NEW
Font size
WorksheetsKata Majmuk Kiasan
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pengunjung yang berada di kawasan air terjun itu _____________ apabila melihat sampah yang berlonggok di tepi tong sampah.
berat mata
sakit mata
angkat mata
tanda mata
Zoo itu sangat bersih dan indah kerana para pekerjanya ___________.
curi tulang
putih tulang
ringan tulang
panjang tangan
Saya sudah __________ pada keindahan dan kedamaian kampung ini.
jatuh hati
bulat hati
patah hati
murah hati
Mereka makan roti sebagai ___________ sebelum memulakan ekspedisi mendaki gunung.
buah mulut
ambil angin
alas perut
ikat perut
Kicauan burung yang bersahut-sahut itu menjadi _________ yang sungguh menghiburkan.
jatuh hati
otak cair
halwa telinga
buah mulut
Saya ___________ kerana semasa berkunjung ke zoo itu, persembahan singa laut sedang berlangsung.
mulut tempayan
langkah kanan
langkah kiri
kaki bangku
Encik Muthu gembira kerana dapat membawa pelancong dari negara ____________ dalam ekspedisi ke Maliau Basin.
cangkul angin
makan angin
naik angin
atas angin
Puan Soh tidak yakin untuk memandu pada waktu malam kerana dia __________.
rabun ayam
tulang belakang
otak cair
ulat buku
Chun Meng digelar __________ kerana dia gemar membaca buku tentang tumbuh-tumbuhan.
otak cair
ulat buku
makan angin
tulang belakang
Encik Lam merupakan _____________ yang menjayakan program mengindahkan kawasan pantai ini.
ulat buku
otak cair
makan angin
tulang belakang
