wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ETIKA KESELAMATAN DAN BULI SIBER

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Alam siber ialah alam yang berkait rapat dengan komputer dan internet KECUALI

a)

Ruang Forum

b)

Peta Malaysia

c)

Media Sosial

d)

Dunia Dalam Talian

2.

Kenapakah undang-undang siber dicipta?

a)

Melindungi pengguna supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber

b)

Menggalakkan masyarakat menggunakan alam siber dan internet

c)

Membantu meningkatkan ekonomi negara

d)

Berjumpa dengan ramai kenalan di alam siber

3.

Adakah selamat

untuk menggunakan maklumat peribadi anda untuk sesuatu perwatakan yang anda cipta di Internet?

a)

Ya, tidak mengapa

b)

Ya, tetapi terhad kepada nama, alamat dan usia sebenar.

c)

Ya, tetapi hanya sekali sekala.

d)

Lebih baik tidak mendedahkan maklumat peribadi.

4.

Mesej yang memalukan dan mengancam atau berunsur ugutan merupakan pembulian siber. Betul atau Salah?

a)

Betul

b)

Salah

5.
Mesej bagaimanakah yang dikategorikan sebagai buli siber?
a)
Berunsurkan cinta
b)
Kelakar
c)
Menganggu dan mengancam
d)
Motivasi
6.
Yang manakah merupakan kesan terhadap buli siber?
a)
Tekanan perasaan
b)
Muflis
c)
Gembira
d)
Peramah
7.

Pembulian siber boleh berlaku melalui medium-medium berikut KECUALI...

a)

E-mail

b)

Laman sesawang (Website)

c)

Laman sembang (Chat)

d)

Surat pos

e)

Aplikasi komunikasi online

8.
Apakah cara yang boleh dilakukan terhadap anak-anak bagi mengelakkan menjadi mangsa buli siber?
a)
Jangan memberikan telefon bimbit kepada anak-anak
b)
Menapis kawan anak-anak dalam FB/Instagram
c)
Didik anak tentang keselamatan internet dan etika melayari internet
d)
Meletakkan password pada setiap peranti di rumah
9.

Apakah medium elektronik yang digunakan dalam jenayah buli siber?

a)

surat layang

b)

microfsoft excel

c)

permainan internet

d)

microsoft powerpoint

10.

Manakah antara perbuatan berikut BUKAN perbuatan buli siber?

a)

Mengancam

b)

Memalukan

c)

Menakutkan seseorang

d)

Membeli-belah online

11.

Senarai di bawah adalah jenis buli siber yang sering dilakukan kecuali

a)

mesej bertujuan untuk mengganggu atau mengancam

b)

menggunakan kata laluan dan foto milik sendiri

c)

menyebarkan foto, video dan memanjangkan e-mel kepada orang lain

d)

memuatnaik komen yang sopan dan baik kepada orang lain

12.

Jelaskan 2 kesan kepada mangsa buli siber?

a)

mangsa akan menjadi resah, berasakan diri tidak berguna, kemurungan serta marah dan rasa dihina

b)

mangsa akan rajin ke sekolah kerana berasa bersemangat

c)

mangsa akan ponteng sekolah kerana berasa malu

d)

Pelajaran mangsa semakin meningkat

13.

Jelaskan 2 kesan buli siber kepada keluarga mangsa yang dibuli?

a)

Keluarga berasa bangga kerana mempunyai anak yang popular di media masssa

b)

Ahli keluarga berasa tertekan apabila dipandang serong oleh masyarakat

c)

Keluarga tidak dapat menerima kesalahan anak mereka

d)

keluarga akan disukai dan disanjung oleh masyarakat akibat cerita anak mereka yang kurang baik di media sosial

14.

Yang mana daripada berikut adalah cara untuk mengelakkan daripada penipuan di Internet?

a)

Fikir sebelum klik.

b)

Lakukan carian web nama syarikat sebelum anda memberikan mereka apa-apa maklumat mengenai diri anda.

c)

Baca cetakan halus.

d)

Semua di atas.

15.

Apakah tanda-tanda mangsa buli siber?

a)

Tiada keinginan untuk ke sekolah

b)

Hubungan dengan keluarga merosot

c)

Keputusan peperiksaan merosot

d)

Suka bersendirian dan tidak mahu berkongsi masalah

e)

Semua adalah betul

16.

Apakah etika yang boleh diamalkan semasa berkomunikasi dalam alam siber?

a)

Berkongsi atau menyebarkan keburukan orang lain

b)

Memuat naik status berunsur fitnah

c)

Tidak mematuhi akta undang-undang siber

d)

Tidak menyebarkan maklumat yang belum pasti

17.

Fatimah telah memuat naik gambar tidak senonoh di dalam akaun Facebooknya . Apakah tindakan awal anda sebagai rakan baiknya untuk mencegah perbuatan Fatimah tersebut?

a)

Menasihatinya

b)

Memberitahu ibu bapa fatimah

c)

Tidak ambil peduli

d)

Menyokong perbuatannya

18.

Yang manakah bukan jenayah yang berkaitan dengan alam siber?

a)

Penggodam maklumat

b)

Skim cepat kaya

c)

Meragut

d)

Judi siber

19.

Yang manakah BUKAN perlakuan seorang PEMBULI SIBER?

a)

"Awak ni BODOHlah!!!"

b)

"Eeeww.. Hodohnya awak!"

c)

"Saya akan sebarkan rahsia awak jika awak tidak ikut kemahuan saya.”

d)

"Wah! Pandainya awak."

20.

Rahmat berkomunikasi dengan keluarga atau rakan yang dikenali berkaitan video tidak sopan dan memuat naik gambar peribadi tidak senonoh.

a)

Boleh

b)

Tidak boleh