Font size
WorksheetsKISAH BADANG
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Apakah pekerjaan Badang?
Pekerjaan Badang ialah membela ikan.
Pekerjaan Badang ialah mengambil upah menebas hutan dan membela ikan.
Pekerjaan Badang ialah mengambil upah menebas hutan dan menangkap ikan.
Pekerjaan Badang ialah menghapuskan ikan.
Badang bersembunyi di sebalik belukar untuk mengintai siapa yang mencuri ikan-ikannya.
Betul
Salah
Apakah yang dilakukan oleh Badang apabila melihat lembaga?
Badang melarikan diri apabila melihat lembaga.
Badang ketawa dan mengejek lembaga tersebut.
Badang memberanikan diri, menerkam dan menangkap lembaga.
Badang memberanikan diri dan membunuh lembaga.
Badang menyatakan keinginannya untuk menjadi manusia yang kaya-raya kepada lembaga tersebut.
Betul
Salah
Apakah yang perlu dilakukan oleh Badang untuk menjadi seorang yang gagah perkasa?
Badang perlu membina badan untuk menjadi gagah perkasa.
Badang perlu minum darah lembaga untuk menjadi gagah perkasa.
Badang perlu makan muntah lembaga untuk menjadi lemah.
Badang perlu makan muntah lembaga untuk menjadi gagah perkasa.
Badang melepaskan lembaga tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana menolongnya menjadi seorang yang gagah perkasa.
Betul
Salah
Siapakah sebenarnya lembaga itu?
Lembaga itu sebenarnya datuk Badang.
Lembaga itu sebenarnya seorang datuk tua yang sakit.
Lembaga itu sebenarnya seorang manusia berambut putih dan berjanggut putih.
Lembaga itu sebenarnya seorang manusia yang hasad.
Manusia berambut putih dan berjanggut putih itu menolong Badang kerana Badang seorang yang cekal, tabah dan jujur.
Betul
Salah
Apakah pengakhiran kisah Badang?
Pengakhiran kisah Badang ialah Badang mengalirkan air mata syukur.
Pengakhiran kisah Badang ialah Badang terkenal sebagai pahlawan gagah perkasa.
Pengakhiran kisah Badang ialah Badang menjadi sombong dan lupa diri.
Pengakhiran kisah Badang ialah Badang menjadi kaya-raya.
Apakah nilai dan pengajaran yang kamu dapat berdasarkan kisah Badang?
Kita mestilah menjadi sombong dan angkuh.
Kita mestilah bekerjasama untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Kita mestilah sabar, tabah dan juga tidak berputus asa menghadapi cabaran kehidupan.
Kita mestilah menghormati orang tua.
