wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kata ganti nama

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Cikgu Zurina berasa sedih apabila melihat tiada _________________makanan di dapur rumah anak muridnya.

a)

apa-apa

b)

mana-mana

c)

siapa-siapa

d)

sesiapa

2.

________________ yang ingin mengajukan pendapat, sila angkat tangan.

a)

Siapa-siapa

b)

Mana-mana

c)

Apa-apa

d)

Siapakah

3.

"___________ akan berjumpa dengan Cikgu Eeda pada petang nanti," kata Carol kepada Ain.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Patik

d)

Kami

4.

"___________ akan menurut perintah, tuanku," kata Bendahara Tun Perak kepada Sultan Iskandar Syah.

a)

Hamba

b)

Beta

c)

Baginda

d)

Patik

5.

Cikgu Amlee sangat baik dan peramah. Oleh itu, _______ sangat disayangi oleh murid-muridnya.

a)

mereka

b)

beliau

c)

kamu

d)

dia

6.

Perjuangan __________ belum selesai," kata kapten itu kepada ahli pasukannya.

a)

kamu

b)

kalian

c)

kita

d)

mereka

7.

"Ambillah wang _______," kata Cikgu Nita kepada muridnya.

a)

itu

b)

ini

c)

sini

d)

situ

8.

Pergi kamu dari _______________!

a)

mana

b)

sini

c)

situ

d)

ini

9.

_______ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan.

a)

Bila-bila

b)

Apa-apa

c)

Siapa-siapa

d)

Mana-mana

10.

Adik tidak suka makan di kedai ________________ kerana tiada ayam goreng kesukaannya.

a)

itu

b)

sana

c)

situ

d)

sini

11.

" Yang berbaju merah itu ______________?" tanya Cempaka kepada rakan-rakannya.

a)

apa

b)

siapa

c)

siapa-siapa

d)

mana

12.

“Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,” kata Ani kepada kawan-kawannya.

a)

dia

b)

awak

c)

beliau

d)

kalian

13.

"Saya harap _____________ tidak membuat bising ketika berada di dalam perpustakaan," kata Cikgu Hairul kepada murid-murid.

a)

mereka

b)

beta

c)

kalian

d)

beliau

14.

Danny dan Sani berkawan baik. ______________ belajar di kelas yang sama.

a)

Mereka

b)

Engkau

c)

Dia

d)

Beliau

15.

"Ampun ___________, izinkan patik masuk mengadap," sembah laksamana kepada sultan.

a)

beta

b)

tuanku

c)

patik

d)

hamba

16.

"Sila duduk. ___________________ akan dilayan sebentar lagi," kata kerani itu kepada pengunjung bank.

a)

Kita

b)

Anda

c)

Kamu

d)

Engkau

17.

'_________ mahu semua rakyat bersatu padu dalam membangunkan negara ini', titah Yang Dipertuan Agung.

a)

saya

b)

Baginda

c)

Patik

d)

Beta

18.

Sila pilih senarai contoh kata ganti nama diri ketiga yang betul

a)

Dia, Kami, Kita

b)

Mereka, Beliau, Baginda

c)

Saya, Kami, Beta

d)

Baginda, Dia, Kalian

19.

"Cikgu Rashidah menyuruh __________ menghantar borang senarai semak UPSR dengan segera," kata Musyidah kepada kawan-kawannya.

a)

saya

b)

kamu

c)

kita

d)

kalian

20.

"Malam ini bolehlah ___________ pergi ke Istana Budaya," kata Farisya kepada kakaknya.

a)

mereka

b)

kalian

c)

kami

d)

kita