Font size
WorksheetsPANTUN NASIHAT
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Apakah maksud rangkap kedua dalam Pantun Nasihat?
Jangan dibiarkan perasaan sedih dan risau berpanjangan
Tutur kata haruslah sentiasa dijaga agar kita tidak menanggung sengsara
Sesuatu yang haram dan memabukkan hendaklah tidak diambil sama sekali
Seseorang hendaklah beradat ketika hidup di dunia dan bahasa itu tidak dapat dijual beli
Berdasarkan pantun nasihat yang telah dipelajari, berikan maksud rangkap ketiga Pantun Nasihat.
Sesuatu yang haram dan memabukkan hendaklah tidak diambil sama sekali.
Seseorang isteri hendaklah mengelakkan diri daripada memarahi suami yang sedang letih kerana dikhuatiri dia akan mencari perempuan lain.
Tutur kata haruslah sentiasa dijaga agar kita tidak menanggung sengsara.
Jangan dibiarkan perasaan sedih dan risau berpanjangan.
Antara rangkap sajak berikut, yang manakah berpadanan dengan maksud rangkap sajak keempat iaitu tutur kata haruslah sentiasa dijaga agar kita tidak menanggung sengsara?
Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali,
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.
Pulau di balik Pulau Gosong,
Pandan di Jawa diranggungkan,
Jangan kata terdorong-dorong,
Badan dan nyawa menanggungkan.
Anak Cina membawa surat,
Dari Perak langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.
Pisang kelat digonggong helang,
Jatuh ke lubuk lnderagiri;
Jikalau berdagang ke rantau orang,
Baik-baik membawa diri.
Antara berikut, manakah pengajaran yang sesuai dengan pantun ini?
Kita hendaklah tidak terlalu bersedih dengan dugaan yang menimpa diri kerana perbuatan tersebut akan memudaratkan diri sendiri.
Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran.
Kita mestilah patuh dengan perintah raja dan pembesar.
Kita mestilah berhati-hati dengan tutur kata supaya diri kita terhindar daripada sebarang bencana.
Apakah pesanan pemantun kepada pembaca dalam rangkap ketujuh?
para perantau dinasihatkan agar tidak mempercayai orang yang tidak dikenali
para perantau diingatkan tidak melakukan sesuatu yang haram dan memabukkan
para perantau dinasihatkan agar pandai membawa diri ketika berada di tempat orang lain
para perantau diingatkan agar tidak membuat perkerjaan yang sia-sia dan berlebih-lebihan
Apakah tema yang paling tepat untuk Pantun Nasihat?
Nasihat untuk suami isteri yang ingin menjamin kerukunan rumah tangga
Nasihat yang dijadikan panduan hidup kepada masyarakat agar sentiasa melakukan kebaikan
Nasihat untuk para perantau yang suka belayar dan berdagang di tempat orang lain
Nasihat yang ditujukan kepada masyarakat yang suka melakukan perbuatan haram dan memabukkan
Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam pantun ini, kecuali..
Rasional
Ketabahan
Baik hati
Kasih sayang
Pada pendapat anda, mengapakah para perantau harus pandai menjaga diri semasa berada di tempat orang?
supaya mereka tidak mudah tertipu oleh orang lain di perantauan.
supaya mereka tidak memalukan diri dan keluarga sepanjang berada di perantauan.
supaya mereka selamat semasa dan diterima dengan baik oleh masyarakat di tempat mereka merantau.
supaya mereka dibenarkan berdagang dan mendapat keuntungan berlipat ganda.
Dalam rangkap kedua pantun, pemantun menasihati agar sesuatu yang haram dan memabukkan hendaklah tidak diambil sama sekali.
Sebagai pihak sekolah, pelbagai cara telah dilaksanakan untuk mengatasi penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid. Berikut adalah cara membanteras gejala penyalahgunaan dadah oleh pihak sekolah dalam kalangan murid, kecuali
sentiasa memantau kawasan-kawasan sunyi di sekitar kawasan sekolah
menjalankan ujian air kencing dengan Agensi Dadah Kebangsaan dan polis
melaporkan kepada Agensi Dadah Kebangsaan sekiranya ada murid yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah
memastikan murid-murid tidak berhubungan dengan rakan-rakan dan sentiasa dipisahkan
Bagai panas mengandung hujan
Nyatakan penggunaan gaya bahasa di atas.
Asonansi
Inversi
Simile
Metafora
Hangus bertih berwarna merah
Nyatakan penggunaan gaya bahasa di atas
Asonansi
Inversi
Simile
Metafora
Buat Baik berpada-pada
Huruf condong dan bergaris di atas merujuk kepada unsur bunyi
Asonansi
Aliterasi
Buat baik berpada-pada
Huruf condong dan bergaris di atas merujuk kepada unsur bunyi________
Asonansi
Aliterasi
Berikut merupakan bentuk pantun Nasihat ,
ada tujuh rangkap
setiap rangkap ada empat baris
baris satu dan dua pembayang, baris tiga dan empat maksud
rima akhir aaaa
Persoalan bersederhana dalam melakukan kebaikan yang terdapat dalam pantun ini bermaksud
Perbuatan jahat dilakukan sesekali sahaja
Berbuat baik amat digalakkan tetapi tidak berlebih-lebihan
Berbuat baik dalam kalangan orang terdekat sahaja
Tidak boleh berbuat jahat langsung
Apakah maksud "bagai panas mengandung hujan " ?
Berusaha melupakan kesusahan dengan bergurau senda, namun kesedihan masih ada
berusaha melepaskan diri daripada kesusahan walaupun sukar
Hari hujan walaupun cuaca panas
menahan kemarahan yang sedang membuak-buak
Apakah maksud rangkap ke-7 dalam pantun Nasihat ?
Seseorang itu perlu bijak berkawan ketika di luar
Seseorang itu perlu balik ke kampung setelah lama merantau
Seseorang itu perlu bijak menyesuaikan diri apabila berada di rantau orang
Seseorang itu tidak boleh melupakan kampung halaman setelah merantau
Apakah maksud gaya bahasa Anafora?
Kiasan yang membandingkan
Perulangan vokal
Perulangan kata pada awal baris
Perulangan konsonan
Apakah pengajaran bagi nilai baik hati dalam pantun?
Kita mestilah berhati-hati dengan tutur kata supaya diri kita terhindar daripada sebarang bencana
Kita hendaklah tidak terlalu bersedih dengan dugaan yang menimpa diri kerana perbuatan tersebut akan memudaratkan diri sendiri
Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang haram supaya hidup kita tidak binasa
Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran
Contoh yang manakah tepat terhadap penggunaan gaya bahasa Simile?
Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.
Bagai panas mengandung hujan
Batang kapas bertimbal jalan
Buah peria; padi; kapas; panas; hujan; pulau
Apakah maksud gaya bahasa Aliterasi?
perulangan vokal
perulangan konsonan
perulangan kata pada awal baris
kiasan yang membandingkan
Apakah maksud gaya bahasa Asonansi?
perulangan vokal
perulangan konsonan
kiasan yang membandingkan
penggunaan unsur alam
Pilih persoalan yang terdapat dalam Pantun Nasihat.
Sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan
Berhati-hati mengucapkan tutur kata kerana jika tersilap berkata-kata buruk padahnya
Melakukan perbuatan haram akan membawa kemudaratan
Sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri di tempat awam semasa wabak covid-19
Pada pendapat anda, mengapakah kita harus menjaga tutur kata?
Kita harus menjaga tutur kata agar tidak mengguris perasaan orang lain.
Kita perlu menjaga tutur kata kerana itu melambangkan keperibadian kita.
Kita mesti menjaga tutur kata supaya kita disenangi oleh ramai orang.
Kita harus menjaga tutur kata agar disisihkan oleh kawan baik kita.
Gaya bahasa unsur alam adalah gaya bahasa yang menerangkan tentang penggunaan unsur alam sekitar dan benda hidup. Antara berikut, unsur alam yang manakah terdapat dalam pantun ini?
Buah peria
Pandan
Kapas
Angin
