memacu organisasi daripada keadaan semasa kepada halatuju yang dihasratkan pada masa hadapan.
Apakah yang dimaksudkan dengan organisasi?
Sekumpulan manusia yang bekerja bersama-sama untuk melaksanakan satu tugasan kerja.
Pengaturan manusia secara sistematik untuk bersama-sama mencapai sesuatu tujuan yang spesifik.
Suatu susunan dan hubungan antara setiap bahagian serta posisi yang ada dalam sebuah pertubuhan.
Satu susunan dan pengagihan sumber-sumber untuk melaksanakan tugasan dengan cekap dan berkesan.
Seseorang pengurus yang cekap tidak semestinya seorang pengurus yang berkesan. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah perbezaan di antara Kecekapan dan keberkesanan?
Kecekapan bermaksud membuat kerja yang betul manakala keberkesanan bermaksud membuat kerja dengan betul.
Kecekapan mengutamakan penjimatan kos manakala keberkesanan mengutamakan pencapaian matlamat.
Kecekapan boleh dicapai dalam jangka masa yang pendek manakala keberkesanan hanya boleh dicapai dalam tempoh yang panjang.
Kecekapan boleh dicapai melalui latihan yang berterusan manakala keberkesanan dicapai melalui pengubahsuaian matlamat organisasi.
Organisasi mempunyai beberapa ciri yang sama dan di antaranya ialah satu ciri yang selalunya di terjemahkan dalam bentuk penetapan matlamat atau objektif. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah ciri organisasi yang dimaksudkan?
Mempunyai tujuan yang jelas.
Mempunyai struktur yang sistematik.
Mengandungi kumpulan manusia yang bekerja bersama-sama.
Bermatlamat untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
Syahdah merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat peruncitan di Kuala Lumpur. Di antara tugas utama beliau ialah melatih dan menyelia prestasi ‘pekerja bukan pengurusan’ dan juga bertanggungjawab dalam mengeluarkan produk atau perkhidmatan syarikat. Berdasarkan pernyataan di atas, di manakah kedudukan Syahdah dalam hierarki pengurusan syarikat tersebut?
Pengurusan atasan.
Pengurusan pertengahan.
Pengurusan peringkat bawahan.
Pengurusan latihan dan pembangunan.
Manakah di antara berikut BUKAN merupakan peranan pengurusan atasan sesebuah organisasi?
Menetapkan visi dan misi organisasi.
Menentukan polisi dan dasar organisasi.
Menyediakan strategi organisasi untuk bersaing dalam industri.
Menyelaras aktiviti organisasi agar sentiasa selari dengan polisi organisasi.
Eiman adalah seorang pengurus di sebuah organisasi. Beliau sangat mengutamakan keharmonian dan kerjasama di antara pekerja di organisasi beliau. Jika berlaku sebarang konflik di antara pekerja, beliau akan bertindak untuk menyelesaikan masalah itu dengan segera. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah fungsi pengurusan yang dilaksanakan oleh Eiman?
Mengawal
Memimpin
Merancang
Mengorganisasi
Manakah di antara pernyataan berikut TIDAK BENAR mengenai aktiviti perancangan dalam sesebuah organisasi?
Tanggungjawab para pekerja operasi ialah melaksanakan perancangan kerja yang telah disediakan.
Pengurusan atasan bertanggungjawab dalam menyediakan perancangan strategik organisasi.
Tanggungjawab pengurus peringkat bawahan ialah menyediakan perancangan jangka pendek organisasi.
Tugas menyediakan perancangan operasi adalah di bawah tanggungjawab pengurusan peringkat pertengahan.
Bagaimana pengorganisasian yang baik boleh meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi?
Pengagihan tugas yang seimbang.
Penetapan misi organisasi yang jelas.
Menghasilkan susunan tenaga kerja yang sistematik.
Membolehkan pengunaan sumber organisasi yang optimum.
Manakah di antara berikut merupakan pernyataan yang TIDAK BENAR berkenaan dengan kemahiran teknikal seorang pengurus?
Kemahiran teknikal amat penting kepada pengurus peringkat bawahan.
Kemahiran teknikal biasanya diperolehi melalui pendidikan secara formal dan latihan.
Kemahiran teknikal amat penting untuk membolehkan pengurus berkomunikasi dengan berkesan dengan para pekerja bawahan.
Kemahiran teknikal merupakan kebolehan menggunakan teknik dan prosedur melaksanakan sesuatu tugasan dalam sesuatu bidang yang spesifik.
Manakah di antara jawatan berikut yang PALING memerlukan kemahiran konseptual?
Pengurus Pemasaran.
Penyelia Pengeluaran.
Ketua Pegawai Eksekutif.
Eksekutif Pembangunan Perniagaan.
Manakah di antara berikut BUKAN merupakan peranan interpersonal seseorang pengurus?
Menjadi wakil kepada organisasi atau jabatan yang diurus.
Menjadi pemimpin kepada pekerja di bawah pengurusan beliau.
Mengendali dan menguruskan ancaman yang dihadapi oleh organisasi.
Menjalinkan hubungan yang baik dengan pekerja dan pihak luar organisasi.
‘Pengurus berperanan sebagai penyampai maklumat dalam organisasi’. Apakah yang dimaksudkan oleh pernyataan di atas?
Apakah yang dimaksudkan oleh pernyataan di atas?
Pengurus menjadi orang tengah di antara persekitaran dan organisasi dalam hal pengurusan maklumat.
Pengurus bertanggungjawab mengumpul dan menyampaikan maklumat kepada pemegang taruh dan ahli organisasi.
Pengurus merupakan sumber rujukan utama organisasi dalam hal berkaitan dengan penyebaran maklumat sulit organisasi.
Manakah di antara berikut TIDAK termasuk dalam kategori peranan pembuat keputusan seorang pengurus?
Peranan sebagai perunding.
Peranan sebagai usahawan.
Peranan sebagai usahawan.
Peranan sebagai pengagih sumber.
Mengapakah pengurusan pada peringkat pertengahan dianggap sebagai paling penting dalam usaha organisasi mencapai objektifnya?
Mengapakah pengurusan pada peringkat pertengahan dianggap sebagai paling penting dalam usaha organisasi mencapai objektifnya?
Pengurusan peringkat pertengahan bertanggungjawab dalam memastikan pekerja melaksanakan kerja dengan berkesan.
Pengurusan peringkat pertengahan mempunyai kemahiran teknikal yang paling tinggi dalam melaksanakan semua strategi organisasi.
Pengurusan peringkat pertengahan bertanggungjawab menghubungkan pengurusan atasan dan pengurusan bawahan dalam organisasi.
Henry Fayol telah menggariskan beberapa prinsip pengurusan am dalam teorinya, Fayol’s General Principles of Management. Manakah di antara prinsip-prinsip pengurusan berikut TIDAK termasuk dalam Prinsip Pengurusan Am Fayol?
Pekerja memerlukan masa untuk mempelajari tugasan kerja mereka.
Setiap pekerja mempunyai lima tahap keperluan yang perlu dipenuhi.
Pekerja harus dibayar dengan adil mengikut sumbangan yang diberikan.
Setiap pekerja hanya perlu mendapat arahan daripada seorang ketua sahaja.
Apakah jenis kemahiran yang diperlukan oleh seorang pengurus untuk membolehkan beliau bekerja dengan baik bersama orang lain, tidak kira secara individu atau berkumpulan?
Kemahiran teknikal.
Kemahiran konseptual.
Kemahiran kemanusian.
Kemahiran pembuatan keputusan.
Apakah maksud perancangan dalam organisasi?
Satu proses menyusun dan mengatur sumber-sumber dalam organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.
Satu proses penetapan matlamat, pembangunan dan pelaksanaan alternatif untuk mencapai matlamat organisasi.
Satu proses penetapan standard yang perlu dicapai oleh organisasi dalam usaha mencapai matlamat organisasi.
Satu proses menentukan tujuan dan objektif kewujudan organisasi secara keseluruhan dan bagaimana ianya dapat dicapai.
Manakah di antara berikut merupakan pernyataan misi syarikat yang menepati ciri-ciri misi yang baik?
Organisasi utama dalam meningkatkan produktiviti untuk inovasi dan daya saing global.
Menjalankan kajian semula peraturan dan promosi amalan baik peraturan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih kompetitif.
Kami memberi perkhidmatan berkesan untuk mencapai prestasi cemerlang melalui inovasi ke arah meningkatkan taraf hidup.
Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui program-program promosi produktiviti dan daya saing serta jalinan kerjasama.
Matlamat merupakan satu elemen penting dalam perancangan. Manakah di antara berikut BUKAN merupakan kelebihan penetapan matlamat?
Matlamat akan meningkatkan motivasi pekerja.
Penetapan matlamat boleh meningkat prestasi kerja pekerja.
Matlamat akan membantu fungsi pengawalan dalam organisasi.
Matlamat akan meningkatkan kadar pusing ganti pekerja di organisasi.
