wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1. Kita perlu bijak menguruskan perbelanjaan.......................... kenaikan harga barang di pasaran.

a)

kerana

b)

lantaran

c)

sebab

d)

lalu

2.

2. Penggunaan pengangkutan awam merupakan................ bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas.

a)

sumatif

b)

proaktif

c)

alternatif

d)

tentatif

3.

3.Sebagai rakyat Malaysia yang cinta ................ negara, kita hendaklah mengutamakan barangan buatan Malaysia.

a)

demi

b)

akan

c)

kepada

d)

pada

4.

4. Pelbagai pertandingan yang berunsurkan permainan tradisional ..................... kekayaan budaya kita.

a)

mencetuskan

b)

menyifatkan

c)

menzahirkan

d)

memanipulasikan

5.

5. Ayat di atas mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

6.

6. Ayat di atas mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

7.

7. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

8.

8. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

I, II, III dan IV sahaja

9.

9. Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak. Pilih jawapan yang betul.


Pasukan sukarelawan dan kerajaan boleh menggembleng tenaga untuk menjalankan kerja-kerja membaik pulih kawasan cerun yang digondolkan.

a)

gembleng tenaga untuk jalankan

b)

gembeleng tenaga demi menjalankan

c)

bergembleng tenaga agar menjalankan

d)

menggembleng tenaga untuk menjalankan

10.

10.Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak. Pilih jawapan yang betul.


Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah sangat penting bagi meningkatkan pendapatan negara dalam lapangan ekonomi.

a)

dari hal ekonomi

b)

daripada lapangan ekonomi

c)

dalam bidang ekonomi

d)

dalam lapangan ekonomi

11.

11. Pilih ayat yang betul.


I Pemakanan sihat ialah memakan makanan yang mengandungi semua nutrisi mengikut kadar yang ditetapkan


II Pelbagai sisa buangan sering dilempar ke dalam sungai termasuk beg plastik sampah, perabot rosak dan peralatan dapur.


III Amalan rumah terbuka sangat penting demi untuk memupuk semangat perpaduan kaum


IV Di antara kelebihan membuat jadual belajar ialah kita mampu menyusun aktiviti harian dengan baik.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

I, II dan IV sahaja

12.

12. Pilih ayat yang betul.

I Banyak keindahan alam semula jadi yang Malaysia miliki mampu menarik kehadiran pelancong daripada merata tempat


II Bandaraya Ipoh mempunyai banyak tinggalan sejarah yang masih mengekalkan ciri seni bina lama.


III Permainan congkak perlu disertai oleh dua orang pemain dan sesiapa memiliki buah congkak terbanyak dikira sebagai pemenang.


IV Aktiviti riadah sangat bermanfaat untuk kita semua tidak kira jantina atau usia.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

I, II dan IV sahaja

13.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


13. Puan Siti Khadijah tidak sampai hati melihat................................... kesayangannya menangis meminta untuk dibelikan mainan.

a)

rangkai hati

b)

orang atasan

c)

orang kanan

d)

ayam tambatan

14.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


14. Bebelan Mak Halimah ............. kerana anak-anaknya tidak menyusun kasut di tempat yang disediakan.

a)

seperti halilintar membelah bumi

b)

bagai pucuk dilancarkan

c)

seperti bertih jagung

d)

bagai balak terendam

15.

15. Tatkala mendengar ............. cikgu Jamilah, Natasya bergegas menyiapkan tugasan yang diberi.

a)

arahan

b)

makluman

c)

suruhan

d)

perintah

16.

16. Soalan 16 berdasarkan gambar di atas.


.................................... bunga mawar kuning yang digubah indah kelihatan cukup menarik menghiasi ruang tamu mereka.

a)

Setangkai

b)

Serumpun

c)

Setongkol

d)

Sejambak

17.

17. Secara .............. kakak turun dari katil menuju ke dapur untuk menyediakan hidangan tengah hari.

a)

lambat-laun

b)

lambat-lambat

c)

laju-laju

d)

lemah-gemalai

18.

18. Akibat kehilangan semangat, Haji Borhan cuba menghubungi rakan baiknya untuk mendapatkan kata-kata....................

a)

hikmat

b)

ransangan

c)

bidalan

d)

nasihat

19.

19. Kerongsang mutiara itu amat sesuai jika ........... pada tudung bercorak keluaran syarikat ternama tersebut.

a)

disemat

b)

disemad

c)

dicucuk

d)

disangkut

20.

20. Gaya bahasa yang tepat bagi bait di bawah ialah :


"Gelapnya di dalam seperti malam"

a)

simili

b)

personifikasi

c)

pengulangan

d)

asonansi