Font size
WorksheetsLITAR BERSIRI LITAR SELARI
Total questions: 22
Worksheet time: 11mins
Antara berikut, yang manakah betul tentang litar bersiri?
Suis-suis disambung bersebelahan antara satu sama lain dalam satu laluan
Terdapat lebih daripada satu laluan bagi arus elektrik mengalir
Semua mentol mempunyai kecerahan yang sama
Mentol-mentol disambung bersebelahan antara satu sama lain
Apakah perbezaan antara litar bersiri dan litar selari?
P - Bilangan mentol berbeza
Q - Susunan mentol yang berbeza
R - Kecerahan nyalaan mentol berbeza
S - Bilangan bateri tidak sama
P dan Q
P dan R
Q dan R
Q dan S
Litar bersiri mempunyai ____ laluan yang boleh digunakan oleh arus elektrik
Satu
Dua
Tiga
Empat
Dua atau lebih laluan untuk tenaga elektrik mengalir. mentol-mentol disusun dalam laluan berlainan. Jika satu mentol terbakar, mentol satu lagi akan terus menyala.
Apakah jenis litar yang memenuhi spesifikasi ini?
Litar bersiri
Litar selari
Litar bersiri selari
Litar pintas
Antara litar elektrik berikut, yang manakah disambung secara bersiri?
Pilih pernyataan yang betul.
Litar bersiri boleh dikawal oleh satu suis atau lebih.
Litar selari boleh dikawal oleh satu suis atau lebih.
Jika satu mentol dalam litar selari terbakar, mentol lain tidak menyala.
Jika satu mentol dalam litar bersiri terbakar, mentol lain tidak menyala.
Antara litar elektrik berikut, yang manakah menyala paling cerah?
Perhatikan litar elektrik di bawah. Mentol yang manakah menyala lebih cerah?
Jika sebiji sel kering dalam litar dikeluarkan, ramalkan apa yang berlaku?
Nyalaan mentol semakin cerah
Nyalaan mentol tetap sama
Nyalaan mentol semakin malap
Mentol tidak menyala
Rajah menunjukkan satu litar selari. Ramalkan apa yang berlaku jika suis P ditutup.
Mentol R menyala
Mentol S tidak menyala
Mentol R dan S menyala
Mentol R dan S tidak menyala
Apakah sumber tenaga elektrik yang ditunjukkan dalam rajah?
Akumulator
Motor elektrik
Dinamo basikal
Generator
Antara berikut, yang manakah boleh mewakili komponen yang ditunjukkan dalam rajah?
Antara cara berikut, yang manakah dapat menambah kecerahan nyalaan mentol pada basikal yang menggunakan dinamo?
Pasangkan dinamo pada tayar belakang
Mengayuh basikal dengan laju
Gunakan lebih banyak mentol
Gunakan mentol yang lebih besar
Maklumat berikut menerangkan penggunaan suis di dalam sesebuah litar eleltrik.
Mentol tidak menyala apabila suis ditutup
Mentol menyala apabila suis dipasang
Kerana bateri membenarkan dan menghalang pengaliran arus elektrik
Kerana arus elektrik dapat mengalir melalui litar lengkap dan tidak mengalir apabila litar terputus
Kerana suis itu rosak
Kerana mentol membenarkan dan menghalang pengaliran arus elektrik
Antara tindakan berikut, yang manakah akan menyebabkan kejutan elektrik?
Membiarkan seterika seketika di atas pakaian
Menyentuh suis dengan tangan yang basah
Membaiki peralatan elektrik dalam keadaan suis tertutup
Menggunakan palam plastik untuk memasang plag 2 pin
Antara berikut yang manakah BUKAN bahaya akibat kecuaian dalam pengendalian peralatan elektrik?
Melecur
Kebakaran
Demam panas
Kejutan elektrik
Antara yang berikut, yang manakah langkah keselamatan yang betul semasa mengendalikan peralatan elektrik?
Membaiki peralatan elektrik yang rosak sendiri
Mencucuk soket elektrik menggunakan bahan konduktor elektrik
Membuka dan menutup suis dengan tangan yang kering
Menyambung banyak plag peralatan elektrik pada satu soket
Setiap mentol akan menyala dengan kecerahan yang sama, akan tetapi jika satu mentol terbakar, mentol yang lain masih menyala.
Berdasarkan kenyataan diatas, apakah jenis litar yang dimaksudkan?
Litar Sesiri
Litar Selari
Mengapa mentol dalam litar tidak menyala?
Kedudukan sel kering tidak betul
Bilangan mentol melebihi bilangan sel kering
Suis tidak dipasang pada litar
Satu mentol di dapati terbakar
Apakah nama sumber elektrik yang ditunjukkan dalam rajah?
Penjana
Akumulator
Sel kering
Panel Suria
Berapakah komponen sel kering dan mentol yang ada dalam rajah ini?
1 sel kering, 2 suis dan 2 mentol
3 sel kering, 3 suis dan 3 mentol
1 sel kering, 3 suis dan 3 mentol
3 sel kering, 3 suis dan 1 mentol
Apakah yang akan berlaku sekiranya suis dibuka?
Nyalaan mentol bertambah terang
Nyalaan mentol kurang terang
Tiada perubahan pada nyalaan mentol
Mentol tidak menyala
