wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 2

Total questions: 9

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan Alam Melayu.


> Diasaskan oleh seorang Brahmin bernama Kaundinya

> Terletak di Lembah Sungai Mekong


Apakah kerajaan tersebut?

a)

Kerajaan Funan

b)

Kerajaan Angkor

c)

Kerajaan Srivijaya

d)

Kerajaan Majapahit

2.

Berikut merupakan gelaran yang digunakan oleh raja Funan.


Gelaran = Maksud

Kurung Bnam = Raja Gunung

X = Pemerintah Alam Sejagat


Apakah X ?

a)

Dewaraja

b)

Cakravatin

c)

Sri Bathara

d)

Bodhisattva

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan pemerintahan kerajaan awal Alam Melayu.


> Wanita kerabat diraja mendapat tempat yang tinggi dalam pentadbiran kerajaan

> Mereka menjadi anggota Sapta Prabu

> Ada dalam kalangan mereka dilantik menjadi raja


Apakah kerajaan tersebut?

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Kedah Tua

d)

Kerajaan Gangga Nagara

4.

Pedagang Arab dan Parsi membawa pelbagai jenis barangan mereka ke Alam Melayu.

Apakah barangan yang diperlukan oleh pedagang tersebut dari Alam Melayu?

a)

Manik

b)

Rempah

c)

Kayu wangi

d)

Barangan Kaca

5.

Masyarakat kerajaan Funan membina candi seperti Candi Go Cay Thi di Oc Eo.


Apakah kegunaan candi pada ketika itu?

a)

Rumah ibadat

b)

Pusat kesenian

c)

Sistem terusan

d)

Pusat pendidikan

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan kepercayaan masyarakat kerajaan Alam Melayu.


> Animisme

> Dinamisme


Apakah yang berkaitan dengan kepercayaan tersebut?

a)

Sistem pentadbiran

b)

Kegiatan ekonomi

c)

Pengaruh sekeliling

d)

Alam sekeliling

7.

Pada abad ke-11, Maharaja Chola dari India menghantar bantuan ketenteraan kepada kerajaan Srivijaya.


Apakah tujuan bantuan ketenteraan tersebut dihantar?

a)

Melatih rakyat tempatan

b)

Mengatasi pemberontakan

c)

Menghapuskan institusi beraja

d)

Mengukuhkan keadaan ekonomi

8.

Nobat, Pending Diraja, Cap Mohor

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan alat kebesaran diraja tersebut?

a)

Kedaulatan raja

b)

Kewibawaan raja

c)

Kekuatan ketenteraan

d)

Kepelbagaian seni diraja

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan tugas pembesar dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.


> Hakim di laut

> Ketua utusan ke negara luar


Siapakah pembesar tersebut?

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Penghulu Bendahari