Font size
WorksheetsKuiz Sejarah T2 (Bab 9)
Total questions: 51
Worksheet time: 27mins
1. Siapakah yang mengetuai seruan "Daulat Tuanku" semasa istiadat pertabalan?
Sultan
Putera raja
Menteri Besar
Kerabat diraja
2. Berapakah umur rakyat yang layak menjadi ahli Dewan Undangan Negeri?
17 tahun atau lebih
18 tahun atau lebih
21 tahun atau lebih
25 tahun atau lebih
3. Negeri manakah yang terkenal dengan warisan pembuatan wau?
Perak
Kedah
Kelantan
Terengganu
4. Siapakah yang menjadi ketua rujukan aspek yang berkaitan dengan adat dan hukum?
Buapak
Undang
Lembaga
Ibu Soko
5. Apakah peranan Penghulu dalam sistem pentadbiran negeri Kedah, Kelantan dan Perlis?
Ketua agama Islam
Penguasa peringkat mukim
Wakil pentadbir bagi jajahan
Lambang perpaduan penduduk
6. Semasa menyambut hari keputeraan Sultan, terdapat majlis penganugerahan Pingat Darjah Kebesaran. Mengapakah majlis tersebut diadakan?
Memeriahkan suasana sambutan
Pengiktirafan kepada mereka yang berjasa
Mengeratkan hubungan pemerintah dengan rakyat
Melambangkan kekuasaan Sultan yang memerintah
7. Apakah persamaan bagi kesemua sistem perundangan negeri Kedah, Kelantan dan Perlis?
Kewajipan membayar zakat
Cara-cara pentadbiran yang baik
Hukuman ke atas kesalahan maksiat
Larangan kepada pemerintah menyerahkan negeri kepada kuasa asing
8. Apakah syarat pengganti Sultan dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah Darulaman?
Lelaki dan perempuan
Lelaki dan berketurunan raja
Perempuan dan warganegara
Warganegara dan berketurunan raja
9. Apakah kepentingan karya-karya persuratan seperti Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Detik2 Sejarah Kelantan?
Menjadi rujukan penting
Mengukuhkan konsep daulat
Melambangkan keagungan kerajaan
Mengabsahkan salasilah keturunan pemerintah
10. Mengapakah hasil seni tersebut wajar dipertahankan?
Menguntungkan masyarakat
Kemegahan masyarakat setempat
Melambangkan identiti masyarakat
Kekayaan seni kraf tangan masyarakat
11. Mengapakah Adat Perpatih menggalakkan perkahwinan diluar suku?
Menambahkan rezeki keluarga
Mengelakkan keluarga mendapat musibah
Mewujudkan hubungan persaudaraan antara suku
Mengukuhkan kedudukan suku dalam masyarakat
12. Apakah tanggungjawab Orang Semenda?
Menjadi ketua suku
Menguruskan harta isteri
Mewarisi harta pusaka isteri
Mengerjakan tanah pusaka isteri
13. Apakah asas penting dalam perlantikan pemimpin dalam sistem Adat Perpatih?
Taat setia
Amalan muafakat
Prinsip autokratik
Pelantikan pemerintah
14. Apakah tanggungjawab Anak Buah dalam masyarakat Adat Perpatih?
Memilih ketua luak
Menjadi ketua rujukan dalam hukum adat
Menyelesaikan pertelingkahan dalam suku
Menghafal adat dan asal usul kelompok kekeluargaan sendiri
15. Siapakah Raja Perlis yang memerintah dari tahun 1897 hingga tahun 1904?
DYMM Tuanku Syed Hamzah Jamalullail
DYMM Tuanku Syed Ahmad Jamalullail
DYMM Tuanku Syed Hussin Jamalullail
DYMM Tuanku Syed Safi Jamalullail
16. Manakah antara maklumat berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan beraja?
Gelaran pemerintah dan kuasa pemerintah
Gelaran pemerintah dan cara pelantikan
Kuasa pemerintah dan dan wilayah kuasa
Wilayah kuasa dan cara pelantikan
17. Apakah gelaran yang digunakan oleh pemerintah kerajaan Kelantan?
Raja
Sultan
Maharaja
Maharani
18. Jangka masa yang manakah untuk mengadakan majlis pemasyhuran?
Selepas pengebumian jenazah
Selepas berlaku kemangkatan
Sebelum pengebumian jenazah
Sebelum pemerintah mangkat
19. Manakah antara berikut merupakan adat istiadat rasmi dalam institusi kesultanan Melayu?
Majlis Makan Beradab dan Majlis Mandi Bunga
Majlis Makan Beradab dan Majlis Pertabalan
Majlis Mandi Bunga dan Majlis Pemasyhuran
Majlis Pemasyhuran dan Majlis Pertabalan
20. Pernyataan di bawah berkaitan undang-undang negeri Melayu.
Warganegara berumur 21 tahun layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri.
Aspek apakah yang mewakili maklumat tersebut?
Peranan sultan
Tanggungjawab sultan
Badan Penasihat Sultan
Hak rakyat dalam pentadbiran
21. Berikut adalah beberapa perkara yang disenaraikan dalam pemantapan undang-undang Islam negeri Kedah dan Kelantan, kecuali...
Pengenalan enakmen zakat
Larangan orang bukan Islam minum arak
Pekeliling berkaitan undang-undang jenayah
Larangan laga lembu dan persembahan menora
22. Manakah antara berikut, karya yang menceritakan kisah perang tentera Kedah?
Syair Sultan Maulana
Hikayat Seri Kelantan
Hikayat Merong Mahawangsa
Salasilah Atau Tarikh Kerajaan Kedah
23. Manakah antara berikut karya yang menceritakan sejarah pengasasan kerajaan Kelantan?
Syair Sultan Maulana
Hikayat Merong Mahawangsa
Hikayat Seri Kelantan
Detik2 Sejarah Kelantan
24. Kesenian yang menggunakan motif alam sebagai bahan penghasilan karya ialah...
Seni persembahan
Seni pertukangan
Seni silat
Seni ukir
25. Manakah antara berikut merupakan hasil kesenian yang diiktiraf sebagai warisan kebangsaan?
Seni silat
Seni kraf tangan
Wayang kulit Kelantan
Tebar layar berbentuk "V" terbalik
26. Apakah maksud orang semenda dalam Adat Perpatih Negeri Sembilan?
Orang lelaki yang baharu menganuti Islam
Orang lelaki yang mempunyai pertalian darah
Orang lelaki yang keluar merantau dan berkahwin
Orang lelaki yang berkahwin akan tinggal di rumah isteri dan menjadi anggota suku isteri
27. Apakah kelebihan yang diperolehi wanita dalam Adat Perpatih?
Perkahwinan
Perwarisan harta
Pelaksanaan hukuman
Jurai keturunan
28. Merupakan unit kedua dalam sosiopolitik Adat Perpatih.
Siapakah yang dimaksudkan berdasarkan pernyataan berikut?
Suku
Luak
Perut
Lembaga
29. Siapakah yang menjadi tempat rujukan berkaitan adat dan hukum?
Ibu Soko
Buapak
Lembaga
Undang
30.
Ketua agama Islam dalam negeri
Dilantik sebagai wakil pentadbir
Bertanggungjawab terhadap mukim
Mewakili ketua kampung dalam daerah
31. Siapakah yang berperanan menjadi perantara antara rakyat dan pemerintah dalam sistem pemerintahan beraja?
Sultan
Pembesar
Penghulu
Laksamana
32. Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan di negeri Kedah, Kelantan dan Perlis. Pada pendapat anda, apakah kelebihan menghormati pemerintah?
Menyanjung pemimpin negara
Meningkatkan kekayaan individu
Memperluaskan jajahan takluk negara
Mengekalkan keharmonian masyarakat
33. Yamtuan Besar/Yang di-Pertuan Besar digunakan di negeri...
Kelantan
Perlis
Negeri Sembilan
Kedah
34. Gelaran raja digunakan di negeri...
Kelantan
Perlis
Negeri Sembilan
Kedah
35. Mukim terdiri daripada beberapa buah kampung dan diketuai oleh Penghulu yang menjadi perantara rakyat dengan pemerintah. Kampung pula akan ditadbir oleh Ketua Kampung.
Betul
Salah
36. Sultan atau raja yang telah mangkat akan digantikan oleh pewaris baginda dalam Majlis Pemasyhuran selepas jenazah baginda dimakamkan.
Betul
Salah
Persembahan wayang kulit dan hasil kraf tangan seperti wau dan batik amat terkenal di negeri Kedah selain persembahan Mek Mulung.
Betul
Salah
38. Upacara Kedim adalah upacara menerima orang dari suku sendiri dan mereka perlu bersumpah setia terhadap ahli suku agar suku mereka kuat dan teguh dari segi persaudaraan.
Betul
Salah
39. Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Negeri Sembilan memberikan penekanan kepada ______________.
Adat Temenggung
Adat Perpatih
40. Adat Perpatih diasaskan oleh ____________________.
Dato' Perpatih Nan Sebatang
Datuk Ketemenggungan
40. Adat Perpatih diasaskan oleh ____________________.
Dato' Perpatih Nan Sebatang
Datuk Ketemenggungan
41. Segala keputusan dalam Adat Perpatih dilakukan secara _______________________.
Bersama
Berasingan
42. Adat Perpatih mengutamakan jurai keturunan sebelah ________________________________.
Bapa
Ibu
43. Perkahwinan sesama suku dalam Adat Perpatih adalah _____________________________
Tidak digalakkan
Digalakkan
44. Hukuman yang dijatuhkan dalam Adat Perpatih bersifat _____________________.
Pengajaran
Pemulihan
45. Mek Mulung teater tradisional Kedah yang merupakan warisan ___________________.
Seni Ukir
Seni Bina
Seni Persembahan
Seni Silat
46. Warisan yang berasaskan emas dan perak ialah__________________.
Seni Pertukangan dan Barang Perhiasan
Seni Silat
Seni Kraf Tangan
Seni Persembahan
47. Anyaman tikar dan bakul rotan merupakan warisan ______________________________.
Seni Silat
Seni Persembahan
Seni Kraf Tangan
Seni Bina
48. Siapakah yang menjadi ketua Luak?
Undang
Lembaga
Ibu Soko
Buapak
49. Siapakah yang dilantik oleh anak buah dalam Perut?
Undang
Lembaga
Buapak
Ibu Soko
50. Berikut merupakan peranan sultan kecuali...
Sebagai ketua negeri
Ketua agama Islam
Penguasa peringkat mukim
Memilih Menteri Besar
