wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAHASA MELAYU TAHUN 4

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Kapal dagang dari India yang bocor itu ditunda ke ________________________.

a)

stesen

b)

lapangan

c)

perhentian

d)

pelabuhan

2.

" ___________ amat tertarik melihat pemandangan di sini,"kata Sultan Ahmad kepada Datuk Bendahara.

a)

Patik

b)

Beta

c)

Baginda

d)

Tuan hamba

3.

Ibu memasukkan_____________ garam ke dalam gulai ayam kampung itu.

a)

sekepal

b)

secebis

c)

secubit

d)

sebutir

4.

Tangan ibu berbau __________ setelah menyiang beberapa ekor ikan.

a)

hanyir

b)

hapak

c)

hamis

d)

hancing

5.

Encik Salim sedang menyembur

pada badannya selepas mandi.

a)

minyak rambut

b)

minyak hitam

c)

minyak masak

d)

minyak wangi

6.

Pendatang asing itu _________menjawab soalan yang diajukan oleh anggota polis.

a)

terkedu-kedu

b)

tergagap-gagap

c)

terkial-kial

d)

terkelip-kelip

7.

Para penduduk Taman Impian_______________ untuk mengusahakan kebun sayur di kawasan tanah terbiar itu.

a)

bulat kata

b)

panjang akal

c)

cakap kosong

d)

ringan tangan

8.

Pasangan pengantin itu dilihat sangat cantik dan sepadan antara satu sama lain. Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan ayat di atas ialah:

a)

seperti katak di bawah tempurung

b)

seperti cincin dengan permata

c)

bagai aur dengan terbing

d)

bagai bulan dipagar bintang

9.

Pilih ayat yang betul.

a)

Hadif menyimpan baki wang sakunya di dalam tabung.

b)

Encik Husin sekeluarga disertai hari keluarga.

c)

Ayah tidak menggunakan telefon selepas mengisi minyak motosikal.

d)

Pegawai perubatan itu telah menyerahkan slip ubat ke Encik Amir.

10.

Pilih ayat yang yang sama maksud dengan ayat di bawah.


"Saya akan menunggang basikal dengan Rahim selepas selesai membuat kerja sekolah ini," kata Alif kepada ibunya.

a)

Alif memberitahu Rahim bahawa dia akan menunggang basikal dengan ibunya selepas selesai membuat kerja sekolah itu.

b)

Rahim memberitahu ibunya bahawa dia akan menunggang basikal dengan Alif selepas selesai membuat kerja sekolah itu.

c)

Alif dan Rahim memberitahu ibunya bahawa dia akan menunggang basikal dengan Alif selepas selesai membuat kerja sekolah itu.

d)

Alif memberitahu ibunya bahawa dia akan menunggang basikal dengan Rahim selepas selesai membuat kerja sekolah itu.