Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AKTIVITI PERKHEMAHAN

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti penting. Banyak faedah yang akan diperolehi melalui sesuatu perkhemahan KECUALI________

a)

Perkhemahan sebagai satu ibadat

b)

Perkhemahan untuk merapatkan silaturahim

c)

Perkhemahan sebagai salah satu medium pendidikan

d)

Perkhemahan untuk menyelesaikan masalah peribadi

2.

Berikut ialah alatan individu yang perlu dibawa semasa aktiviti perkhemahan?

a)

Lampu picit dan ubat gigi

b)

Kayu pancang khemah

c)

Peti kecemasan

d)

Pembesar suara

3.

Berikut merupakan perkara yang perlu diambil kira selepas aktiviti perkhemahan KECUALI_______

a)

Menurunkan dan melipat khemah

b)

Menimbus semua lubang yang digali

c)

Tidak meninggalkan sampah di kawasan perkhemahan

d)

Jangan mendirikan khemah ditempat berhampiran pokok renek

4.

Semasa perkhemahan, penting untuk memastikan tempat yang dipilih bersesuaian dan selamat. Antara ciri-ciri lokasi perkhemahan yang perlu ditekankan adalah___________

a)

Tentukan permukaan tanah yang rata

b)

Kawasan perkhemahan berhampiran binatang buas

c)

Kawasan perkhemahan berhampiran pokok yang besar

d)

Lokasi perkhemahan terdedah kepada serangga merbahaya

5.

Semua peserta perkhemahan perlu menjaga keselamatan diri di air dengan______________________

a)

Mandi atau membasuh pakaian bersendirian

b)

Melakukan aktiviti air tanpa peralatan keselamatan

c)

Mengelakkan diri ke kawasan air jika hujan lebat

d)

Memilih tempat yang mempunyai halangan berbahaya

6.

Semasa menjalani perkhemahan, terdapat beberapa peraturan keselamatan diri yang harus dipatuh. Antaranya adalah________________

a)

Wajib menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program

b)

Menebang pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan

c)

Merokok dalam kawasan perkhemahan

d)

Memberi makanan kepada binatang

7.

Apabila berada di kawasan perkhemahan, keselamatan api perlu dititikberatkan. Berikut adalah keselamatan api yang perlu dipatuhi KECUALI

a)

Api tidak boleh dibiarkan menyala tanpa pengawasan

b)

Pastikan api betul-betul padam sebelum beredar

c)

Memasang ubat nyamuk di dalam khemah

d)

Tidak merokok

8.

Kawasan perkhemahan tidak boleh ditinggalkan tanpa pengawasan. Pernyataan ini merujuk kepada keselamatan______________________

a)

Air

b)

Api

c)

Alatan perkhemahan

d)

Kawasan perkhemahan

9.

Setiap peserta perkhemahan perlu menyediakan beberapa alatan individu. Antaranya adalah_______________

a)

Baju lengan panjang

b)

Khemah

c)

Generator

d)

Dapur gas

10.

Peti pertolongan cemas, lampu picit keselamatan dan pembesar suara merupakan alatan perkhemahan bagi____________________

a)

Bahagian dapur

b)

Alatan individu

c)

Alatan urusetia

d)

Alatan perkhemahan

11.

Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam membuat persediaan SEMASA perkhemahan dijalankan KECUALI

a)

Jarak antara khemah

b)

Tentukan arah tiupan angin

c)

Selamat daripada binatang merbahaya

d)

Menimbus semua lubang yang digali

12.

Antara berikut yang manakah bukan alatan penting untuk perkhemahan?

a)

Tali, mancis & baldi

b)

Seluar panjang, stokin dan kasut sukan

c)

Majalah, radio dan surat khabar

d)

Pisau, tali dan cerek

13.

Bahagian dapur merupakan alatan yang harus disediakan sebelum menjalankan sesuatu aktiviti perkhemahan KECUALI

a)

Cerek

b)

Pisau

c)

Kuali

d)

Ubat gigi

14.

Semasa berkhemah, para peserta dilarang agar tidak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua kerana besar kemungkinan dahannya akan patah dan menimpa khemah.

a)

Salah

b)

Betul

15.

Berikut merupakan perkara yang perlu dilakukan SELEPAS aktiviti perkhemahan KECUALI

a)

Tidak meninggalkan sampah di kawasan tapak perkhemahan

b)

Menimbus semua lubang yang digali dan mematikan api

c)

Menurunkan dan melipat khemah serta membersihkan tapak perkhemahan

d)

Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan tanah