Font size
WorksheetsKata Kerja (Latihan Pengukuhan)
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Singa itu sedang _____________ di dalam sangkarnya.
mengembek
berdecit
mengiau
mengaum
Sharnaaz_________ kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
merintih
mengeluh
mengenang
mengerang
Ketua pasukan Rumah Tok Gajah _____ piala yang dimenangi pada Hari Sukan.
memikul
mengelek
menjulang
mengandar
Kakak sedang ____ nasi manakala ibu sedang menggoreng sayur.
menyalai
menjerang
menanak
memanggang
Bawang merah itu ____ nipis sebelum dimasukkan ke dalam kuali.
dibedah
dibelah
disiang
dihiris
Fateh ____ di hadapan pintu rumah sementara menunggu ibunya membukakan pintu.
terjatuh
tercegat
terhenti
terduduk
Persatuan Seni Lukis Sekolah Rendah Agama Islahiah akan ______pameran lukisan.
melaksanakan
menjalankan
mengadakan
melahirkan
Ular sawa itu __________ seekor kambing.
melulur
meneguk
mengunyah
menghisap
Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
merancang
menimbang
melaksana
melihat
Peniaga itu ____________ keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.
meraih
mencapai
mengumpul
mengais
Azlan _______________ kedatangan Encik Hussin ke rumahnya dengan ramah.
menunggu
menyambut
mengajak
menanti
Longkang di tepi jalan itu _____ akibat pembuangan sampah sarap.
terdesak
terhimpit
tersumbat
terbantut
Encik Jebat sedang _____ rumput yang panjang di belakang rumah.
menggunting
mengasah
menyabit
menoreh
Banduan itu terpaksa _________ di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
menetap
menginap
meringkuk
menumpang
Elyana __________ perca-perca kain itu pada selimut yang koyak.
melekatkan
menampalkan
mencantumkan
meletakkan
Sang Kancil yang cerdik itu berjaya __________ sungai yang dalam dengan tipu helahnya.
melepasi
melangkahi
mengharungi
menyeberangi
Murid itu _____ pintu sebelum masuk ke dalam bilik guru besar.
memalu
memukul
mengetuk
menghentam
Pelayan restoran _____ dulang yang berisi minuman dengan berhati-hati.
menjinjing
menatang
memegang
menggalas
Penjual itu sedang _____ berat seekor ayam yang hendak dibeli oleh pelanggannya.
menimbang
menghitung
mencatat
mengira
Hermy ___________ kesejukan kerana kehujanan dalam perjalanan pulang dari sekolah.
mengecut
meracau
menggoyang
menggigil
