wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penilaian Bab 1 & 2 Akaun T4

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Komponen manakah yang terlibat dalam pengiraan untung kasar?

a)

Aset

b)

Belanja

c)

Kos jualan

d)

Jualan bersih

2.

Rumus yang berikut digunakan untuk mengira belian bersih dalam Akaun Perdagangan.


Belian - Y = Belian bersih


Apakah Y?

a)

Jualan

b)

Belanja

c)

Pulangan masuk

d)

Pulangan Jualan

3.

Butir manakah yang tidak terdapat dalam Penyata Kedudukan Kewangan?

a)

Kos Jualan

b)

Aset Semasa

c)

Ekuiti Pemilik

d)

Liabiliti semasa

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan hasil operasi?

a)

Hasil yang menguntungkan pernigaan

b)

Hasil daripada aktiviti harian perniagaan

c)

Hasil tahun semasa yang belum diterima

d)

Hasil yang tidak melibatkan penerimaan wang

5.

Apakah hasil operasi bagi sebuah kedai menjual alat tulis?

a)

Sewa diterima

b)

Jualan alat tulis

c)

Faedah atas simpanan

d)

Untung atas pelupusan kenderaan

6.

Manakah yang merupakan belanja bukan operasi perniagaan?

a)

Insurans

b)

Hutang lapuk

c)

Kadar Bayaran

d)

Kerugian akibat kebakaran

7.

Manakah belanja yang tidak yang tidak melibatkan tunai?

a)

Gaji

b)

Promosi

c)

Insurans

d)

Susut nilai

8.

X mempunyai tahap kecairan yang rendah. Apakah X?

a)

Tunai

b)

Bank

c)

Inventori

d)

Alatan pejabat

9.

Pernyataan manakah yang benar mengenai aset bukan semasa?

a)

Aset bukan semasa mengalami susut nilai

b)

Aset bukan semasa jangka usia gunanya panjang

c)

Aset bukan semasa mudah ditukar menjadi tunai

d)

Aset bukan semasa dijual semula untuk mendapat keuntungan

10.

Manakah yang dikelaskan sebagai aset?

a)

Tunai, Inventori

b)

Akaun belum bayar, Modal

c)

Akaun belum terima, Premis

d)

Overdraf bank, Alatan pejabat

11.

Antara yang berikut manakah aset bukan semasa Syarikat Kereta Motor ERA?

a)

Bank

b)

Premis

c)

Lengkapan

d)

Akaun belum terima

12.

Manakah yang dikelaskan sebagai liabiliti bukan semasa?

a)

Pinjaman

b)

Overdraf bank

c)

Akaun belum bayar

d)

Gadai janji atas bangunan

13.

Item manakah yang dikelaskan sebagai ekuiti pemilik?

a)

Ambilan

b)

Lengkapan

c)

Overdraf bank

d)

Pinjaman bercagar

14.

Manakah yang dapat menerangkan persamaan perakaunan?

a)

Aset = Liabiiti + Modal + Hasil + Belanja

b)

Aset = Liabiiti + Modal + Hasil - Belanja

c)

Aset = Liabiiti + Modal - Hasil + Belanja

d)

Aset = Liabiiti + Modal - Hasil - Belanja

15.

Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan

a)

Sistem perakaunan

b)

Konsep perakaunan

c)

Kitaran perakaunan

d)

Prinsip perakaunan

16.

Apakah subbidang yang melibatkan proses penyemakan rekod kewangan untuk memastikan sesuatu urus niaga itu benar-benar berlaku?

a)

Percukaian

b)

Pengauditan

c)

Perakaunan kewangan

d)

Perakaunan pengurusan

17.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan etika perakaunan.

Akauntan perlu mengekalkan standard yang tinggi semasa menjalankan tugas

Apakah etika tersebut?

a)

Keutuhan

b)

Kerahsiaan

c)

Profesionalisme

d)

Urus tabdir yang baik

18.

Manakah yang merupakan profesion perakaunan yang boleh diceburi?

a)

Juruaudit

b)

Juruwang

c)

Perancang bandar

d)

Arkitek

19.

Apakah tujuan penubuhan Institut Akauntan Malaysia (MIA)?

a)

Mengubal piawaian perakaunan

b)

Mengawal selia profesion perakaunan

c)

Merancang perlaksanaan sistem rekod perakaunan perniagaan

d)

Merangka aktiviti badan-badan korporat dalam bidang perniagaan

20.

X ialah badan perakaunan yang mengubal dan menerbitkan piawaian perakaunan. Apakah X?

a)

Institut Akauntan Malaysia (MIA)

b)

Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)

c)

Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)

d)

Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)