NEW
Font size
WorksheetsKuiz Sejarah (Kedaulatan Negara Dicabar)
Total questions: 16
Worksheet time: 10mins
Berikut merupakan faktor kedatangan kuasa asing kecuali?
Kedudukan Strategik
Kekayaan hasil bumi dan hutan
Revolusi perindustrian
Kepadatan penduduk di Tanah Melayu
Berikut adalah benar mengenai Melaka yang berada pada kedudukan strategik kecuali?
Berada di laluan jalan perdagangan timur dan barat.
Tidak ada pelabuhan lain di Tanah Melayu
Muncul sebagai pelabuhan penting
Menjadi rebutan Portugis dan Belanda
Berikut merupakan hasil bumi yang terdapat di Malaysia kecuali?
Emas
Bijih timah
Kayu balak
Teh
Gambar rajah ini membuktikan bahawa salah satu faktor kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu adalah kerana _______________
Kedukan strategik
Penyebaran agama
Kekayaan hasil bumi
Revolusi perindustrian
Bagaimanakah boleh tercetusnya revolusi perindustrian?
Kuasa asing memerlukan tanah jajahan bagi mendapatkan bahan mentah
Revolusi perindustrian berkembang di Tanah Melayu
Sektor perkilangan semakin merudum dan ditingggalkan
Yang manakah salah mengenai Negeri-Negeri Selat?
Terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
Dijadikan sebagai Tanah Jajahan Mahkota
Ditadbir oleh Gabenor
Diperintah oleh Sultan Melayu
James Brooke merupakan penjajah yang menjajah Sarawak. Antara berikut yang manakah salah mengenai Sarawak?
Mengamalkan pemerintahan secara monarki
Pemerintah Sarawak dikenali sebagai 'Raja Putih'
Rakyat Sarawak diberikan peluang bekerjasama dengan penjajah
Pentadbiran dibahagikan kepada 5 bahagian
Berikut merupakan gambar Ahli Lembaga Pengarah SBUB.
Bilakah SBUB mula menguasai Sabah / Borneo Utara
1896
1881
1909
1914
Antara berikut yang manakah tidak benar mengenai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?
Terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Residen British dilantik untuk mengurus pentadbiran negeri
Sultan Melayu berkuasa sepenuhnya ke atas negeri masing-masing
Residen tidak boleh mencampuri hal ehwal agama dan adat orang Melayu
Kenyataan berikut adalah benar mengenai Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu kecuali?
Diperintah oleh seorang Residen British berkuasa mutlak
Terdiri daripada Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu dan Johor
Penasihat British dilantik untuk membantu pentadbiran negeri
Johor diserap masuk ke dalam Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu pada 1914
Gambar rajah ini telah membuktikan bahawa kedatangan kuasa asing telah memberikan kesan kepada ______________
Pertanian komersial
Industri Perlombongan
Industi Penanaman Getah
Sistem Perbankan Moden
Berikut merupakan hasil pertanian komersial kecuali ____________
Kelapa sawit
Lada hitam
Tembakau
Kayu balak
Gambar rajah ini menerangkan bahawa kedatangan penjajah telah membawa kepada _____________
Pembukaan ladang teh
Pembukaan estet ladang getah
Kemajuan pertanian
Kemasukan imigran dari India
Berikut merupakan benar mengenai kesan sosial akibat penjajahan kecuali :
Pembentukan Masyarakat Majmuk
Perkembangan Bandar Baharu
Kedatangan bangsawan British
Perkembangan Perkhidmatan
Gambar ini menjelaskan bahawa kedatangan penjajah telah membawa kesan kepada ________________________
Perkembangan Bandar Baharu
Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
Perkembangan Sistem Vernakular Pendidikan
Perkembangan Sistem Vernakular Pendidikan
Sekolah vernakular merupakan sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Berikut merupakan sekolah vernakular yang masih wujud di Malaysia kecuali?
Sekolah Kebangsaan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris
