Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SYUKUR PENYUBUR IMAN

Total questions: 20

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan maksud syukur dari segi bahasa?

a)

pujian

b)

kutukan

c)

berserah

2.

Nyatakan bersyukur dari segi istilah?

a)

Melepaskan seseorang daripada kesalahan dan membebaskan daripada hukuman

b)

Berasa cukup dan redha dengan nikmat kurniaan Allah swt

c)

Menzahirkan pujian kepada Allah swt terhadap nikmat yang dikurniakan serta mematuhi semua perintahNya

3.

Dalil naqli dari al- Quran sifat bersyukur pada surah ______________

a)

al-Baqarah Ayat 3

b)

al-Baqarah Ayat 152

c)

al-Baqarah Ayat 255

4.

Rasulullah SAW menzahirkan rasa syukur dengan

a)

sentiasa solat fardu

b)

memberi sedekah kepada yang memerlukan

c)

solat malam hingga kedua kaki baginda bengkak

5.

Usamah bin Zaid ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : “Sesiapa yang diberikan sesuatu kebaikan, maka katakanlah kepada orang itu

a)

“Jazakallahu khair”

b)

terima kasih

c)

senyum

6.

Berikut adalah cara bersyukur dengan hati kecuali

a)

Yakin nikmat yang diterima adalah daripada Allah SWT.

b)

Ingat dan memuji Allah SWT.

c)

Bersangka baik dengan Allah SWT.

d)

Sebut dan memuji Allah dengan berzikir.

7.

Berikut ialah cara bersyukur dengan lisan

a)

Memperbanyak amalan sedekah.

b)

Bercakap perkara yang baik-baik.

c)

Bersangka baik dengan Allah swt.

8.

Melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.


Pernyataan di atas merujuk kepada cara bersyukur dengan

a)

Lisan

b)

Hati

c)

Perbuatan

9.

Berikut ialah cara bersyukur dengan lisan kecuali

a)

Berdoa agar Allah swt mengurniakan rasa syukur.

b)

Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt.

c)

Sebut dan memuji Allah dengan berzikir.

d)

Mengucapkan terima kasih kepada manusia.

10.

Berikut ialah cara bersyukur dengan perbuatan kecuali

a)

Membuat sujud syukur apabila mendapat nikmat atau terlepas dari musibah.

b)

Melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.

c)

Ingat dan memuji Allah SWT.

d)

Menunaikan amalan-amalan fardu dengan tekun dan istiqamah.

11.

Berikut adalah ciri-ciri orang bersyukur KECUALI

a)

Sentiasa bertawakkal kepada Allah SWT.

b)

Rajin dan tekun beribadah.

c)

Bersangka baik dengan kejayaan orang lain.

d)

Melupakan Allah apabila mendapat nikmat.

12.

Sentiasa berasa qanaah dengan kurniaan Allah SWT.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Ciri - ciri orang bersyukur

b)

Hikmah bersyukur

c)

Cara bersyukur

d)

Maksud bersyukur

13.

Pilih jawapan yang betul tentang hikmah bersyukur.


Jawapan lebih daripada satu.

a)

Hidup dalamkeredaan dan rahmat Allah swt kerana sentiasa beramal soleh.

b)

Dimurahkan rezeki dan bertambah nikmat kerana sentiasa reda dengan qada’ dan qadar Allah swt

c)

Dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah swt kerana kesungguhan menjalankan perintah Allah swt.

d)

Membuat sujud syukur apabila mendapat nikmat atau terlepas dari musibah.

14.

Apakah yang diberitahu oleh Abu Hurairah ra dalam hadis berikut

a)

Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan, dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur.

b)

Seseorang yang makan dan dia bersyukur atas nikmat itu, maka dia diberi pahala sama seperti orang berpuasa yangsabar.

15.

Seseorang itu menzahirkan rasa syukur dengan menunaikan amalan-amalan fardu dengan tekun dan istiqamah.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Hati akan sentiasa ingat dan memuji Allah swt apabila bersyukur.

a)

Salah

b)

Betul

17.

Sentiasa mengucapkan terima kasih kepada manusia apabila bersyukur.

a)

Betul

b)

Salah

18.

Mengurangkan amalan sedekah apabila bersyukur.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Bersangka buruk dengan kejayaan orang lain.

a)

Betul

b)

Salah

20.

Selamat daripada azab Allah swt kerana bertambahnya keimanan dalam diri adalah hikmah bersyukur.

a)

Betul

b)

Salah