wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MENYUARAKAN HAK

Total questions: 23

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Salah satu hak pekerja ialah

a)

Hak untuk bergaul bebas tanpa batasan

b)

Hak untuk mendapat perlindungan dan keselamatan

c)

Hak untuk membuat rusuhan

d)

Hak untuk membuat pemberontakan

2.

Encik Remy telah diminta oleh majikannya untuk bekerja lebih masa tetapi tidak dibayar upah untuk kerja tersebut.


Apakah hak pekerja yang patut dituntut daripada majikannya?

a)

Hak untuk mendapat upah dan gaji.

b)

Hak untuk berpersatuan

c)

Hak untuk mendapat cuti

d)

Hak untuk mendapat rawatan

3.

Berikut merupakan kepentingan melindungi hak pekerja KECUALI

a)

Menggalakkan pergaulan bebas di tempat kerja

b)

Menggalakkan pekerja bekerja dengan bersungguh-sungguh

c)

Membolehkan pekerja mendapat gaji dan kemudahan yang setimpal dengan pekerjaan

d)

Memastikan kebajikan pekerja terpelihara dan terjaga dengan baik

4.

Salah satu badan bukan kerajaan yang melindungi hak pekerja ialah

a)

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

b)

Persekutuan Orang Pekak Malaysia(MFD)

c)

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia(FOMCA)

d)

Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

5.

Nyatakan peranan Kesatuan Sekerja dalam membantu mempertahankan hak pekerja.

a)

membela nasib pekerja dalam isu seperti penyelarasan gaji, pampasan, dan pemecatan pekerja tanpa sebab yang munasabah

b)

Berjuang untuk hak wanita , khususnya keganasan terhadap wanita.

c)

Menyediakan program pembangunan komuniti dan khidmat kaunseling untuk orang pekak

d)

Berusaha memperjuangkan hak pengguna di Malaysia

6.

Berikut merupakan langkah badan kerajaan untuk melindungi hak pekerja KECUALI

a)

Menggubal Akta Kerja 1955

b)

Menggubal Akta Kawalan Harga

c)

Mewujudkan Kementerian Sumber Manusia

d)

Menetapkan gaji minimum

7.

Berikut merupakan cara kerajaan menghargai jasa dan sumbangan pekerja KECUALI

a)

Memberikan anugerah perkhidmatan cemerlang

b)

Memberi notis 24 jam untuk berhenti kerja

c)

Memberikan bonus tahunan

8.

Andaikan anda ialah majikan, apakah yang patut anda lakukan apabila pekerja anda cedera akibat kemalangan di tempat kerja?

a)

Memotong gaji

b)

Membekukan cuti

c)

Memastikan pekerja mendapat rawatan

d)

Memberhentikan pekerja tersebut

9.

Bagaimanakah Kementerian Sumber Manusia memainkan peranan dalam melindungi hak pekerja?

a)

memantau harga barangan runcit

b)

memberikan khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran

c)

mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan penempatan kerja

d)

menerima aduan tentang perlakuan rasuah

10.

Mendaftarkan Amin sebagai rakyat Malaysia di Jabatan Pendaftaran Negara.

a)

Hak individu

b)

Hak pekerja

c)

Hak pengguna

11.

Mendaftarkan Siti ke sekolah bantuan kerajaan.

a)

Hak individu

b)

Hak pekerja

c)

Hak pengguna

12.

Mendapatkan buku teks dan menduduki PT3.

a)

Hak individu

b)

Hak pekerja

c)

Hak pengguna

13.

Berikut merupakan kepentingan melindungi Hak pengguna..

a)

Mengelakkan wanita daripada dianiaya

b)

memudahkan pengguna memulangkan barang yang tidak diingini

c)

Membolehkan pengguna mendapat maklumat yang jelas tentang sesuatu barangan

d)

Memudahkan pengguna menuntut ganti rugi barang yang rosak

14.

Pekerja berhak mendapat cuti sakit jika berasa tidak sihat untuk bekerja.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Majikan tidak perlu memberi bayaran bonus sebagai insentif dan tanda pernghargaan kepada pekerja.

a)

Betul

b)

Salah

16.
Berikut adalah hak-hak pengguna KECUALI
a)
Hak mendapatkan maklumat yang betul
b)
Hak untuk menuntut ganti rugi
c)
Hak untuk menjual barangan yang palsu
d)
Hak untuk menghirup udara yang bersih
17.

JIka anda seorang pengguna bijak, apakah yang anda lakukan sebelum membeli susu sejat ini ?

a)

melihat tarikh luput, kandungan, saiz tin, vitamin dan mineral, jenis susu

b)

melihat maklumat sajian dan tarikh luput

c)

melihat keadaan tin, tarikh luput dan saiz tin

d)

melihat warna tin, tarikh luput, vitamin dalam sajian

18.

Antara berikut, yang manakah merupakan hak-hak pengguna ?

a)

Mendapat keperluan asas

b)

Membuat pilihan

c)

Menuntut ganti rugi

d)

Mendapatkan barang & perkhidmatan Selamat

19.

Yang manakah bukan hak-hak pengguna ?

a)

Menyuarakan pendapat

b)

Hidup dalam alam sekitar yang sihat & selamat

c)

Mendapat pendidikan pengguna

d)

Mendapatkan diskaun atau hadiah

20.

Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik

Kempen "Sabtu Tanpa Beg Plastik"

Kempen Kitar Semula


Hak pengguna yang manakah berkaitan kempen-kempen di atas?

a)

Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang menjamin kesihatan

b)

Hak untuk membuang sampah

c)

Hak untuk menjaga kebersihan

d)

Hak untuk mencintai alam

21.

pengguna berhak untuk membuat pertimbangan untuk membeli sesuatu barang tanpa unsur paksaan

a)

hak untuk membuat pilihan

b)

hak untuk bersuara

c)

hak mendapat gantirugi

d)

hak mendapat maklumat

22.

pengguna berhak untuk mendapat pampasan disebabkan perihal barang yang mengelirukan pengguna

a)

hak mendapat keselamatan

b)

hak untuk bersuara

c)

hak mendapat gantirugi

d)

hak mendapat maklumat

23.

pengguna berhak untuk mendapatkan kemahiran agar membuat pilihan yang bijak

a)

hak mendapat keselamatan

b)

hak untuk bersuara

c)

hak mendapat pendidikan kepenggunaan

d)

hak mendapat gantirugi